𝟔. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

20.5K 902 258
                                    

AKU duduk di atas katil bersama Arluna memerhatikan dia sedang membalut hadiah yang dibeli buat Shakira. Jari jemarinya kemas membuat lipatan pada sampul hadiah itu sehingga siap dia menunjukkan kepada aku.

"Done." Kotak hadiah itu ditolak pada ruang di antara kami. Aku tersenyum puas hati melihat hasil kerja sempurnanya. Kotak itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg kertas bercorak penguin. Kini, perhatian aku tertumpu ke arah Arluna yang sedang mengelamun memandang hadiah Shakira. Wajahnya nampak sedih. Mungkin penat.

"Esok you ada practice lagi kan? I janji, I datang." Tangan kanan aku angkat gaya berikrar. Dia menjeling aku sekilas dan senyuman kecil terukir di bibirnya.

"Tak apa. Zayn ada, dia boleh ajar I." Nadanya mendatar. Aku terbungkam mendengar nama Zayn meniti di bibirnya. Jadi selama ini Arluna berlatih bersama dengan Zayn tanpa pengetahuan aku? Arluna yang sedang bermain dengan kukunya dipandang lama.

"Kenapa I tak tahu pasal ni?" Mataku mengecil tetapi dia hanya mengangkat bahu bersama muka tidak berperasaan.

"Zayn cakap you dengan Shakira masa tu. I tak nak kacau." Tenang dia menjawab dan kembali menjatuhkan kepalanya ke bawah. Aku mengangguk percaya dengan kata-katanya. Lagipun salah aku juga kerana membiarkan dia menunggu lama tanpa memberitahu apa-apa.

"I nak masuk tidur dulu." Dia turun dari katil tapi pantas aku menghalang.

"Teman I." Tangannya digenggam kejap. Dia memandang aku dan akhirnya kembali naik ke katil. Bibir aku merenggang dan menyebamkan kepala ke atas bantal diikuti Arluna. Wajah tenangnya ditatap dari tepi.

"Luna, you tak ada crush or first love ke?" Pertanyaan aku mendatangkan kerutan pada dahi Arluna. Daripada sekolah rendah lagi, aku akan berkongsi cerita tentang perempuan yang diminati tetapi aku tidak pernah mendengar dia bercerita tentang lelaki yang disukai atau lelaki-lelaki lain seperti budak-budak perempuan yang lain sering lakukan.

Arluna mengerling aku sekilas dan sebuah senyuman nipis dilukis. "Mestilah ada." Dia menjawab yakin. Mata masih terarah ke kipas yang sedang berputar di siling.

"Siapa?" Aku menyoal teruja. Jarang hendak mendengar seorang Arluna berkongsi tentang perasaannya.

"Percaya tak, crush I daripada sekolah rendah sampai sekarang tak berubah?" Kini mata bundarnya tertumpu ke arah aku sepenuhnya. Aku menggeleng laju tidak percaya mendengar bicaranya.

"Tipulah." Cebik aku membuatkan dia ketawa suka. Bagi aku tak mungkin hati seseorang tu tidak berubah kerana manusia semuanya sama. Hipokrit.

"Tak percaya? I pun tak percaya. I baru sedar yang I sebenarnya suka dia." Dia tersenyum gembira seolah-olah lelaki yang dia suka itu sedang berada di sini. "Siapa first love you?" Aku menatap dia lama dan tersenyum.

"You." Jawab aku ringkas. Dia kelihatan terkejut sebelum tertawa riang sambil menolak perlahan pipi aku. Aku turut mengikutnya ketawa.

"Betullah. From the first day you masuk dalam keluarga ni, I dah jatuh cinta. Comel gila you masa tu dengan hidung merah, pipi merah-merah, patung Oggy dekat tangan, nangis-nangis. Cute, tho!" Ceritaku membuatkan senyumannya melebar. Terbayang muka kacukan comel yang sedang menangis itu ketika kali pertama menjejakkan kakinya ke dalam keluarga Benjamin. Cute!

"Itu puppy love, bukan first love! Immature!" Semakin kuat gelaknya sehingga kedua-dua matanya tertutup rapat dan pipi yang memerah ketika ketawa. Aku terpaku seketika melihat dia seperti itu. Indah. Wajah bahagianya direnung sehingga ketawanya semakin reda.

"You tahu tak? First love will last forever kalau mereka saling mencintai tapi kalau tak, it will be a bitter sweet memory that last forever in their hearts and their minds." Tangannya dilekap pada dadaku di mana terlentaknya jantung kemudian naik mengusap pipi. Sekali lagi aku terkedu di situ menatap tepat pada matanya.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now