TPO 6

28.2K 1.4K 68
                                    

Elrose membuka kelopak matanya dengan perlahan sambil cuba menganalisis di mana dirinya berada saat ini. Seketika Elrose memegang kepala yang terasa sakit sambil mencuba bangun daripada posisi baring. Elrose menampung tubuh lemahnya dengan sebelah tangan.

Manakala sebelah tangan lagi memegang pelipis kepala yang berdenyut sakit. Tidak lama kemudian, datang dua wanita muda berjalan secara tergesa-gesa ke arah Elrose yang sudah terjaga. Elrose menatap dua orang wanita muda berpakaian sama dengan tatapan penuh soalan. Daripada pemakaian dua orang wanita muda tersebut, Elrose boleh simpulkan yang mereka mungkin pembantu rumah atau lebih tepat seorang dayang.

Sesaat mata Elrose terbeliak besar apabila menyedari dirinya tidak di ikat di tengah padang lagi atau pun terkurung di dalam bilik yang kedap udara itu melainkan dirinya berada di satu ruangan mewah dengan peralatan yang lengkap di dalam sebuah bilik. Elrose mengedarkan pandangan ke seluruh sudut bilik untuk mencari jawapan sama ada fikiran nya benar atau salah.

Tubuh Elrose tersentak apabila dua orang wanita itu menyentuh tangan dengan menyelak lengan baju ke atas. Elrose segera menepis tangan pembantu rumah atau pun dayang itu. Elrose mengundur ke belakang kerana risau jika mereka cuba melukakan dirinya.

Gerakan Elrose terhenti apabila belakang badannya terhalang oleh dinding. Elrose menatap dua wanita itu dengan takut dan lagi. Elrose menemukan dirinya sudah tidak memakai pakaian pada pertama kali dirinya sayang ke sini. Pakaian yang tersarung pada tubuh Elrose ini lain daripada pakaian orang biasa.

Baju putih dengan lengan yang begitu besar dan kain yang labuh seakan jubah tapi bukan. Elrose menatap pakaian yang tersarung pada tubuhnya dengan pelik. Tangan Elrose cuba menarik atau lepaskan pakaian tersebut. Elrose tak tahu ini pakaian siapa yang boleh berada pada tubuhnya.

" Mengapa tuan Puteri menarik-narik baju tersebut? Adakah baju itu membuat tuan Puteri tidak selesa atau gatal? Kami boleh tukarkan yang baru. Jika itu kehendak tuan Puteri ". Ujar salah seorang dari wanita tersebut. Seorang wanita itu lagi mengangguk mengiyakan kata kawannya.

Elrose berhenti dari menarik lengan baju tersebut. Kenapa dua wanita muda itu memanggil dirinya sebagai tuan Puteri? Sejak bila Elrose jadi tuan Puteri pula. Elrose mengangkat kepala merenung dua orang itu dengan kilauan yang penuh pertanyaan.

" Ka—mu berdua ni siapa? Ke–Kenapa panggil saya tuan Puteri. Saya bukan tuan Puteri awak berdua... ". Balas Elrose dengan perasaan takut nya. Dua wanita itu berpandangan sesama sendiri sebelum mengalihkan pandangan ke arah Elrose.

" Ah— maafkan kami tuan Puteri. Nama saya— dayang Mei Ying dan ini Wei Shin. Kami merupakan dayang istana yang di perintahkan oleh Raja Zhu Jian Shen untuk menjaga tuan Puteri sehingga sembuh dan  hari-hari berikutnya ". Jelas wanita yang menggelar dirinya bernama Mei Ying serta seorang lain bernama Wei Shin yang tersenyum manis.

Elrose mengangguk faham dalam keadaan takut. Raja Zhu Jian Shen yang suruh dua dayang untuk menjaga dirinya. Kenapa raja kejam tu buat macam tu. Seketika Elrose terdiam. Gadis berusia lapan belas tahun itu menolehkan kepala ke arah kanan, kiri dan setiap sudut sebelum bergerak menghampiri dua dayang tersebut.

Mei Ying dan Wei Shin terdiam melihat tingkat pelik Elrose yang di gelar tuan Puteri tadi. Elrose menurunkan kaki polosnya supaya terjuntai ke bawah. Elrose membetulkan leher baju yang semakin melorot ke bahunya itu. Belahan dada Elrose hampir kelihatan akibat baju tersebut.

" Saya bukan tuan Puteri awak berdua. Raja awak berdua tu culik saya tahu tak! Lepastu— ". Belum sempat Elrose menyatakan perkara sebenar kepada dua dayang tersebut. Percakapan Elrose di potong oleh Mei Ying dan Wei Shin secara serentak.

" Culik? Raja—Yang Mulia Zhu Jian Shen culik tuan Puteri? ". Tanya Mei Ying dengan ragu. Elrose lekas mengangguk laju. Elrose dapat satu akal supaya dirinya boleh lepas dari tempat pelik ini. Elrose tidak mahu terjebak di dalam dunia asing yang dia sendiri tak tahu dekat mana.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now