𝟐𝟑. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

18.9K 840 34
                                    

ANAK tangga dipijak satu persatu dengan langkah yang perlahan. Sambil menuruni tangga, sambil mataku menilik tingkah Adrian di dapur yang bagiku aneh. Aku berjalan menghampiri meja makan tanpa mengalihkan pandangan daripada Adrian yang sedang menyusun beberapa keping waffle di dalam pinggan.

"Good morning, baby girl." Dia mengukir sebuah senyuman manis buatku dan aku hanya membalasnya hambar. Waffle tadi ditolak ke hadapanku.

"Bila masa you pandai...oh." Ayatku terhenti ketika melihat sebuah buku resepi masakan yang terletak di sebelah susunan botol kaca yang berisi garam dan gula. Jam di tangan dijeling sekilas. Sedar bahawa aku sudah terlewat untuk ke kolej, beg tangan terus dicapai kemudian melangkah laju keluar dari rumah sebelum panggilan Adrian menghentikan langkahku.

"Luna, tak nak sarapan dulu?"

"I dah lambat." Tanpa memandang ke arah Adrian di belakang, kasut di rak diambil dan disarungkan ke kaki. Telefon bimbit yang aku minta Zayn belikan minggu lepas dikeluarkan untuk melihat jika Grab yang aku pesan tadi sudah sampai atau belum.

"Luna, nak Adrian hantarkan?" Soalan Adrian membuatkan aku menoleh ke belakang. Hujung bibirku ternaik sedikit selepas mendengar cara panggilan 'I-you' Adrian telah digantikan dengan 'Adrian-Luna', sama seperti yang aku buat dahulu.

"Tak apa, Grab I dah sampai." Tangan dihulurkan untuk bersalaman dengannya. Adrian kelihatan sedikit terkejut dengan perbuatan itu tetapi masih menyambut huluranku. Ketika tangannya aku bawa ke bibir, dia menarik perlahan kepalaku kemudian melabuhkan satu ciuman pada dahi. Aku memandang Adrian seketika dan tersenyum pahit sebelum mengatur langkah menuju ke arah kereta yang sudah terparkir di luar pagar rumah.

"Take care, sayang."

Sempat pesanan Adrian didengari sebelum pintu kereta ditutup rapat. Aku tidak menoleh lagi keluar tingkap walaupun perasan akan lambaian Adrian, mataku hanya terarah kepada skrin telefon bimbit.

Next Phenomenal Soirée is in Bangkok. Second chance, okay? - Madam Kamelia.

Aku tersenyum gembira. Akhirnya pihak kolej memberikan aku peluang kedua, selepas aku menarik diri dalam pertandingan muzik yang sepatutnya mendatangkan keuntungan besar kepada AIC jika aku memenanginya. Tarik diri dengan alasan yang paling bodoh. Hanya kerana lelaki yang aku cintai tiada untuk memberi semangat. Semata-mata.

Hm, sekurang-kurangnya masih ada sesuatu yang menggembirakan terjadi bulan ini.



































"HEI!" Zayn mendekati aku yang sedang duduk di kerusi, menilai latihan persembahan daripada pelajar-pelajar seni tahun pertama kolej itu. Senyumannya melebar ketika aku menayangkan sengihan kepadanya.

"Happy I tengok you ada dekat sini." Zayn mengambil tempat di sebelahku. Matanya turut terarah kepada persembahan tarian flashmob di atas pentas.

"I pun nak dapat markah tinggi juga untuk final exam ni." Balasku lalu menjeling sekilas Zayn yang kelihatan fokus menonton persembahan di atas. Sesekali aku melihat jam besar di dalam dewan teater itu, tidak sedar sudah hampir seharian aku meluangkan masa di kolej hanya untuk memastikan perjalanan majlis homecoming hujung bulan ini berjalan dengan lancar.

Homecoming ini diadakan berkaitan dengan kumpulan ragbi AIC, The Troublemaker. Adrian adalah ahli kumpulan The Troublemaker dan setiap tahun, aku adalah pasangan tetapnya tetapi tahun ini rasanya pasangan kami sudah berubah. Mungkin Adrian lebih memilih untuk pergi bersama-sama Shakira berbanding aku.

Memikirkan tentang Adrian yang akan bersama dengan Shakira, aku melepaskan keluhan. Sanggup ke aku nak tengok semua itu nanti?

"Seorang anak yang meninggal dunia akan menjadi penghalang kepada api neraka, begitu juga anak yang keguguran." Zayn tiba-tiba bersuara selepas beberapa minit dia mendiamkan diri. Aku berpaling memandang dia lama. "I ada terbaca dekat buku semalam." Tambahnya bersama satu senyuman yang terukir manis pada bibir. Tanpa sedar, aku turut tersenyum selepas dapat menghadam kata-kata Zayn.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now