𝟑𝟒. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

13K 700 85
                                    

SELEPAS subuh, aku terus membuang masa dengan mengelamun. Pintu bilik yang diketuk dan suara lembut Arluna memanggil namaku untuk turun sarapan juga dihiraukan. Entah kenapa, aku rasa kosong. Setiap kali aku memandang wajah Arluna, hati aku menjadi pedih. Segala fitnah gadis itu buatku kelmarin kembali bermain di minda. Ya, Arluna sudah meminta maaf atas kelancangan bicaranya, tetapi aku juga manusia yang tahu rasa marah, rasa benci, sakit hati dan putus asa.

Mungkin hati aku sudah tidak mahu mencuba lagi untuk memperbaik hubungan kami. Aku tidak rasa mahu bermanja lagi dengan Arluna atau berbual dengannya selepas kematian Mom. Aku lebih selesa bersendirian. Aku tidak perlukan gadis itu.

Selepas beberapa minit melayan perasaan sendiri, aku bangun dari katil dan menukar pakaian sebelum keluar dari bilik.

Ketika kaki melangkah menuruni tangga, pandanganku menangkap figura Arluna yang sedang duduk makan berseorangan di meja makan, sambil mata gadis itu merenung kosong ruang di hadapannya. Tiba-tiba aku rasa kasihan melihat dia menikmati sarapan seorang diri. Langkah diatur menghampiri dia.

Sampai di meja makan, pinggan dan sudu aku capai dan mula mencedok nasi goreng. Arluna terkebil-kebil memandangku. "Biar I ambilkan." Dia menawarkan diri tetapi pantas aku mengelak.

"It's okay." Pintasku mendatar.

"You nak air lain? I boleh buatkan."

Aku menggeleng kemudian mengambil tempat di hadapan Arluna. Nasi goreng mula disuap ke dalam mulut. Dalam hati, aku memuji rasa masakan Arluna. Sedap juga dia masak. Kepala aku dongak apabila terasa seperti diri diperhatikan. Pandanganku dan Arluna bertembung. Dia menghadiahkan senyuman manis buatku.

"Semalam you pergi mana?" Arluna bertanya.

"Kubur Mom."

"Lepas tu?"

Aku menghela nafas berat. Rimas apabila ditanya berterusan."Rumah Dad."

Arluna mengangguk dan kembali mendiamkan diri. Pinggannya sudah kosong tetapi dia masih tidak beralih daripada meja makan itu. Aku tidak mempedulikan renungan Arluna dan terus menghabiskan nasi yang hanya tinggal sedikit di dalam pinggan. Baru sahaja aku mahu berdiri, menghantar pinggan ke dapur, gadis itu pantas menghalang.

"Tak apa, letak je situ. Nanti I basuhkan." Arluna mengambil pinggan di tanganku dan letakkan di atas pinggannya.

"Thanks." Ucapku ringkas.

"Senyumlah sikit, Adrian. Semalam kan I dah cakap, I nak tengok you senyum hari ini." Tangan dia regangkan kemudian dua jari telunjuknya mencucuk perlahan kedua belah pipiku lalu menariknya ke atas. Dia lakukan seperti aku sedang tersenyum. Aku menepis lembut tangan Arluna.

"Buat apa nak senyum? Tak ada benda yang buat I happy." Balasku mendatar membuat riak ceria Arluna pada pagi itu, berubah sedikit mendung tetapi cepat sahaja senyuman lebar terukir semula di bibirnya.

"I kan ada." Arluna menatapku hangat. Aku terbungkam. Wajah manis itu direnung lama. Baru aku perasan bahawa mukanya kelihatan sedikit pucat dan matanya nampak letih. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke sisi lain dan berlalu ke ruang tamu.

Arluna mengejar langkahku apabila aku mula mencapai kunci kereta. "You nak pergi mana? Kubur Mom? Boleh I ikut?"

Aku tidak menoleh dan terus menonong ke hadapan. "Tak. I nak jumpa kawan."

"Siapa? Aish?"

Langkahku terhenti. Aku berdengus geram dan menoleh memandang Arluna. "Just leave me alone, Luna! I don't need you, right now. Don't smother me. Rimas tahu tak?" Tubuh dibalikkan semula. Pintu utama aku buka kasar dan menghempasnya kuat. Tanpa menoleh lagi, aku terus meloloskan diri ke dalam kereta dan memandu pergi.





























ARLUNA ©️Where stories live. Discover now