TPO 14

22.2K 1.2K 92
                                    

Hari ke hari, minggu ke minggu, kini sudah empat puluh hari Elrose tinggal di kediaman asing yang dia sendiri tidak dapat ketahui di mana sebenarnya dia berada. Elrose lelah memikirkan hidupnya yang telah berubah sejak datang ke sini. Dia tidak boleh bergerak bebas angkara arahan Jian Shen yang melarangnya.

Elrose hanya di benarkan keluar jika raja iblis itu memberi izin tapi bukan sendirian melainkan bersama raja tersebut. Macam mana Elrose nak bergerak bebas kalau Jian Shen terus berada dekat dengan dirinya? Macam mana? Pergerakan dia terbatas.

Sejak hari di mana kedua dayangnya hampir terkena hukuman, Elrose tidak berani lagi mengajak keduanya untuk keluar bersama. Wei Shin dan Mei Ying hanya menemani Elrose di dalam bilik atas arahan raja mereka sendiri. Siapa yang berani untuk melawan?

Elrose mengeserkan kedudukan kepalanya yang berada di atas lengan sambil termenung jauh dengan riak wajah yang muram seakam tiada semangat yang tersisa. Kedua dayang yang duduk di hadapan Elrose hanya melihat dengan perasaan sedih kerana tidak dapat membantu tuan puteri mereka.

Apa yang mereka boleh lakukan untuk menghilangkan perasaan sedih Elrose kalau mereka berdua sendiri takut separuh nyawa apabila melihat wajah Jian Shen. Nak buka mulut pun takut inikan ingin bersuara kepada raja kejam itu.

Setia hari hanya aktiviti yang sama mereka bertiga lakukan. Pada waktu pagi kebiasaannya Elrose bangun dari tidur lalu mandi di bantu oleh kedua dayang walaupun sudah di tolak berkali kali. Selesai mandi Elrose akan bersiap seperti layaknya seorang puteri.

Setelah itu, mereka bertiga akan duduk di kerusi yang memang tersedia dalam bilik Elrose. Kadang membaca buku, jika penat membaca buku Elrose akan termenung jauh. Hanya itu yang mereka lakukan sejak hampir dua minggu ke belakangan ini.

Wei Shin dan Mei Ying sampai sekarang tidak tahu tajuk buku tebal yang dibaca oleh Elrose. Sebenarnya mereka teringin mahu memegang atau membaca sehelai dua muka surat tetapi teringat amaran bahawa tidak ada yang boleh membaca selain keluarga di raja menghurungkan niat mereka.

Walaupun Elrose tuan puteri mereka berdua itu tidak bermakna mereka boleh lancang bertanya atau membaca apa yang si perintahkan oleh Jian Shen kepada Elrose. Biarlah hanya Elrose yang mengetahui. Wei Shin dan Mei Ying hanya mengetahui buku itu berasal dari tempat penyimpanan kitab di raja.

Dalam sibuk gadis bertiga itu termenung kedengaran bunyi tapak kaki menghentak menuju ke arah bilik Elrose. Kepala yang terlentok tadi terangkat perlahan menatap lurus ke pintu yang terbuka luas menanti gerangan siapa yang akan datang. Hanya satu dalam fikiran Elrose siapa lagi kalau bukan ;

Zhu Jian Shen.

Dan seperti yang Elrose fikirkan lelaki dengan tubuh tegap berbalut jubah hitam berjalur keemasan berbentuk naga berdiri menjulang di bingkai pintu dengan beberapa pengawal di belakang badannya. Elrose menghela nafas pendek sebaik melihat wajah yang cukup dia benci sejak hari itu.

Kedua dayangnya lekas bangkit saat melihat tubuh raja muda itu lalu menunduk hormat seperti biasa. Elrose mahu tidak mahu turut bangun dan merendahkan badannya dengan malas. Etika yang dia pelajari jika berhadapan atau bertemu dengan raja kerajaan ini. Elrose cukup benci ingin memberi hormat kepada Jian Shen.

Elrose rasa dia tidak perlu memberi hormat kepada Jian Shen yang dianggap tidak berguna sebagai raja. Raja mana yang ada sikap macam ni? Elrose berdiri semula dengan riak wajah yang tidak bersahabat. Dia tak kisah kalau Jian Shen akan mengamuk melihat sikap tidak sopan dia.

Di sana, Jian Shen mengukirkan senyuman sinis melihat bagaimana melawannya gadis kecil itu kepada dirinya. Tanpa mempedulikan Elrose suka atau tidak, dia berjalan perlahan menuju ke arah gadis tersebut dengan langkah lambat.

The Pirate's ObsessionHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin