𝟓𝟏. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

14.3K 831 30
                                    

"ESOK I kena bentang proposal ni. You doakan yang terbaik untuk I, okay?" Adrian menunjukkan kerja pada skrin komputernya kepadaku. Aku mengangguk perlahan. Mata yang mula terasa berat kerana mengantuk dikelip beberapa kali. Hampir dua jam kami berhubung di aplikasi FaceTime itu dan waktu di sini juga sudah menginjak tengah malam.

Mata digosok. Aku memandang skrin semula dan Adrian yang tadi sedang membuat kerja, kini sedang merenung aku. Aku mengangkat kening sebagai isyarat 'apa?'

"Stop being so cute, sayang. You live far away. Damn, I really want to kiss you right now." Tutur Adrian dalam suara yang kedengaran sebal. Aku tertawa kecil mendengar rungutannya itu. Gosok mata je dikatanya comel.

"Ugh...if only I could kiss you through phone, my life would be a little easier." Dia melepaskan nafas berat dan kembali fokus ke komputer ribanya. Aku menggeleng dalam senyuman kerana bicara Adrian itu. Mengada.

Mata aku menjadi semakin berat. Mulut sudah menguap besar untuk ke sekian kalinya. Nak tidur tapi nak bercakap dengan Adrian, tapi dah mengantuk. Hurm...

"Nak tidur dah ke, sayang?" Soal Adrian, mengerling sekilas ke arah aku sambil jarinya sibuk menaip di komputer riba.

"Hm." Jawabku sepatah.

"Tidurlah, eh? I teman you sampai I habiskan kerja ni. Okay?" Sebuah senyuman manis dihadiahkan buat aku. "Good night, Luna. Sweet dream." Ucap Adrian lembut.

Perlahan-lahan mata dikatup rapat. Tidak sedar pada jam berapa, aku terbangun semula dan mataku terarah pada skrin Ipad. Senyumanku terukir apabila melihat figura Adrian yang masih berada di skrin.

Dia sedang solat. Salah satu pemandangan yang sentiasa aku nantikan setiap kali kami berhubung di aplikasi ini. Rasa sejuk mata memandang walaupun Adrian tidak menyedari aku yang sering memerhatikan tingkahnya.

Dia bangun dari sejadah dan melangkah masuk ke dalam bilik wardrobe. Selepas beberapa saat, Adrian keluar semula bersama-sama sehelai kemejanya.

Dan ini adalah satu lagi pemandangan yang menjadi kegemaran aku, melihat Adrian bersiap untuk ke pejabat di hadapan mata. Selimut aku tarik menutup mulut, menahan senyum ketika Adrian membuka baju, menayangkan abdomennya yang sempurna terbentuk itu. Pipi mula terasa panas. Aku tertawa nakal apabila dapat menonton semua itu tanpa pengetahuan Adrian yang menganggap aku sedang lena.

Tiba-tiba Adrian menoleh, memandang skrin Ipadnya. Cepat-cepat, mata aku pejamkan semula.

"I pergi kerja dulu, sayang. I love you, Luna." Ucapnya dalam keadaan berbisik sebelum panggilan video itu ditamatkan. Mata kembali dicelikkan. Jariku menyentuh skrin Ipad itu.

"I love you, Adrian." Balasku perlahan. Ipad diletakkan ke tepi. Aku bangun dan bersandar di kepala katil, merenung kosong bilik mewah di rumah Uncle Drew yang sedang aku diami ini.

Bilik ini terasa terlalu besar untuk tinggal sendiri. Bahagian sisi tilam yang kosong dipandang. Adrian sudah berjanji tempoh hari bahawa dia akan datang ke sini pada esok hari sepatutnya tetapi sayang, permohonan cuti lelaki itu tidak diluluskan. Tipulah jika aku kata aku tidak sedih apabila mendengar berita itu.

Keluhan dilepaskan. Kaki dibawa melangkah keluar dari bilik, berjalan menuju ke mana-mana kaki ini mahu membawaku di dalam rumah besar milik Uncle Drew itu. Langkah aku terhenti apabila melihat bilik Uncle Drew yang masih terang. Bilik itu didekati. Pintu biliknya yang terbuka sedikit itu, diselak.

"Uncle?"

Uncle Drew yang sedang membuat kerja di mejanya, berhenti. Dia mendongak memandang aku. "Luna? What time is it? Aren't you asleep yet?" Soal Uncle Drew sedikit terkejut. Jam dinding dan wajah aku dipandang bergilir.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now