𝟒𝟔. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

15.9K 815 104
                                    

"DIA dah makan?" Soalku kepada Ammara di dalam panggilan.

"Mula-mula dia merajuk, tak nak makan. Lepas Dad suruh Ammara masak makanan kegemaran dia, terus berselera sampai tiga kali tambah nasi."

Ammara tertawa, begitu juga aku. Terhibur dengan cerita Ammara berkaitan Arluna di rumah Dad sana. Aku tersenyum nipis. Tidak sampai satu hari tidak melihat muka wanita itu, hati aku sudah rindu. Rasa bersalah kerana pertengkaran semalam, masih tidak hilang lagi.

"Jaga Luna elok-elok, ya buat sementara ni? Petang nanti saya datang pujuk dia. Terima kasih, Ammara. Assalamualaikum."

Selepas salam dijawab, panggilan dimatikan. Aku bersandar pada dinding, berpeluk tubuh sambil menonton sebuah aksi yang ditayangkan khas di hadapan mata.

Dush!

"Argh! Uhuk! Uhuk!"

Lelaki yang dibelasah di hadapan aku itu meringkuk di atas jalan sepi itu, mengerang kesakitan. Muka, tangan dan segala anggota tubuhnya, lebam-lebam. Mulutnya pula tidak berhenti mengeluarkan darah. Mungkin pipi di dalam sudah terkoyak kerana tumbukan bertubi-tubi yang diterima.

Aku tersenyum puas melihat semua itu. Ini yang dia dapat selepas membuat hal dengan keluarga aku.

"Ezra." Panggilku dan serentak itu hayunan penumbuk dan tendangan pada lelaki itu berhenti. Ezra yang juga menyertai kumpulan itu melangkah mendekati aku.

"Okay tak, Ad? Ke nak lagi teruk?" Tanya Ezra sambil menguak rambutnya yang sudah dibasahi keringat ke belakang. Aku menepuk bahu Ezra kemudian satu sampul berwarna coklat berisi wang diserahkan kepada dia.

Aku berjalan menghampiri Firash yang sudah terbaring lemah di atas jalan itu. Hujung kaki aku gunakan untuk menolak mukanya yang penuh dengan darah. Masih hidup. Sayangnya. Aku duduk bercangkung di sebelah lelaki itu. Matanya yang kuyu hanya mampu memandang aku yang sedang tersenyum melihat keadaannya.

"Ingat aku, Firash?" Tanyaku penuh dengan nada sarkastik. Tiada jawapan. Hanya kedengaran nafas berat dia sahaja.

"Aku Adrian, suami Arluna. Isteri orang yang kau cium haritu, isteri aku. Ingat, dah?" Aku merenung muka itu tajam. Bibirnya yang pecah, terkumat-kami cuba untuk mengatakan sesuatu.

Tubuh aku dekatkan sedikit kerana tidak mendengar apa yang lelaki itu sedang bebelkan. "Ha?! Apa dia? Tak dengar, bro kau cakap apa. Kuat sikit."

"Ma...af..." Satu perkataan keluar dari mulutnya. Aku tersungging sinis. Membayangkan bibir itu sudah mencemari bibir Arluna, kaki diangkat lalu bibir yang sudah pecah itu aku pijak sepuas hati. Aku berunduk beberapa tapak ke belakang kemudian memberi jalan kepada Ezra dan rakan-rakannya yang lain pula untuk menghabiskan kerja mereka.

Tapak kasut digesel beberapa kali di atas tanah, geli dengan darah Firash yang melekat di situ. Langkah terus aku bawak masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kereta dipandu laju, meninggalkan lorong sunyi itu.






































"ACHOO!"

Beberapa helai tisu ditarik dan diletakkan pada hidung yang mula berair. Sejambak bunga yang berada di dalam genggaman, aku jauh sedikit dari hidung. Pintu rumah Dad yang dibiarkan tidak berkunci itu aku buka. Langkah dibawa ke tingkat atas di mana bilik Arluna berada.

Sebelum masuk, pintu bilik itu diketuk beberapa kali.

"Masuk!" Ceria suara Arluna dari dalam membuatkan senyumanku terukir. Mungkin dia fikir aku ialah Ammara atau Dad. Tombol pintu dipulas.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now