TPO 19

20.4K 1.3K 206
                                    

Elrose semakin bahagia dengan hidup barunya di kampung bersama makcik Su dan Wangji. Hari ini sudah masuk hari ke lapan Elrose hidup sebagai Xiang Er tanpa melihat kelibat Jian Shen. Pada paginya seperti biasa, dia akan menyuap Wangji makanan dan juga ubat.

Wangji yang semakin sihat sudah boleh berjalan dengan kakinya sendiri tanpa bantuan. Makcik Su cukup berterima kasih kepada Elrose kerana berjaya menyembuhkan anaknya berkat kerajinan Elrose berkerja walaupun penat. Elrose membalas ucapan terima kasih makcik Su dengan pelukan erat.

Elrose pun berterima kasih kepada makcik Su kerana mengizinkan dia tinggal di rumah walaupun keadaan hidup makcik Su yang serba kekurangan. Jadi dengan bekerja dan membeli ubat untuk Wangji adalah salah satu cara dia membalas budi makcik Su.

Sebentar lagi Elrose akan ke hutan untuk mencari buah buahan bagi menggantikan makcik Su kerana makcik Su ingin menemui seorang penduduk kampung atas sebab tertentu. Wangji akan tinggal sendirian di rumah nanti.

" Makcik Su, Xiang er pergi ke hutan dulu ya ". Elrose bergerak keluar daripada rumah sambil membawa sebuah bakul kecil sebelum itu sempat dia mengusap kepala Wangji yang duduk di atas tikar.

Semalam Elrose dapat tengok Wangji bermain di luar rumah. Bermain dengan batu batu yang ada seorang diri. Iyalah Wangji tak ada kawan dan baru sembuh dari sakit jadi buat masa ni dia akan bermain sorang sorang.

" Baiklah, hati hati di jalan Xiang Er. Jangan sampai terluka ". Pesan makcik Su yang sedang membuat ubat dengan campuran herba dan akar akar kayu. Elrose dengan senang hati mula bergerak pergi.

Hutan yang di maksud Elrose tidak terlalu jauh daripada rumah. Hanya memerlukan masa hampir setengah jam sahaja. Di tengah jalan Elrose menyapa seorang makcik yang menjual buah. Sapaan Elrose yang di kenal baik hati dan rajin di sahut baik oleh makcik tersebut.

" Xiang Er tunggu sebentar. Ini makcik beri buah untuk kamu. Hati hati ke hutan Xiang Er gadis yang cantik dan baik ". Makcik tersebut memberi sebiji buah kepada Elrose dan sempat memuji Elrose sehingga tersipu malu gadis yang di panggil cantik tadi.

" Terima kasih makcik Ji ". Elrose menerima dengan sopan bersama sebuah senyuman lebar. Makcik Ji turut mengukirkan senyuman melihat betapa sopannya Elrose.

Elrose hampir di kenali oleh setengah penduduk kampung kerana dia di katakan anak angkat makcik Su. Elrose juga di kenal sebagai gadis yang suka membantu dan rajin bekerja. Selain wajahnya yang cantik, sikapnya juga baik. Elrose juga pandai mengambil hati penduduk kampung.

Elrose masuk ke dalam hutan setelah setengah jam berjalan. Peluh mula menitik keluar. Perjalanan yang agak lama tambah lagi dengan panas terik menyebabkan tekaknya berasa haus. Nasib baik makcik Su membekalkan dia sebotol air yang diletakkan dalam buluh.

Bekas biasa yang penduduk kampung gunakan untuk menyimpan air. Elrose meminum air masak untuk menghilangkan dahaga. Dia kembali berjalan ke arah kawasan dalam hutan tempat di mana makcik su mencari buah.

Elrose sempat mengikuti makcik Su mencari buah di hutan. Jadi sekarang dia boleh pergi sendiri tanpa bantuan makcik Su. Elrose mula melihat buah buah berukuran kecil berwarna kuning yang dia makan selepas di bawa balik oleh makcik Su. Elrose tak tahu nama buah tu apa tapi rasanya tersangat manis.

Makcik hanya memanggil buah tersebut buah kuning. Tiada nama yang spesifik. Elrose pun malad mahu memikirkan panjang terus mengutip satu persatu sehingga bakulnya hampir penuh. Tanpa Elrose sedari ada sekumpulan tentera masuk ke kawasan pasar atau pekan membantai orang kampung.

Kawasan pasar tadi menjadi kacau bilau dengan kehadiran tentera yang tidak di undang. Jeritan semua penduduk kampung kedengaran di pagi hari itu.

" Kedatangan kami ke sini mahu mencari keberadaan puteri Elrose yang melarikan diri daripada istana. Sila beri kerjasama jika tidak mahu terluka. Jangan ada yang cuba memberontak atau pergi dari sini ". Arah salah satu tentera berbadan besar di situ dengan lantang.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now