𝟏𝟗. 𝐀𝐫𝐥𝐮𝐧𝐚

17.3K 764 107
                                    

MATA hazel itu sejak tadi menatap aku lama tanpa berkedip, dalam keadaan aku dan dia masih berbaring menghadap antara satu sama lain. Sesekali kami bertukar senyuman kemudian masing-masing tertawa kecil selepas itu.

"Kita jaga baby ni sama-sama?" Soalku separuh berbisik. Rasanya soalan ini sudah aku ulang lima kali dalam beberapa jam ini, dan Adrian tidak bosan untuk terus mengangguk dalam senyuman nipisnya. Aku tidak dapat menahan rasa bahagia dan terus menyandarkan kepala pada dadanya. Mendengar degupan jantung itu menenangkan aku.

"Adrian, sorry." Ucapku dalam nada suara yang mula bergetar.

"Sorry for what?"

"Sebab Adrian terpaksa korbankan kebahagiaan Adrian untuk Luna." Mata terpejam rapat saat wangian dan kehangatan tubuh Adrian begitu membuatkan aku selesa bersama nafasnya berhembus lembut pada dahiku. Dia hanya diam tidak membalas tetapi terasa rangkulan pada pinggangku dieratkan.

Mataku dicelikkan semula saat tersedar akan sesuatu. Sesuatu tentang Shakira serta perjanjian antara Adrian dan Dad yang aku dengar tempoh hari. Adrian diberi masa tiga bulan sebelum dia menceraikan aku semata-mata untuk harta yang tidak berharga bagi aku itu. Tersedar bahawa selama ini aku memang dipergunakan.

Teringat semula akan kenyataan itu, mata dan kerongkong mula terasa pedih. Tetapi semua rasa itu aku sembunyikan sendiri di sebalik kata 'aku okay' dan sebuah senyuman palsu.

Aku mendongak memandang Adrian yang sedang mengelamun tentang sesuatu. Dia masih berkira-kira untuk menjaga anak ini? Atau dia sedang berfikir tentang Shakira?

Tiba-tiba, dia mengalihkan pandangannya ke bawah dan mata kami bertemu. Ketika itu, hanya satu senyuman manis sahaja aku hadiahkan buatnya.

Cepat atau lambat lelaki ini masih akan melepaskan aku pergi juga, kan?




















BAJU kecil berwarna biru dan merah jambu itu dipandang bergilir. Keliru warna yang mana satu yang patut dibeli kerana aku masih tidak tahu apa jantina bayi ini tetapi rasa teruja untuk membeli belah barangan bayi telah membawa aku ke sini walaupun usia kandunganku baru sahaja menginjak dua bulan.

Adrian yang hanya mencuit barangan bayi di rak sebelahku dipandang. Bahu lelaki itu disentuh untuk mendapatkan perhatiannya. Ketika dia menoleh, dua helai baju kecil yang berlainan warna tadi dihulurkan kepadanya.

"Adrian rasa baby kita lelaki ke perempuan?" Soalku bersama satu senyuman lebar. Adrian merenung kedua-dua baju itu lama dengan kening yang bertaut. Jari telunjuknya diangkat lalu menunding ke arah baju bayi yang berwarna biru.

"Lelaki?" Aku mengangkat kening kemudian dibalas dengan senyuman penuh makna daripada Adrian. Dia mencapai baju berwarna biru tadi lalu dimasukkan ke dalam bakul di tangannya tanpa menunggu pendapat aku.

"Nanti ada geng nak buli mama dia." Selamba lelaki itu berkata sebelum tapak tanganku mendarat kuat pada lengannya. Adrian berdesis kuat sambil menggosok lengan yang ditampar tadi.

"Jahatlah! Belum apa-apa lagi dah plan macam-macam eh!" Aku menjeling manja ke arah Adrian yang hanya menayangkan sengihan tidak bersalahnya.

"Sakitlah. You ni tangan dahlah tembam macam doraemon."

"Ih, Adrian!"

Baru sahaja aku mahu memukulnya lagi, Adrian lebih pantas melarikan dirinya ke tempat yang lebih ramai orang. Sempat dia menjelir lidah kepada aku lalu tergelak besar selepas berjaya menjauhkan dirinya dariku. Bibir diketap rapat bagi menahan senyuman dan tawa yang bakal terhambur malah riak marah yang aku pamerkan kepada Adrian.

ARLUNA ©️Where stories live. Discover now