𝟐𝟐. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

18.9K 875 90
                                    

"LUNA..."

"Dia tak nak, Adrian." Ammara tersenyum pahit kepadaku. Tidak perlu menunggu ayatku habis, dia sudah tahu tujuan kedatanganku setiap hari ke rumah ini. Hanya satu, untuk berjumpa dengan Arluna. Aku mengangguk perlahan lalu menghulurkan beberapa kuntum bunga kesukaan Arluna dan juga beberapa jenis coklat kegemarannya kepada Ammara.

"Adrian tak datang semalam. Adrian demam lagi ke?" Soal wanita itu sambil menyambut huluranku. Aku tersenyum nipis dan menggeleng.

"Saya pergi Australia, jumpa someone dekat sana." Jelasku ringkas. Mataku hanya terhala ke dalam rumah, kalau-kalau Arluna ada di sana tetapi hampa. Dalam rumah itu masih sunyi dan kosong seperti hari-hari yang lepas.

"Luna dah mula keluar dari bilik. Tadi dia sempat belajar mengaji dengan Ammara. Rasanya, tak lama lagi Luna okaylah tu. Lepas tu, Adrian bolehlah jumpa dia." Ammara tersenyum penuh makna dengan kedua belah kening diangkat beberapa kali. Aku cuma tersenyum nipis dan bermain dengan kunci kereta di tangan.

Baru sahaja langkah mahu diatur pergi, bunyi hon daripada sebuah kereta menghentikan langkahku. Susuk tubuh dua orang yang keluar dari kereta itu menjadi perhatian aku dan Ammara. Dad menghampiriku dengan senyuman lebar di bibirnya tetapi Mom masih kekal beriak dingin.

"Mom...Dad." Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengan mereka berdua tetapi apabila sampai kepada giliran Mom, tanganku hanya disambut dengan hujung jari sahaja.

"Kak Adel, Luna dah mula keluar bilik tadi tau. Dia pun dah mula belajar mengaji sikit-sikit." Berita tadi disampaikan pula kepada Mom dan Dad. Mereka menerima khabar itu dengan senyuman lebar dan mengucapkan syukur, sementara aku di situ hanya berdiri memandang Mom dan Dad yang kelihatan sangat gembira setelah mendengar berita itu.

"Baguslah. Inilah hikmahnya bila kita bawa Luna jauh daripada 'palesit' yang suka menghancurkan hidup orang. Betul tak, Ammara?" Mom menjeling aku tajam manakala Ammara hanya tersenyum hambar sahaja mendengar kata-kata Mom. Inilah salah satu penghalang untuk aku bertemu Arluna. Mom sama sekali tidak membenarkan aku memijak kaki ke dalam rumah.

Aku memandang Dad yang hanya membisu dengan pandangan meminta simpati supaya memberi aku peluang untuk berjumpa Arluna.

"Malam ni Dad ingat nak buat makan-makan sikit dengan bacaan yaasin sekali. Ad datanglah." Dad akhirnya bersuara membuatkan Mom melayangkan renungan tajamnya kepada Dad. Aku menghela nafas lega dan senyuman gembira serta merta terukir di bibir.

"Apa awak ni? Kalau Luna mental breakdown lagi macam mana?"

"Adrian pun anak awak, Adel. Takkan awak nak haramkan Ad masuk rumah dia sendiri?"

Dad berlalu masuk ke dalam rumah dengan langkah tenang diikuti Mom. Sempat Mom melemparkan jelingannya kepadaku.

"Hm, malam ni lah kan Adrian dapat jumpa Luna. Jaga-jaga lah ya. Perempuan kalau dah marah, they can make your death look like an accident tau." Ammara memberi amaran bersama matanya sengaja dikecilkan sebelum pintu rumah ditutup rapat. Dan jujur, aku rasa sedikit cuak dengan ugutan Ammara tadi.

Ya, takut. Lebih-lebih lagi dengan wanita yang sangat penyabar dan tidak mudah melenting seperti Arluna.

Langkah diatur masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu laju keluar dari perkarangan rumah agam itu. Waktu yang sepatutnya aku berada di kolej, hanya dibazirkan dengan memandu di sekitar kawasan perumahanku. Setelah hampir satu jam, barulah arah pemanduan dituju kembali ke rumah.

Masuk ke dalam rumah itu, hanya suasana jeda dan gelap sahaja yang menyelubungi di dalam. Tiada lagi, Arluna yang menunggu kepulanganku dan suara lembutnya yang menyambut. Kalaulah...huh! Aku mengeluh kuat. Muka diraup kasar sebelum berlalu ke tingkat atas. Letiha dengan segala kalau yang sering aku fikirkan akhir-akhir ini.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now