TPO 9

25.8K 1.2K 84
                                    

Elrose duduk di atas kerusi kayu yang tidak mempunyai penghadang sambil mengetuk jarinya laju tanpa henti. Dia berasa bosan sendirian di dalam bilik pada waktu pagi seperti ini. Kedua pembantu ataupun dayang yang di arahkan menemani dan membantu Elrose terpaksa pergi sebentar kerana di panggil oleh ketua dayang.

Elrose tak pasti sebab apa. Tapi sekarang ni dia bosan. Nak berjalan keluar pun tidak di bolehkan. Kepala gadis berumur lapan belas tahun terbaring lemah di atas meja bulat yang berukuran sederhana. Dalam beberapa minit kedengaran pintu bilik yang menempatkan Elrose terbuka perlahan menghasilkan bunyi deritan yang agak lambat.

Elrose bangun secara mendadak apabila susuk tubuh bersalut baju besi masuk ke dalam biliknya dengan diikuti dua orang lelaki memegang sebuah buku tebal lalu di letakkan ke atas meja tempat Elrose meletakkan kepalanya tadi.

Elrose seakan pernah melihat bentuk buku tersebut mengerutkan dahinya. Nampaknya dia akan kembali membaca buku yang agak membosankan itu benar?

Dengan sekali anggukan Ying Zhaou, kedua lelaki berpakaian berwarna coklat seakan pembantu itu bergerak keluar. Elrose dengan fikiran yang tidak mengerti hanya memandang orang kanan Jian Shen meminta jawapan. Yang Zhao yang memahami riak wajah Elrose berdehem seketika.

" Tuan puteri harus membaca buku itu sehingga habis ". Ujar Yang Zhao perlahan dengan nada yang normal bukan membentak Elrose ketika di awal pertemuan mereka dulu. Yang Zhao juga menukar panggilan terhadap Elrose menjadi tuan puteri. Mungkin arahkan Jian Shen? Elrose tak tahu.

Buku? Kenapa Ying Zhaou memanggil buku bukan kitab seperti dulu? Ying Zhaou berdehem sesaat apabila melihat wajah Elrose yang mula berkerut. Dia turut mengikuti Elrose memanggil buku berbanding kitab. Tidak tahu kenapa, bagi Ying Zhaou biar Elrose lebih mudah memahami mungkin? Walaupun sebenarnya Elrose faham je.

" Tapi— kenapa saya kena baca buku ni? ". Elrose bukan ingin membantah. Tetapi buku tersebut tersangatlah tebal. Entah berapa lama masa yang akan di ambil untuk menghabiskan buku tebal itu. Mungkin beberapa bulan baru habis membaca kot.

Elrose terkadang pening mahu membaca tulisan yang ada di dalam buku tersebut. Kalau yang mudah di fahami Elrose baik-baik je tapi kalau yang agak berbelit membuat dia agak bosan. Elrose bukan jenis gadis yang suka membaca buku tebal apatah setebal buku tersebut. Boleh sakit kepala.

Ketika di dunianya Elrose lebih suka membaca buku nipis, komik dan buku yang menarik perhatian nya sahaja. Dan Elrose tidak mahu membaca buku tebal tersebut. Kenapa dia kena membaca sehingga habis, sepatutnya dia mencari jalan untuk pulang kembali ke rumah bukan tetap duduk di tempat asing seperti ini.

Elrose penat jika terus memikirkan kemahuannya yang ingin balik namun tidak tercapaikan. Dia juga hairan kenapa Jian Shen menyuruh orang memanggil dirinya tuan puteri sedangkan pada pertemuan pertama, dia di seksa dan di tuduh sebagai seorang pengintip. Elrose tak habis fikir. Apa yang salah dengan dirinya.

" Ini atas arahan Yang Mulia sendiri tuan puteri. Yang Mulia meminta saya untuk menghantarkan buku ini kepada tuan puteri supaya di baca sehingga habis ". Jelas Ying Zhaou selepas melihat gadis itu berdiam diri dengan kepala yang menunduk.

Sehingga kini Ying Zhaou sendiri tidak mendapat klu dari mana asal gadis bernama Elrose yang di panggil tuan puteri atas arahan Jian Shen sendiri. Dia sempat bertanya kepada Jian Shen kenapa perlu menyebut gadis yang merupakan pengintip sebagai tuan puteri. Bukan ke sepatutnya gadis itu di hukum sehingga membuka mulut seperti pengintip yang lain?

Ying Zhaou berfikir mungkin ada sesuatu yang Jian Shen tahu tentang Elrose tetapi tidak di sebarkan kepada orang lain termasuk dirinya.

" Baiklah. Terima kasih Ying Zhaou ". Elrose lelah mahu berdebat tentang membaca buku tebal itu lagi. Takut dirinya terkena imbasan oleh raja muda yang angkuh. Yang Zhao menunduk hormat kepada Elrose. Baru satu langkah badan Yang Zhao berpusing, suara lembut Elrose menghentikan langkahnya.

The Pirate's ObsessionTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang