𝟕. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

19.9K 941 91
                                    

BEBERAPA buah beg kertas yang dibeli oleh Dad aku letak di tepi meja belajar. Beg kertas berwarna putih yang tertulis Chanel dicapai. Aku tersenyum lebar melihat beg mewah berwarna hitam itu terlihat sangat menawan.

Telefon bimbit dicari untuk mengambil gambar beg Chanel itu beg aku tiada d sebelah. Jari dipetik apabila teringat akan beg yang dibawa oleh Adrian tadi. Aku keluar dari bilik semula.

"Apa susah sangat anak awak ni? Saya cuma nak hidup dia senang. Kahwin jelah dengan Luna tu." Sayup-sayup suara mendatar Dad mencapai pendengaranku. Aku berhenti dan duduk di tangga menuju ke ruang tamu yang terhalang dengan dinding daripada penglihatan mereka.

Pertengkaran itu diselangi dengan suara sayu Mom. Bibir tiba-tiba terasa kering selepas mendengar kata-kata Dad. Aku terus menarik kulit di bibir yang terasa mengelupas tanpa menghiraukan darah yang mengalir keluar.

"No, Adrian tak nak dan tak akan kahwin dengan Arluna sampai bila-bila! Muktamad!" Perbuatan pada bibir aku terhenti. Aku terkedu di situ merenung kosong darah yang bercap-cap pada jari. Rasa pedih pada bibir mula terasa.

"Why, Adrian? After what you have done with her, your sugar baby." Bicara Dad yang seterusnya semakin membuatkan aku tidak tentu arah. Kini, kuku pula yang menjadi mangsa. Aku menggigit kuku itu sehingga patah dengan seribu satu perasaan yang memendapkan hati aku jauh ke dalam.

"Cause I deserve better than her."

Aku berhenti. Bunyi tapak kaki Adrian yang sedang melangkah menaiki tangga semakin mendekat. Segera aku bangun lalu masuk semula ke dalam bilik. Pintu ditutup rapat dan dikunci dari dalam. Nafas ditarik dalam apabila terasa dada menjadi begitu sakit.

Aku duduk bersandar di belakang pintu sambil memeluk kaki mendengar setiap pergaduhan antara Adrian dan Dad tadi terus bermain di kepala seperti pita musik yang rosak. Darah yang mengalir di bibir aku kesat dengan belakang tangan.

Aku cuba bangun pergi ke bilik air untuk membasuh darah itu tetapi terduduk semula kerana tubuhku menggigil, bibir dan tangan menggeletar seperti kesejukan, dada berombak dan terasa ingin muntah mula menguasai.

Panic attack!

Ubat berada di dalam beg tetapi aku tidak larat untuk bangun. Aku cuba berdiri dengan menggenggam erat tombol pintu. Selepas beberapa saat berada di atas, aku terduduk semula kerana kepala yang terasa begitu sakit sebelum jatuh terbaring di atas lantai dan tidak sedarkan diri.

"Sampai hati awak buat saya macam ni! Saya tunggu awak hari-hari dekat rumah! Tunggu awak balik! Kenapa awak buat saya macam ni? Saya masih cintakan awak."

Mata dicelikkan apabila terdengar suara tengkingan dan tangisan seseorang dari luar bilik. Impuls cuba mencerna apa yang sedang berlaku dan baru aku tersedar yang aku masih terbaring di atas lantai dalam keadaan bilik yang gelap gelita.

"Cukuplah, Adel! Jangan nak berdrama sangat! Kau patut bersyukur aku tak ceraikan kau!"

Aku segera berdiri apabila jerkahan Dad pula mengisi suasana sunyi rumah ini. Telinga dirapatkan pada pintu dan bunyi raungan Mom semakin menjadi-jadi ketika bunyi enjin kereta Dad kedengaran menandakan Dad sudah pergi.

Tombol pintu dipulas perlahan. Ketika pintu terbuka luas, Mom sudah bersandar pada dinding, menunduk dan masih menangis. Aku mendekatinya.

"Mom?" Bahunya aku sentuh. Ketika mata kami bertemu, dia menarik aku ke dalam dakapan menyambung tangisannya di situ. Belakangnya diusap lembut.

"Dia curang, Luna! Dia lebih pilih perempuan tu berbanding Mom! Dia...jahat!" Aku diam membiarkan Mom meluahkan segalanya walaupun aku tidak faham satu pun apa yang dikatakan.

ARLUNA ©️Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum