TPO 72 ( Special chapter )

18.6K 1K 155
                                    

Don't fight the feeling 🎶
EXO

———

Jian Shen menghelakan nafasnya. Dia bersandar pada badan kerusi batu berwarna putih di temani oleh Yan Zhilmie di sebelahnya. Yan Zhilmie atau Ying Zhiou sama seperti selalunya. Hanya termenung panjang dengan tatapan yang kosong. Tidak berbicara walau satu kata.

" Aku datang sini sebab, aku nak minta maaf atas kesalahan aku dulu. Ya aku sedar aku salah tapi semuanya dah terlambat untuk aku cegah. Aku tahu aku tak sebaik orang lain. Kesalahan aku buat kau berubah Ying Zhiou. Perubahan yang tak pernah aku fikirkan,".

Jian Shen berhenti sekejap. Menoleh ke arah Ying Zhiou yang masih sama tidak bergerak barang seinci pun. Dia tak pasti Ying Zhiou mendengar ataupun tidak tapi biarkan dia memohon maaf walaupun sudah terlambat. Sangat terlambat. Jian Shen rasa dia lebih selesa sebut nama Ying Zhiou berbanding nama baru lelaki itu.

Jadi biarkan Jian Shen menggunakan nama Ying Zhiou sahaja walaupun di dunia sekarang ini namanya sudah berubah kepada Yan Zhilmie. Jian Shen merenung langit cerah biru menarik nafasnya lalu menyambung lagi.

" Aku minta maaf sebab bunuh Wei Shin dulu. Aku terlalu ikutkan emosi dan perasaan marah aku. Aku tak berdendam dengan kau, sebab kau jadi pengkhianat Ying Zhiou. Kau kawan aku, tetap akan jadi kawan aku selama lamanya. Tolong jadi kawan aku, kawan baik aku macam dulu lagi. Maafkan aku Ying Zhiou.".

Jian Shen meluahkan rasa yang tersimpan di hatinya. Dia marah bila Ying Zhiou sanggup jadi pengkhianat tapi dia sendiri sedar kawannya itu berubah kerana dirinya sendiri. Dia tak salahkan Ying Zhiou. Dia tak menyimpan dendam.

Hening. Bunyi angin kedengaran di waktu petang ini. Menerpa dengan angin yang meniup tenang damai. Ying Zhiou tetap tidak memberi tindak balas. Tawa rendah Jian Shen keluar. Dia menundukkan kepalanya.

" Rasa kelakar bila aku bercakap sorang sorang macam ni. Sekurang kurangnya balaslah aku satu patah perkataan Ying Zhiou.". Tiada sebarang respon langsung. Jian Shen bersandar semula.

" Aku tahu Ying Zhiou. Kau ada kaitan dengan pembunuhan Lisa. Tentang cctv, kau jangan risau. Serahkan dekat aku, aku akan uruskan semuanya.". Tangan Jian Shen menepuk bahu Ying Zhiou dengan suara yang mahu membantu lelaki itu. Jian Shen yakin Ying Zhiou lah yang membunuh Lisa— atau Xin Ai.

" Masa dah habis. Aku kena pergi Ying Zhiou.  Sebelum tu, ada sesuatu yang aku nak bagitahu kau lagi. Nanti aku akan bawa seorang perempuan datang jumpa dengan kau. Perempuan yang pernah ada dalam hati kau dulu.". Jian Shen bangkit dari duduknya. Berdiri menghadap Ying Zhiou yang duduk.

" Aku balik dulu. Jumpa lagi nanti Ying Zhiou.". Sebaik itu, kaki Jian Shen bergerak pergi membiarkan Ying Zhiou yang tidak pernah membalas sepatah kata tinggal di situ. Setitis air mata Ying Zhiou jatuh.

Esoknya, Jian Shen mencari keberadaan adiknya di mana. Selalunya Meilysa akan berdua dengan Shina. Tapi mana perginya dua perempuan itu? Seketika nafas lega Jian Shen dihela keluar. Rupanya kedua gadis itu sibuk menonton drama dengan makanan ringan ditangan.

" Wena Shina. ". Suara Jian Shen yang memanggil nama penuh Shina menganggu ketenangan kedua perempuan tersebut. Serentak mereka berdua berpaling kepada Jian Shen.

" Ke-napa bang Jayden? ". Tanya Shina dengan ragunya. Jarang abang kepada Meilysa itu memanggilnya dengan nama penuh. Pandangan takut takut dia berikan pada Jian Shen lalu merenung Meilysa.

" Aku nak kau ikut aku keluar sekejap.". Jelas Jian Shen dengan niatnya kenapa mencari kawan adiknya itu. Makin hairan kedua perempuan tersebut terutamanya Shina. Kenapa pula? Ada salah yang dia buat tanpa sedar ke sampai bang Jayden menyuruhnya untuk ikut dengan lelaki itu sekejap.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now