TPO 41

11.9K 802 54
                                    

Balik sahaja daripada pelayaran tersebut Elrose terus di sahkan demam oleh tabib Guhan. Elrose selalu berfikir kenapa sejak dia masuk ke dunia ni asyik masalah je yang dia terima. Lagi lagi pembawa masalah itu Jian Shen sendiri. Sampai sekarang Elrose tak dapat baca apa yang ada dalam fikiran Jian Shen.

Lelaki itu terlalu bijak menutupi segalanya. Tentang pusaran asap kelabu beberapa hari lepas masih lagi misteri. Elrose tak pasti sama ada itu petunjuk yang baik atau pun sebaliknya. Kalau memang betul itu jalan untuk dia kembali ke dunianya semula mung—kin Elrose akan pergi.

Akibat terlalu tertanya tanya tentang semua perkara. Akhirnya Elrose menyambung membaca kitab yang pernah di suruh oleh Jian Shen dulu. Elrose cuba nak faham segalanya. Tapi kitab atau lebih mudah di panggil buku oleh Elrose terlalu tebal untuk di habiskan. Ini belum setengah buku lagi.

Entah mengambil masa berapa lama lagi untuk Elrose habiskan. Elrose ingat dengan jelas lagi Jian Shen pernah bagitahu dia kitab macam ni hanya keluarga diraja saja yang boleh baca dan lihat tapi— kenapa Jian Shen membenarkan dirinya membaca sedangkan dia hanya orang biasa yang tiada kaitan dengan darah diraja.

Elrose sedang duduk tenang sambil meneruskan bacaan walaupun rasa bosan mula hadir. Sempat Elrose berniat ingin menghabiskan bacaan pada waktu lapang. Elrose sendirian di dalam biliknya dengan pintu seperti biasa terbuka luas jika waktu siang. Mei Ying dan Wei Shin di panggil oleh ketua dayang untuk membersihkan kawasan.

Sedang sibuk Elrose fokus membaca di atas kerusi dengan kitab di letakkan atas meja, hadir seorang gadis yang tidak pernah Elrose harap untuk bertemu lagi. Xin Ai masuk ke dalam tanpa kebenaran Elrose dan tanpa sebarang kata, anak menteri Li itu menarik buku yang Elrose baca.

Mendadak Elrose terkejut dengan kehadiran Xin Ai yang tak diundang tersebut. Makin membuatnya terkejut apabila Xin Ai menghempas buku tebal itu ke atas meja sehingga berdentum kuat. Wajah Xin Ai berubah merah kerana menahan kemarahan. Xin Ai menarik badan Elrose agar berdiri.

Lalu sebuah penampar mendarat pada pipi kanan Elrose. Elrose terkedu sendiri sambil menyentuh pipinya yang hangat. Dia memandang Xin Ai dengan riak wajah terkejut dan tak faham. Kenapa tiba-tiba Elrose dapat penampar? Dia ada buat kesalahan ke sampai dapat penampar daripada Xin Ai.

Xin Ai menarik nafas sambil menahan perasaan ingin mengamuk pada Elrose. Tanpa lepas matanya merenung Elrose tajam seakan mahu membunuh Elrose dalam sekelip mata. Xin Ai melirik kitab yang dia hempas tadi. Perkara yang menyebabkan Xin Ai marah besar apabila dia mendapat tahu bahawa Elrose boleh membaca kitab yang hanya tersimpan untuk golongan raja sahaja.

Sedangkan dirinya atau ayahanda dia sekalipun tidak di benarkan untuk masuk ke ruang penyimpanan kitab raja tapi Elrose, gadis yang entah dari mana asalnya dapat memegang dan membaca. Api kemarahan semakin membara dalam hati Xin Ai.

" Ke-Kenapa tampar saya? Salah a—pa yang saya dah buat dekat Xin Ai? ". Tanya Elrose perlahan sambil memegang pipinya. Xin Ai bengang melihat wajah sayu Elrose yang dirasakan berpura pura terus menerkam lalu menarik rambut Elrose dengan kuat.

Elrose meringis sakit seraya memegang tangan Xin Ai yang mencengkam rambutnya. Tapi Xin Ai terlalu kuat berbanding dirinya. Kedua dayangnya tiada di sini untuk membantu Elrose. Elrose yakin jika ada Wei Shin, gadis itu akan membantu meleraikan perbuatan Xin Ai.

" Xin Ai tolong lepaskan rambut saya ". Elrose sedikit menjerit sambil bergelut dengan tangan Xin Ai yang masih menarik rambutnya. Xin Ai mendengar suara Elrose makin naik darah. Dia tolak kepala Elrose lalu mencengkam dan menarik tanpa henti.

Tak tahan menahan sakit pada kepalanya akhirnya Elrose meronta kuat. Dalam rontaan tersebut badan Elrose terheret oleh Xin Ai sehingga ke tengah ruang bilik. Secara tak sengaja Elrose tertolak dan tercakar wajah Xin Ai. Xin Ai terkedu seraya menyentuh luka pada pipinya. Rasa pedih.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now