TPO 62

8.3K 639 60
                                    

hye 🥺








" Ying Zhiou... Awak dah jumpa siapa pelaku yang panah Jian Shen? Macam mana dengan kes tabib Guhan? Sampai sekarang dia tak kembali lagi. A-wak dah cari dia.. ". Elrose datang bertanya pada Ying Zhiou yang berada di dalam pondok tak jauh dari tempat kediaman Jian Shen.

Ying Zhiou hanya merenung lurus ke depan memerhati tasik dengan air yang tenang. Elrose berdiri di sebelah lelaki itu. Dia sendiri tak tenang selagi pelaku yang memanah Jian Shen tak jumpa dan tabib Guhan. Elrose pelik kenapa tabib Guhan boleh hilang secara mendadak. Kedua pembantu tabib itu juga turut pergi tanpa memberitahu Elrose.

Elrose sedar dia bukan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Jian Shen tapi setidaknya dua orang pembantu yang merawat Jian Shen boleh memberikan pesanan ringkas atau lain lain. Tapi pergi macam tu je. Perkara yang mencurigakan.

" Belum lagi Elrose. ". Jawapan Ying Zhiou membuat lidah Elrose berubah kelu dengan bibir yang bergerak seakan cuba mengatakan sesuatu. Ada rasa kesal terdetik dalam hatinya. Jian Shen sakit disebabkan terkena panah empat hari lalu tapi sampai sekarang pelakunya tak dapat di tangkap lagi.

Tabib Guhan pula menjadi kes misteri. Hilang begitu sahaja. Nasib baik tabib Guhan sempat menyelamatkan serta  mengubatkan Jian Shen pada hari pertama raja itu terkena panah. Jikalau  pasti keadaan Jian Shen semakin teruk sekarang ini.

" Ma-Macam mana awak boleh tak jumpa lagi siapa pelaku yang panah Jian Shen? Macam mana awak buat kerja dan kenapa tabib Guhan tiba tiba hilang? Apa yang jadi sebenarnya ni? ". Balas Elrose yang mula tak sabar dengan cara Ying Zhiou bekerja. Kenapa dirasakan kerja panglima ini lambat. Ying Zhiou mengancing rapat giginya. Pandangan di arahkan ke Elrose.

" Semua tu masih dalam pencarian lagi. ". Elrose menatap Ying Zhiou dengan renungan sedih namun hatinya lain. Ada percikan api kemarahan.

" Pencarian awak cakap? Pencarian apa? Pelaku yang panah Jian Shen tu dapat masuk ke dalam kawasan istana, dalam kawasan kerajaan Jian Shen. Awak sendiri ta—hu seluruh penjuru kerajaan Jian Shen terutamanya kawasan istana di kawal dengan banyak pengawal,".

Elrose berjeda seketika menahan rasa tak puas hatinya. Dia gigit bibir depannya sesaat sebelum menyambung lagi.

" —Jadi macam mana penjahat tu boleh terlepas masuk sedangkan banyak para pengawal yang menjaga. Awak pang-lima, tak akanlah awak tak jalankan tugas awak dengan baik? ". Di penghujung suara Elrose menjadi perlahan. Dia pandang Ying Zhiou tak percaya.

" Tak semua tempat ada pengawal Elrose. Kau perlu tahu itu. Memang Jian Shen sendiri cakap kerajaan di kawal ketat tapi untuk pengetahuan kau. Para pengawal banyak ditugaskan berjaga di bahagian depan dan hanya ada beberapa orang pengawal sahaja yang berjaga di bahagian belakang. Dalam kerajaan ini, banyak lorong lorong tikus yang pengawal tak jaga sama sekali. Kalau banyak pengawal yang bekerja. Tak mungkin kau boleh larikan diri dulu Elrose.".

Jelas Ying Zhiou panjang dengan nada menyindir Elrose yang pernah melarikan diri sewaktu awal dulu. Elrose tatap Ying Zhiou tak percaya. Tak sangka Ying Zhiou boleh cakap macam tu sekali.

"A-Apa—".

" Ya, macam mana kau boleh larikan diri ikut belakang istana kalau banyak pengawal yang bertugas di setiap penjuru kawasan? Betul tak Elrose. ". Ying Zhiou menyindir dan perli Elrose dengan agak keras dalam keadaan dia tersenyum. Elrose terdiam seketika. Memang betul apa yang Ying Zhiou katakan tapi— ada satu perkara terlintas dalam benak fikirannya.

" Kena—pa awak biarkan para menteri jalankan mesyuarat tanpa Jian Shen? Awak sedarkan Jian Shen sakit, jadi macam mana para menteri boleh adakan mesyuarat tanpa Jian Shen? Awak panglima sepatutnya awak halang semua tu daripada berlaku ". Air mata Elrose hampir jatuh. Hatinya ikut pedih bila teringat hal itu.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now