TPO 65

9.3K 633 53
                                    

Setelah merasa bahagia beberapa hari ke belakangan ini. Jian Shen terpaksa fokus pada tugasnya semula. Sempat Jian Shen berjanji akan membawa Elrose pergi keluar melawat dewan lama yang berada tidak jauh dari kawasan istana. Elrose tak pasti di mana tapi dia tak sabar nak pergi.

Elrose yang mula bosan kerana hanya duduk di biliknya bangun berjalan untuk mengambil angin pada waktu petang macam ni. Tanpa sedar kakinya berhenti di depan bangunan dua tingkat. Dia tak pernah naik ke tingkat atas sana. Mesti cantik kalau lihat pemandangan dari atas.

Di bangunan tidak berapa tinggi itu hanyalah tersimpan beberapa ruangan penyimpan barang dan di bahagian atas Elrose tak tahu ada apa. Jadi dengan rasa ingin tahu nya dia menaiki tangga untuk ke atas. Tiba di tingkat dua dia terus berjalan ke hujung. Angin meniup lembut menerpa seluruh badannya.

Sunyi tak ada orang pun dekat sini. Ruangan semuanya terkunci. Elrose mendaratkan kedua tapak tangannya pada kayu penghalang sambil memerhati ke bawah. Dari sini Elrose boleh melihat bangunan, bumbung dan pokok yang jauh di sana. Tiada yang istimewa namun angin terlalu damai bagi Elrose.

Sekilas, pandangan Elrose teralih ke arah tangga di hujung apabila melihat ada sebuah kelibat hitam yang hilang dalam sekelip mata. Siapa? Elrose menghela nafasnya. Dia mengabaikan hal tadi mungkin hanya bayangan dia je. Dia kembali merenung ke depan menikmati angin yang meniup tanpa henti.

Sudah berapa lama Elrose berada di sini? Setahun? Mungkin boleh jadi. Dirasakan sudah puas berada di situ, Elrose melangkah pergi. Turun ke bawah dan terus berjalan perlahan mengamati sekitarnya. Ada beberapa pengawal terserempak dengan dia memberikan hormat. Elrose membalas dengan senyuman kekok.

Dengan langkah biasanya dia pergi ke pondok dengan tasik tersedia di depan tempat tersebut. Pondok yang beberapa kali menjadi tempat Elrose berehat dan berhenti untuk menikmati angin dan air tasik. Banyak persoalan yang menderu-deru masuk memenuhi kepala Elrose. Namun dia cuba bertenang dengan merenung tasik tersebut.

Secara tiba tiba minda Elrose mengulang tayang kembali di mana dia meluahkan perasaan kepada Jian Shen. Elrose berkerut malu. Dia menepuk tepi kepalanya. Kenapa dia boleh terlepas macam tu padahal dia tak pernah berniat nak mengatakan hal memalukan kepada Jian Shen. Entah Jian Shen menyukai dia ataupun tidak.

Ah, Elrose kau memang memalukan diri sendiri. Bisiknya sendiri marah akan diri sendiri yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu. Kerana tidak kuasa menahan perasaan malunya sehingga menyebabkan pipinya memerah panas. Dia berniat untuk berpaling dan masuk ke dalam biliknya dan berehat saja di dalam sana.

Baru sesaat Elrose memusingkan badan datang sesusuk kelibat hitam menolak tubuhnya dengan ganas bukan setakat menolak tapi lebih tepatnya menendang perutnya sehingga badannya tercampak ke belakang. Seakan bergerak lambat, kedua tangan Elrose tergapai gapai cuba mencari pegangan.

Tetapi terlambat, badannya sudah jatuh tercebur ke dalam tasik. Badannya semakin tenggelam ke bawah dengan sesuatu benda keras—berupa batu menghentam belakang pinggangnya. Elrose meringis sakit. Kedua kakinya menendang air sekuat tenaga.

Kedua tangannya memegang leher kerana nafas mula berkurang dan air memasuki mulutnya. Buih buih air keluar berasal daripada mulut Elrose. Elrose meluruskan sebelah tangannya ke atas. Berharap seseorang akan menyelamatkan dirinya.

Belakang pinggangnya terlampau sakit tanpa sedar ada cecair merah bercampur dengan air tasik. Darah. Darah yang mengalir akibat hentaman pada pinggangnya tadi. Sesak. Nafas Elrose semakin sesak. Dia mendongak ke atas.

Kalau ini akhir hidupnya Elrose terima tapi siapa yang sanggup menendangnya jatuh ke dalam tasik ini. Siapa? Soalan Elrose tak berjawab. Dia melihat detik detik bahagianya bersama Jian Shen. Tawa Jian Shen yang keluar bila bersamanya. Kelopak matanya layu. Tangannya terkulai lemas.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now