𝟒𝟎. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

16K 696 33
                                    

JARIKU mengelus lembut wajah polos yang sedang lena itu. Balik sahaja daripada hospital dan selepas menunaikan solat subuh, Arluna terus terlelap. Aku pula masih terkebil-kebil, menatap wajah cantik itu. Tangannya yang berbalut itu disentuh perlahan. Aku mengeluh apabila teringat semula kejadian semalam. Hampir pitam aku selepas melihat keadaan Arluna yang comot dengan darah daripada tangannya.

Paling merisaukan, selepas mencederakan diri boleh pula gadis itu beriak seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Arluna buat aku risau separuh mati.

Wajah diraup. Letih, tetapi aku tidak boleh lena. Arluna bergerak sedikit sahaja, mataku sudah tercelik segar. Sekarang, aku perlu memastikan Arluna sentiasa berada di hadapan mata. Safe and sound.

Aku terus merenung wajah Arluna. Pipi tembam itu diusap. Aku perlahan-lahan merebahkan tubuh di sebelahnya. Pinggang ramping Arluna dirangkul erat. Rambut panjang yang menutupi separuh wajah cantik itu ditolak ke belakang telinga. Aku tersenyum setiap kali menatap wajah Arluna lebih-lebih lagi ketika dia sedang tidur. Tenangnya dia.

Aku mendekatkan wajah sehingga pucuk hidung kami bertemu. Mata yang tertutup rapat itu disentuh sekilas. Tidak dapat aku lupakan bagaimana sepasang mata bundar ini bersinar-sinar semasa melihat bayi-bayi di hospital tadi. Senyuman yang terukir, tangan yang seperti mahu menggapai tubuh si kecil itu dan semuanya hanya mampu aku perhatikan dari jauh.

Ekspresi Arluna itu meruntunkan hati aku. Rasa bersalah bertubi-tubi menghentam dada dan aku mahu membetulkan semuanya. Aku mahu betulkan silapku yang dahulu.

Dan peluang yang ada ini, aku bertekad akan menggunakannya sebaik mungkin.

Satu kucupan dihadiahkan pada dahi gadis itu lama sebelum Arluna perlahan-lahan mencelikkan mata akibat perbuatanku itu. Aku tersenyum apabila mata bundar itu bertemu dengan mataku.

"Jangan tengok I lama-lama, nanti you bosan." Tutur gadis itu dalam suara serak baru bangun tidurnya membuatkan gelak kecilku terhambur.

"Tak pernah bosan." Gumamku sambil bermain dengan rambutnya. Tanganku angkat mengikut lekuk wajah itu dan berhenti pada bibir lembut Arluna. Mataku tidak lepas daripada merenung dua ulas bibir itu. Rasanya seperti sudah terlalu lama kami tidak bermesra. Bodohnya diri yang dulu, lebih mementingkan ego berbanding sesuatu indah yang sudah terhidang di hadapan mata ketika ini.

Baru sahaja bibirku mahu memagut bibir Arluna, gadis itu pantas menolak tanganku di pinggangnya dan turun dari katil. Aku terkebil-kebil.

"I belum gosok gigi." Arluna masuk ke dalam bilik air, meninggalkan aku yang sedang mengeluh kecewa di atas katil.

"I pun belum." Balasku dengan cebikan. Arluna yang mendengar kata-kataku, menjengukkan kepalanya dari dalam bilik air.

"Oh, jom gosok gigi sama-sama." Dia menghulurkan berus gigi milikku. Aku tersenyum dengan perbuatannya tetapi masih juga meninggalkan katil untuk menyambut berus gigi itu. "Lepas ni, sambung eh?" Ujarku sambil tersenyum nakal. Arluna mengendahkan aku dan terus fokus memberus giginya.

"Rasa pelik pula, gosok gigi tak ada cermin." Gumamnya perlahan. Aku mengerling dinding yang sudah kosong di belakang sinki itu.

"Lepas apa yang you buat semalam, I fikir nak buang semua cermin dalam rumah ni."

Mata Arluna membulat.

"Ha?! Eee, janganlah. Nanti I lupa rupa I macam mana! Kalau you buang, lepas ni I tumbuk cermin kereta you pula!" Ugut Arluna dengan muka yang berkerut kerana marah. Mataku pula yang membesar, mendengar amarannya. Ekstrem betul isteri aku ni.

"I gurau je, sayang." Aku berkumur dan meletakkan semula berus gigi di tempat asalnya diikuti Arluna. Aku melangkah keluar dahulu, memberi ruang kepada Arluna untuk mandi.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now