𝟓. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

23.1K 880 90
                                    

PIPI Adrian yang sudah terlena di sebelah aku usap lembut. Bunyi degupan jantungnya jelas kedengaran dalam keadaan kepalaku bersandar pada dadanya. Wajah cerianya ketika bercerita tentang perempuan bernama Shakira tadi masih terbayang-bayang membuatkan hati aku terasa sesuatu yang luar biasa. Rasa seperti sakit.

I suka you.

Dia menunduk ketika mengucapkan kata-kata itu. Matanya tidak menipu. Adrian langsung tidak maksudkannnya walaupun hati aku dijentik perasaan bahagia pada mulanya tetapi otak lebih pantas menidakkan. Dia cuma bergurau.

Shakira. Nama perempuan yang selalu ada di mana aku dan Adrian berada. Aku yakin ada yang tidak kena dengan perempuan itu sehinggalah Adrian mengatakan dia suka akan Shakira. Sekali lagi hati aku hancur membuatkan aku sedar bahawa aku sedang cemburu. Secepat itu hati Adrian tersangkut dengan perempuan yang baru dikenali?

"Hei! Tunggu!"

Langkah aku terhenti seketika apabila melihat Adrian sedang berlari mengejar seseorang. Paling mengejutkan orang yang dikejar itu ialah perempuan tadi. Aku mengikut langkah mereka sehingga ke suatu tempat.

"Saya, Adrian. Awak?"

"Shakira."

Di sebalik tembok itu aku berdiri mendengar segala perbualan mereka sehinggalah perempuan bernama Shakira itu pergi. Ketika Adrian memanggil aku dengan nama Shakira, aku terkedu.

"I think, I'm in love."

"With who?"

"Shakira."

Aku mahu menafikan perasaannya itu tetapi melihat senyuman bahagia yang terukir di bibirnya, aku diamkan sahaja. Bila melihat dia bahagia aku menjadi dua kali ganda bahagia daripada dia walaupun bahagia itu sekadar lakonan.

"Luna? You tak tidur lagi?" Adrian mengelus kepalaku sambil sebelah lagi tangannya menggosok mata. Aku tersentak dan memandang dia lama.

"Kenapa ni? Esok you ada test. Tidurlah, baby." Dia bersuara dalam keadaan mata hanya separuh terbuka. Pandangannya tertancap kepadaku apabila soalannya dibiar sepi. Rasa bersalah pula sudah mengganggu tidurnya.

"You tidur jelah. I tak ngantuk lagi." Senyuman diberikan untuk menyakinkan dia. Dia mengangguk lalu kembali memejamkan matanya. Pelukannya semakin kejap membuatkan dada kami bersentuhan rapat. Bibirnya dicium sebelum aku juga lena di dalam dakapan hangatnya itu.

"Baby, bangun. Kelas you mula pukul lapan." Lembut suara Adrian sayup-sayup kedengaran tepat di telinga aku sehingga nafasnya dapat dirasai. Aku merengek sambil menghayunkan tangan ke udara menghalau apa sahaja yang mengganggu tidurku kerana aku masih mengantuk. Terdengar gelakan kecil di sebelah tetapi aku menghendahkannya.

"Dah pukul 7.40. You ada test pagi ni, baby girl."

Mata aku terbutang luas. Visual Adrian sedang tersengih perkara pertama yang menjengah retina. 7.40?! Jam di atas meja, dicapai kasar. Aku menghembus nafas lega apabila jam digital itu baru menunjukkan nombor enam. Adrian yang terkekeh ketawa melihat sikap gelabah aku, dibaling dengan bantal tetapi dia lebih pantas menangkap bantal itu dan dibawa ke dada.

"You patut tengok muka you tadi. Comel gila!" Semakin menjadi-jadi gelaknya membuatkan kantuk tadi hilang. Bibir dikemam dari menarik senyuman mendengar ketawa cerianya di waktu pagi seperti ini.

"Jahatlah you ni. I tidur lambat tau. Sampai hati." Aku mencebik dan membaling lagi satu bantal ke arahnya. Sekali lagi, dia berjaya menyambut. Aku bangun dan mencapai jubah mandi kemudian meloloskan diri ke dalam bilik air. Ketika aku keluar, Adrian masih di atas katil bermain dengan telefon bimbit milikku. Aku biarkan sahaja dia menggeledah telefon bimbitku kerana privasi aku adalah privasi dia.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now