TPO 15

22.4K 1.3K 73
                                    

Elrose mengenggam erat kain bajunya seraya mengintai melalui lubang lubang kecil yang terdapat di dinding biliknya. Ingin melihat ada sesiapa di luar atau pun tidak. Selepas menerima perintah daripada Jian Shen untuk pergi ke dewan besar Elrose di datangi sehelai baju mewah dengan bersalut emas di sekililing pinggangnya.

Kedua dayangnya mengikut geral geri puteri mereka walaupun sebenarnya mulut mereka ingin bertanya kepada Elrose mengapa mengintai seperti itu.

Sesekali Elrose menggigit bibirnya apabila perasaan gelisah melanda dirinya. Patut ke dia pergi ataupun tak payah? Lagipun apa fungsi dia dekat sana sedangkan nanti dalam dewan tersebut di penuhi oleh para menteri Jian Shen.

Tidak mungkin Jian Shen mahu melantik dia menjadi menteri pulak? Kalau betul menteri apa? Menteri dalam kuat melawan atau melarikan diri? Lekas Elrose mengeleng kuat kepalanya. Agaknya duduk dekat sini otaknya dah jadi tak betul. Sesaat, mendadak tubuh yang membungkuk tadi tegak berdiri.

Kalau Elrose pergi ke dewan besar automatik dia akan melihat sekitar kawasan yang dia lalui bukan?! Jadi maknanya ada peluang untuk dia mencari celah agar dapat melarikan diri! Seakan mentol di atas kepala menyala terang. Elrose tersenyum lebar dengan fikirannya.

Wei Shin dan Mei Ying hanya diam memerhati Elrose yang tiba-tiba tersenyum. Elrose berdehem kecil apabila menangkap pandangan pelik kedua dayangnya terhadap dirinya. Elrose berpaling menghadap pintu lalu tangannya menolak pintu tersebut sehingga terbuka luas.

Rupanya di luar bilik tersedia dua pengawal berdiri menunggu dirinya bersiap untuk di hantar ke dewan besar. Elrose menarik tangan kedua dayangnya untuk berjalan bersama. Ketika dalam perjalanan, bukan hanya kaki yang menjalankan tugas tetapi matanya juga meliar mencari lorong untuk dirinya melarikan diri nanti.

Bukan sekarang. Jika lorong untuk melarikan diri sudah di temui. Elrose berjanji dia akan tetap pergi walau bagaimana keadaan sekalipun asalkan dirinya terlepas daripada raja gila tersebut. Elrose meneguk air liurnya ketika melihat dewan besar nan megah.

Buat pertama kalinya dia melihat dengan mata kepalanya sendiri dewan besar milik Jian Shen. Sungguh besar. Pintu perlahan di buka oleh pengawal sebaik Elrose tiba di depan dewan. Sejurus pintu terbuka, jantung Elrose berdetak laju.

Semua kepala manusia di dalam dewan tersebut menoleh ke arah dirinya yang sedang berdiri. Para pengawal tadi memberi isyarat untuk Elrose masuk ke dalam dengan tata hormatnya. Elrose mahu bergerak sambil menarik kedua dayangnya.

Tetapi tubuh Wei Shin dan Mei Ying kaku tidak berganjak pergi. Elrose menatap hairan. Kenapa keduanya seakan tidak mahu masuk bersama.

" Maafkan kami tuan puteri. Kami tidak di benarkan masuk bersama tuan puteri kerana hanya tuan puteri yang dibenarkan untuk masuk ke dalam dewan besar ini ". Ujar Wei Shin menjelaskan kenapa mereka berdua tidak bergerak ketika ditarik oleh Elrose.

Elrose menghela nafas lemah. Apa lagi kali ni? Elrose mengangguk faham sambil mengukirkan senyuman kepada keduanya. Elrose berpaling untuk masuk sendirian dengan perasaan gugup sehingga badannya menggigil kecil apabila dirinya menjadi sorotan mata semua menteri.

Elrose berhenti di tengah jalan dengan langkah kaki yang gementar. Matanya melirik ke sekeliling untuk mencari tempat duduknya. Para menteri yang kesemuanya berjantina lelaki memandang hairan kepada gadis yang tidak pernah dilihat oleh mereka selama mereka hidup di istana.

" Kemari Elrose tempat duduk kau di sebelah aku ". Jian Shen membuka suara sambil menepuk tempat kosong di sebelah dirinya duduk. Memberi isyarat untuk Elrose duduk dekat dengan dirinya.

Serentak itu para menteri berbisik sesama sendiri. Bukan ke perkataan raja muda itu kepada gadis yang dipanggil Elrose itu kedengaran tidak formal. Siapa gadis bernama Elrose itu. Fikir mereka semua. Tapi tiada yang berani mengutarakan pertanyaan tersebut.

The Pirate's ObsessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang