𝟐𝟓. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

19.6K 926 211
                                    

"GOOD luck malam ni, guys! Thank you in advance for your cooperation!" Ucapku bersemangat selepas tamat raptai mereka yang terakhir sebelum majlis homecoming malam ini. Selesai 'group hug' dan sebagainya, aku terus menuju ke arah Zayn yang sedang menyimpan gitar bass miliknya di dalam beg.

"Zayn, jom." Aku mengerling jam tangan yang sudah menunjukkan angka 6. Hanya ada kurang daripada dua jam sahaja lagi untuk aku bersiap sebelum datang semula ke kolej pada pukul 8 malam ini.

Aku berlari anak keluar dari dewan teater mendahului Zayn menuju ke keretanya. "Wow, chill Luna!" Teriak Zayn dari jauh ketika dia ternampak aku hampir jatuh tersadung batu di kawasan parkir itu.

"Cepatlah, Zayn! I perempuan tau! Mana cukup dua jam nak bersiap, solek lagi, pilih kasut, buat rambut, pilih warna ku---"

"Okay! Okay! Kita gerak." Pantas Zayn bergerak masuk ke dalam perut kereta lalu memandu laju keluar dari kawasan kolej. Di dalam kereta aku masih tidak berhenti membebel kerana aku tidak membuat satu apa pun persiapan lagi. Baju baru untuk majlis ini juga tiada. Zayn yang menjadi mangsa rungutanku, hanya tahu mengangguk-angguk sahaja.

Sampai di hadapan pagar rumah, aku terus berlari keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah tanpa sempat mengucapkan terima kasih kepada Zayn. Tak mengapalah, lelaki itu pasti faham. Perempuan, kan? Kalau dah akhir-akhir seperti ini pasti menggelabah.

"Adrian? Adrian?" Setiap bilik di dalam rumah aku terjah, mencari kelibat si suami. Sejak dari pagi tadi, aku tidak sempat berbual dengannya kerana aku keluar awal pagi tadi dan Adrian masih lagi dibuai mimpi ketika itu.

Aku mencebik apabila figura sasa dan wajah kacak lelaki itu juga tiada di dalam bilik. Baru mahu minta tolong dia pilihkan kasut dan gaun buatku, tetapi ada sesuatu perkara yang lain menarik perhatianku, sebuah kotak cantik yang terletak di atas katil bersama dengan sebuah nota di atasnya.

Jumpa malam ni.

Kertas kecil itu diterbalikkan, tidak puas hati dengan nota ringkas yang ditinggalkan oleh Adrian. Itu je yang dia tulis. Fokusku teralih pula ke kotak cantik di bawah. Kotak itu dibuka, automatis bibirku menarik senyuman lebar. Isi di dalam kotak itu laju dibawa keluar.

Baju baru! Cantik! Tidak terdedah seperti bajuku yang lain...jauh beza dengan gaun milikku sebelum ini tetapi tetap cantik. Sedang aku berpusing-pusing, berangan bak puteri di hadapan cermin dengan baju itu, satu kain satin lembut terjatuh daripada celah lipatannya.

Kain satin itu diambil. Sehelai selendang? Aku kira kain itu adalah salah satu aksesori gaun berlabuci tadi. Apa ni? Adrian nak aku pakai tudung ke?

Selendang di tangan ditatap lama. Beberapa saat kemudian, senyuman manisku terukir.
























LEHER dipanjangkan mencari figura Adrian dalam lautan manusia di dalam dewan besar itu. Aku berjalan tanpa arah sambil menggenggam erat telefon bimbit di tangan, menunggu panggilan daripada Adrian. Walaupun aku sudah dapat menerimanya sedikig demi sedikit tetapi ego seorang wanita tetap diutamakan.

"Awh!"

"Ah, sorry!" Ucapku pada seorang perempuan yang aku terlanggar bahunya tadi. Dia mencebik sambil mengusap bahunya sebelum matanya teralih pada wajahku dan pandangan kami berdua bertembung.

"Eh, Arluna! Awak pakai tudung? Saya tak perasan bila awak pakai macam ni!"

Aku mengoyak senyuman hambar kepada Shakira yang sedang mengimbas pakaianku dari kepala sehingga ke kaki. Tidak pasti jika perasaan aku atau mimik wajahnya memang sedang mengkritik cara pemakaianku sekarang.

ARLUNA ©️जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें