𝟒𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

14K 734 46
                                    

SKRIN komputer ditatap lama. Tangan sibuk menaip tetapi fikiran melayang memikirkan apa yang terjadi semasa makan malam tadi. Rapat sangat ke Tuan Firash itu dengan Arluna sampai nak ajak makan bersama bagai? Isteri aku itu baru sahaja kerja satu hari! Mereka kenal pun tak sampai 24 jam! Apa masalah lelaki tu?! Tak tahu ke Arluna tu isteri orang?!

"Ish!" Aku meraup muka kasar. Kertas dan fail di atas meja ditolak menjauhiku sehingga ada yang jatuh ke atas lantai. Tubuh disandarkan pada kerusi. Aku memejam mata, cuba untuk menenangkan fikiran.

Sabar, Adrian. Jangan salah faham. Mungkin lelaki bernama Firash itu hanya bersikap baik kepada Arluna kerana dia pekerja baru.

Chill.

Tok! Tok!

"Adrian, I nak masuk, boleh?" Soal satu suara lembut di luar bilik. Aku tidak menjawab, aku terus bersandar dengan mata tertutup. Kedengaran pintu bilik itu dibuka dan ditutup sebelum bunyi tapak kaki semakin mendekati aku.

Berdasarkan harumannya sahaja aku tahu, Arluna kini sudah berada di belakang kerusi yang aku duduk. Beberapa saat kemudian, terasa jari jemari runcing itu sedang mengurut perlahan sisi kepalaku. Tangannya turun ke bahu kemudian mengusap lembut dadaku. Bibirku automatis menarik senyuman tipis kerana perbuatan Arluna itu.

"You marah, hm?" Bisik suara gemersik itu tepat di telingaku. Aku mencelikkan mata lalu mendongak, memandang wajah cantik isteriku. Tangan kecilnya yang masih di dadaku, disentuh.

"Bukan marah tapi merajuk." Balasku ringkas. Arluna mencebik. Dia berjalan keluar dari belakang kemudian dengan selambanya punggung dilabuhkan di atas ribaku. Kedua-dua tangan dilingkarkan pada leherku. Aku merangkul erat pinggangnya.

"Janganlah merajuk, Adrian. Esok kita lunch sama-sama, okay? I ada dua kelas je esok." Ujarnya kemudian mula menggigit bibir bawahnya dengan wajah yang nakal. Aku terus mengekalkan riak dingin walaupun jantungku sudah berdegup laju melihat Arluna seperti itu. Sudahlah gaun baju tidur yang dipakai oleh wanita itu pendek, bahagian dadanya pula hampir separuh terdedah.

Aku menolak kerusi menghampiri komputer dan kembali menyambung kerja yang tergendala tadi tanpa mengendahkan Arluna yang masih membuat aksi comel di atas ribaku. "Pergilah lunch dengan Tuan Firash sana." Sindirku. Nama Tuan Firash itu ditekan dalam nada geram.

Arluna tiba-tiba tergelak. "Aww, Adrian I cemburu rupanya. Hm, comel." Dia melentokkan kepala pada bahuku. Sempat leherku dijilat kemudian digigit.

Aku menggenggam kuat tetikus di tangan. Air liur entah berapa kali ditelan. Terseksa betul merajuk waktu macam ni.

"Adrian." Panggil Arluna manja. Aku menunduk memandangnya tetapi mataku terus terarah kepada belahan dadanya, terus mataku fokus semula ke arah skrin komputer. Sekali lagi air liur ditelan.

Aku berdehem. "I suami you, Luna. Mestilah I jealous bila ada lelaki lain yang rapat dengan you. Tuan Firash tu umur berapa? Dia pengarah, kan? Mesti dah tua, kubur memanggil-manggil." Tuturku dingin.

Arluna tergelak lagi. "Taklah, dia muda lagi. 30 macam tu kut umur dia."

"Handsome?" Soalku.

"Handsome!" Jawab Arluna tanpa serba salah. Aku menjeling dia tajam. "Tapi kalau nak bandingkan dengan Adrian I, Adrian I lagi handsome. 100 kali lagi handsome." Sambungnya lagi. Sekali lagi, bibir nakal itu menjalar ke leherku.

Aku menahan nafas walaupun mata terasa seperti mahu terpejam kerana sentuhan hangat Arluna itu. Arluna berhenti. Dia menatap aku. Senyuman sengetnya terukir apabila melihat wajahku. Tangan itu menyentuh pipiku.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now