TPO 71 ( END )

18.4K 932 221
                                    

Promise 🎶
EXO

———






Jian Shen mengenggam lembut tangan Elrose semasa masuk ke dalam rumahnya. Dia membawa Elrose pergi ke rumahnya sendiri, ada sesuatu yang dia perlu tunjukkan pada Elrose. Masuk saja ke dalam, ruangan mewah terhias jelas. Begitu luas ruangan dalamnya. Cantik dan tersusun kemas.

" Kau duduklah dulu. Sekejap lagi akan ada orang hantarkan minuman.". Jian Shen duduk di sofa utama dan menjemput Elrose untuk berehat di sofa berangkai tiga. Si gadis tak menolak atau bersuara. Dia sendiri masih tak percaya dengan apa yang terjadi.

Suasana senyap sunyi tanpa sebarang suara. Elrose sendiri tak tahu nak mulakan perbualan macam mana. Dia rasa semuanya berjalan dengan sangat pantas. Dengan rasa berdebarnya, dia melirik Jian Shen mahu melihat sama ada benar atau tidak lelaki itu ada di sana atau hanyalah bayangannya sahaja.

Badannya mengeras dengan anak mata meliar bergerak tak tentu arah. Rupanya semasa dia ingin mencuri lihat Jian Shen. Lelaki itu memang sudah menatapnya tanpa lepas. Sehingga sekarang pun, lelaki itu terus merenungnya.

Tak lama datang seorang wanita berusia pertengahan abad mungkin? Menghantar minuman yang Jian Shen katakan tadi. Sebuah gelas di letakkan di depan Elrose manakala satu lagi di depan Jian Shen. Sebaik makcik itu mengangkat muka membuatkan Elrose semakin terkejut.

Dia pernah nampak dan paling penting dia kenal siapa makcik tersebut. Makcik Su? Elrose berbisik sendiri bersama riak wajah terkejutnya. Melihat makcik itu nak pergi, Elrose tanpa berfikir lantas menahan dengan laju.

" Ye, cik? ". Makcik tersebut bertanya apabila gadis yang tuan nya bawa ke rumah, menahan dia daripada bergerak. Tapi Elrose tak bercakap, dia masih dalam terkejutnya. Dia nak sebut sesuatu tapi tak ada satu patah pun yang keluar.

Elrose merenung Jian Shen, meminta kepastian apa yang dia fikirkan adalah benar. Jian Shen seolah faham, langsung mengangguk halus. Memberitahu apa yang Elrose fikirkan sememangnya betul. Aaa rindu sungguh Elrose dengan makcik Su. Dia rasa ingin memeluk erat dan menangis di bahu makcik Su tapi di tahan sebaik mungkin.

Dari muka makcik Su tersebut, Elrose boleh agak yang makcik Su tak ingat siapa dia. Elrose teringat sesuatu, mana anak makcik Su? Wangji?

" Ah.. Maaf— ". Elrose yang tersedar dengan tindakan drastiknya tadi menarik tangannya. Makcik Su tersebut mengangguk faham dan kembali berjalan membawa dulangnya. Elrose duduk pada tempatnya semula sambil memandang makcik Su yang sudah hilang, mungkin ke dapur.

" Jian Shen... Makcik Su t—tak kenal atau ingat saya ke? ". Elrose dengan kelirunya menyoal. Rasa terkejutnya tak habis lagi. Separuh rasa gembira hadir sebab dapat berjumpa dengan orang yang dia kenal dan separuh lagi terasa sedih kerana orang yang dia kenal tak ingat siapa dia pun.

" Bukan semua yang terlahir semula ingat tentang masa lalu.". Jian Shen menatap gadisnya lama, wajah keliru jelas terpancar pada Elrose. Elrose terdiam sendiri. Memikirkan apakah semua ini logik atau hanya mainan mimpi?

Bila masing masing berdiam diri. Kedengaran suara tapak kaki seseorang turun dari tangga. Terlihat seorang perempuan berdiri mematung di tengah ruangan. Segera Elrose menoleh dan serta merta pandangan mereka bertemu dan memgejutkan Elrose buat kesekian kalinya. Mata Elrose terbuka luas. Perempuan yang berdiri itu menjungkitkan keningnya sendiri.

" Mei—Mei Ying? ". Ungkap Elrose dalam suara begitu halus. Jian Shen ikut menoleh ke arah gadis yang baru turun tersebut. Perempuan yang di panggil sebagai Mei Ying tadi mengukirkan senyuman kepada Elrose yang merupakan tetamu. Perempuan tersebut nak berjalan ke dapur namun tak jadi bila suara Jian Shen memanggilnya.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now