TPO 27

19.8K 1.3K 79
                                    

Elrose menyentuh belakang tengkuknya setelah terjaga daripada pengsan. Dia memerhati segenap ruang dengan pandangan yang tak berapa jelas. Dalam beberapa minit barulah Elrose sedar bahawa dirinya berada di dalam biliknya. Kenapa tak ada sesiapa dekat dalam bilik menjaga Elrose ?

Di mana Wei Shin dan Mei Ying?. Elrose menurunkan kakinya jejak ke atas lantai sebelum membuka langkah berjalan menuju ke arah pintu. Pening menguasai kepalanya namun dia menguatkan diri untuk terus berjalan mencari sesiapa untuk bertanya sesuatu.

Sebaik melangkah melepasi pintu Elrose berdiri tegak sambil mengurut leher yang terasa sakit. Dia tak pasti apa yang berlaku tapi dalam sekejap ingatannya mengimbas kembali apa yang telah terjadi di antara dirinya, Jian Shen dan para penjahat.

Elrose, Elrose hampir di bunuh oleh penjahat tersebut dan Jian— Shen menolong dirinya. Sekilas dia teringat wajah mengerikan milik raja muda itu ketika membunuh penjahat dengan kejam. Elrose ingat macam mana senyuman jahat Jian Shen terlukis dengan pandangan mata yang kosong ketika menikam penjahat menggunakan pedangnya.

Sesaat, pening di kepala Elrose semakin bertambah.  Elrose hampir tumbang ke lantai tetapi ada satu tangan menyambut pinggangnya dengan erat lalu di tarik rapat pada tubuh gerangan tersebut.

Elrose membuka matanya sedikit untuk melihat siapa yang menyentuh dirinya. Dengan pandangan yang kabur dia dapat melihat wajah Jian Shen mendekat pada dirinya. Dalam keadaan yang lemah bersama pening di kepala, Elrose melihat Jian Shen semakin merapat lalu semuanya berlaku dalam sekelip mata.

Jian Shen menyatukan bibirnya melekat dengan bibir Elrose tanpa sebait kata. Elrose mahu menolak dengan keadaan tangan terangkat memegang lengan Jian Shen tapi apabila ada sesuatu benda berbentuk bulat masuk ke dalam mulutnya mata Elrose terus tertutup tak sedarkan diri.

Jian Shen merenung lama ke arah kedua kelopak mata Elrose yang terpejam dan memutuskan satuan bibir mereka berdua. Jian Shen meludah ke tepi lalu mengusap bibirnya dengan menggunakan tangan kanan yang bebas. Pahit terasa jelas pada lidahnya selepas menyimpan sebutir ubat Elrose di dalam mulut.

Jian Shen mendukung badan lemah Elrose dan di bawa ke dalam semula. Semasa badan Elrose sudah terletak di atas tempat tidur, Jian Shen kembali menatap wajah Elrose tanpa lepas. Ada sesuatu menganjal dalam hatinya.

Perempuan di depan Jian Shen sekarang ini hampir mati akibat dirinya sendiri. Jari kasar Jian Shen menyentuh luka halus di leher depan Elrose. Jian Shen berjanji dia akan menjaga gadisnya dengan lebih baik selepas ini.

######

Elrose berlari laju dalam gelap malam yang begitu pekat. Sesekali kepalanya menoleh ke belakang untuk melihat makhluk yang mengejar dirinya sejak tadi. Nafas tak teratur bersama peluh yang keluar. Makhluk berukuran besar dengan lidah terlujur keluar seakan mahu memakan Elrose.

Elrose menangis semahu mahunya sambil melajukan kaki agar berlari menjauhi makhluk menyeramkan itu namun tanpa dia sedar kakinya tersepak sebatang kayu yang terbaring di atas tanah sehingga membuat tubuhnya jatuh tertiarap. Elrose menarik kakinya untuk segera bangun dan kembali berlari namun luka di kakinya menghalang.

Elrose mengesot menjauhi makhluk yang sudah berdiri di depannya. Bibirnya mengeletar mahu menyatakan sesuatu tetapi tak berhasil. Dia semakin ketakutan sambil terus mengundur tanpa berputus asa. Baru makhluk menyeramkan itu melompat untuk menerkam tubuhnya.

Elrose menjerit kuat, menutup mukanya dengan lengannya sambil meingkuk takut. Satu susuk tubuh lelaki datang menghalang makhluk itu dengan menggunakan sebilah pedang. Beberapa saat keadaan hening tanpa sebarang suara. Elrose memberanikan diri menurunkan lengannya untuk melihat apa berlaku.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now