TPO 1

74.8K 1.9K 113
                                    

Seorang gadis berambut hitam panjang separas pinggang itu berjalan perlahan menyelusuri kawasan kedai kedai mewah itu. Sesekali gadis yang sering di sapa dengan nama Rose tersenyum menikmati tiupan angin yang lembut menyapu wajah dan tubuhnya.

Gadis itu sedang mengambil angin menghilangkan bosan.

Rose atau nama panjangnya. Elrose Quinza berhenti di tepi jalan menunggu lampu isyarat untuk pejalan kaki bergerak menyeberangi jalan yang sesak dan sibuk itu. Elrose atau Rose menyeberang jalan bersama pejalan kaki yang lain.

Elrose berhenti sejenak setelah di rasakan cukup lama kakinya sudah melangkah. Di dunia moden penuh cabaran ini Elrose berasa kerdil. Dirinya hanya lah sebarang kara tanpa keluarga di sisi. Kawan apatah lagi tiada.  Nasib baik Elrose bekerja di sebuah kedai serbaneka untuk menyara hidupnya.

Elrose baru berusia lapan belas tahun. Elrose keluar dari rumah anak yatim pada tahun lalu semasa umurnya sudah cukup tujuh belas tahun. Sekarang sudah masuk bulan ke sepuluh Elrose hidup berdikari.

Elrose duduk merehatkan kaki yang mula lenguh. Elrose hanya seorang gadis yang lemah tanpa gandingan bahu dari seseorang lain. Elrose tak pasti siapa orang tuanya, di mana mereka berada, hidup atau mati ke.

Elrose tidak tahu. Tapi yang Elrose tahu kata ketua rumah anak yatim tempat dia pernah tinggal dulu.

Ibu bapa Elrose sudah meninggal akibat kemalangan dan Elrose mampu pasrah dengan takdir hidupnya. Elrose cuma berharap ibu bapa nya masih hidup tapi itu kedengaran bodoh. Terang terang ketua rumah itu berkata ibu bapa sudah mati kerana kemalangan.

Jadi Elrose sudah tidak mahu berharap lagi. Biarlah Elrose hidup sendiri. Janji tiada sebarang gangguan yang datang. Elrose bangkit dan berjalan kembali menuju ke bilik sederhana miliknya. Sebaik pintu terbuka Elrose memandang setiap sudut biliknya.

Perkara itu sudah menjadi kebiasaan Elrose apabila pulang ke rumah atau lebih tepat biliknya. Elrose hanya mampu menyewa bilik yang tidak terlalu mahal. Cukup untuknya yang tinggal seorang diri. Elrose mengunci pintu dan membuka tirai tingkapnya.

Elrose mengukirkan senyuman lagi apabila angin meniup rambutnya sehingga beralun. Elrose sayang ingin memotong rambutnya. Jadi Elrose memilih untuk membela sehingga separas pinggang. Elrose duduk di atas katil single miliknya.

Bilik tempat Elrose tinggal ini hanya mempunyai sebuah katil, sebuah sofa berangkai satu. Meja dan kerusi belajar. Berkat duit gajinya Elrose membeli peralatan dapur sedikit seperti kuali kecil, periuk nasi bersaiz kecil, dapur yang hanya satu tungku dan tong gas.

Semua barang memasak di letakkan di sudut bilik belah kiri dan bersebelah dengan pintu bilik air yang memang tersedia sekali di dalam bilik itu. Elrose bersyukur. Gaji kerja di kedai serbaneka itu hanya mampu menyara kehidupan sehariannya. Paling membuat Elrose ingin ketawa. 

Apabila dirinya tidak mempunyai televisyen untuk menonton sebarang rancangan. Elrose tidak mampu untuk membeli televisyen yang mungkin memakan harga separuh dari gajinya. Nasib baik Elrose mampu membeli telefon second hand berjenama Samsung.

Sekurangnya ada benda untuk menghibur kebosanan Elrose sedikit. Elrose sudah terbiasa tidak menonton televisyen dan apabila Elrose ternampak televisyen di kedai makan atau di mana sahaja, Elrose akan berhenti untuk menonton seketika.

Elrose bukan jenis melayan drama atau semacam cerita yang berlanjutan.

Elrose lebih suka menonton kucing dan haiwan haiwan lain yang di rasakan comel melalui  saluran Youtube telefonnya. Elrose masuk bekerja dari jam lapan pagi sehingga sebilan malam. Dan kelebihan bekerja dari pagi sehingga malam itu Elrose dapat bercuti pada hari ahad.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now