𝟒. 𝐀𝐝𝐫𝐢𝐚𝐧

28.7K 927 167
                                    

AKU duduk membisu di atas katil memandang Arluna yang sedang mengeringkan rambut di hadapan cermin. Dia membalikkan tubuhnya melangkah ke arah aku bersama dengan sehelai tuala di tangan lalu menghadap aku sambil tangannya lincah membawa tuala tadi ke rambut aku yang basah. Aku menyentuh tangannya apabila pergerakkannya sedikit kasar tetapi masih perlahan.

"Erm, kuat sangat."

"Mengada."

Dia bergumam perlahan tetapi tangan masih membuat kerja. Aku mengoyak senyuman nakal. Pinggangnya dipeluk dengan kepala disandarkan pada dadanya. Saja mahu bermanja.

"Esok I ada latihan. You datang?" Aku bertanya perlahan dengan mata yang semakin terasa berat semasa menikmati belaian Arluna pada kepala.

"Esok I free. So, bolehlah. I pun dah prepared barang untuk you bawa practice esok." Dia membalas lalu menundingkan jari pada sebuah duffle bag Under Armour berwarna merah di atas lantai bilik itu. Aku mencebik. Rasa macam dia mak aku pula nak sediakan semua benda.

"Jangan layan I macam budak-budak. I boleh packing barang sendiri." Aku mencebir lalu merampas tuala daripada tangan Arluna dan mengeringkan rambut sendiri.

"Minggu lepas you lupa bawa air. Dahlah cuaca panas. Dengan towel tertinggal lepas tu nak pinjam member you punya pula. Sukalah tu kongsi mulut dengan peluh. Nasib baik I ada towel extra kalau tak, you kongsilah towel dengan kawan-kawan busuk you tu! Eiii! Geramnya I!"

Bibir merenggangkan sebuah senyuman mendengar bebelan Arluna yang entah ke mana hala tuju ceritanya. Laju betul bibirnya bergerak seperti bertih jagung. Aku cuma mengangguk-angguk sambil menompang dagu memerhati dia yang terus menerus membebel.

"Baby, I lapar."

Bebelannya terhenti. Aku memandang dia dengan riak simpati sambil kedua tangan memegang perut yang sudah meragam. Terlalu lama berendam bersama dengan Arluna tadi sampai terlupa nak makan tengah hari. Dia menjeling aku sambil berpeluk tubuh.

"Mom tak masak. Dia demam. You nak makan apa?" Nada suaranya kembali perlahan dan lembut seperti biasa. Senyuman aku melebar.

"Apa je yang you pandai masak?"

"Spaghetti."

"So?"

Semakin tajam matanya mencerlung aku apabila sedar aku sedang menyindir kerana dapur bukan tempat bagi seorang Arluna. Dia memalingkan tubuh dan keluar daripada bilik menuju ke dapur. Duffle bag milikku kembali dipandang. Teringat pula kejadian Arluna sanggup berlari ke kafeteria yang jaraknya sejauh dua blok dari padang semata-mata untuk membeli air kemudian ke locker miliknya untuk mengambil tuala buatku hanya kerana dia tidak mahu aku berkongsi barang dengan orang lain.

"No! No! No! I tak nak you share towel dengan dorang! I pergi ambil towel dalam locker kejap." Gadis itu membuat muka geli memandang ke arah sekumpulan lelaki yang sudah basah dengan peluh sedang duduk di tepi padang.

"Takpelah. Kawan I tak kisah. Sharing is caring." Aku menarik tangan Arluna yang sudah mula mahu membuka langkah untuk berlari ke tingkat tiga universiti itu. Dia pantas menggeleng dengan riak tidak puas hati.

"No! Sharing is disgusting!" Bantahnya sebelum berlari laju ke arah tangga tanpa sempat aku menghalang. Gelak kecil tercetus dengan sikap Arluna. Aku cuma tidak mahu dia penat. Lebih-lebih lagi bila dia mula berkeringat, dia akan nampak terlalu hot dan aku tak boleh melihat dia seperti itu.

Ia sangat menyeksa jiwa dan raga untuk menahan diri daripada mencium setiap inci wajah seksi itu.

"Adrian, lunch dah siap."

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now