TPO 24

22.1K 1.3K 202
                                    

Esoknya Elrose berjalan bersama kedua dayangnya sengaja mengambil angin pada waktu pagi selepas selesai bersarapan. Setelah kejadian semalam, Elrose cuba untuk tidak bertemu dengan Li Xin Ai lagi. Risau anak Menteri Li itu akan menyakiti kedua dayangnya lagi.

Elrose pasti Xin Ai tak akan keluar pada waktu pagi begini. Pasti Xin Ai sedang berada di dalam biliknya berbanding berjalan pada siang hari. Namun sangkaan Elrose meleset sama sekali. Tepat di depan tempatnya berdiri terlihat satu susuk badan Li Xin Ai berdiri bersama dayang dayangnya.

" Tuan Puteri... Mari kita pergi ke arah lain ". Ujar Mei Ying di belakang telinga Elrose selepas melihat manusia yang cuba mereka hindari. Namun sudah terlambat, Xin Ai tiba terlebih dahulu tepat di depan Elrose.

Lekas Wei Shin berdiri di tepi Elrose berjaga jaga kalau Xin Ai mahu melukakan Elrose. Begitu juga Mei Ying yang menyatukan tangannya bersama Elrose. Mereka hanya bertiga manakala Xin Ai membawa lima atau enam orang dayang dengan wajah tidak tersenyum.

Elrose tidak mahu memulakan pergaduhan atau sebarang pergelutan segera memberi tanda hormat kepada Xin Ai. Awalnya Mei Ying dan Wei Shin ingin menolak memberikan hormat namun ketika tangan mereka di tarik oleh Elrose barulah mereka melakukan juga. 

Walau macam mana pun Li Xin Ai masih seorang puteri dan anak kepada Menteri Li yang berjasa di tempat ini. Li Xin Ai berlagak sombong dengan senyuman merendahkan Elrose terlukis. Dia berjalan ingin pergi sengaja dia melalui tepi Elrose iaitu di depan Mei Ying.

Lalu dengan angkuhnya Xin Ai melangkah pergi selepas melanggar bahu Elrose dan menolak tubuh Mei Ying sehingga terjatuh ke bawah. Xin Ai sempat berdecit sinis  dan berlalu pergi bersama kesemua dayangnya.

" Jangan Wei Shin biarkan je ". Elrose tidak mahu memanjangkan lagi masalah , menahan tangan Wei Shin yang mahu menyerang Xin Ai. Elrose mengeleng kepala menghalang niat Wei Shin. Elrose membantu Mei Ying bangun daripada duduk.

" Tapi tuan Puteri kalau kita terus berdiam. Puteri Li Xin Ai akan lagi berani membuli kita! ". Wei Shin bersuara selepas Elrose membantu Mei Ying. Elrose menghela nafas ringkas. Dia faham perasaan geram Wei Shin selepas di serang semalam.

Mei Ying memegang lengannya yang di rasakan sakit. Rupanya akibat tolakan kasar tadi menyebabkan siku Mei Ying terluka dan sedikit berdarah.

" Saya tahu Wei Shin.. tapi kalau kita balas nanti kita juga yang sakit kan. Jadi biarkan je nanti esok lusa habislah tu ". Elrose memeluk bahu Wei Shin lalu lengan dayangnya di gosok lembut. Elrose faham Wei Shin mahu melindungi dirinya. Tapi keselamatan kedua dayang Elrose juga perlu di jaga.

Elrose tak nak di sebabkan dia Wei Shin atau Mei Ying terluka lagi. Lagipun mereka tak boleh bertindak lebih, takut di perhujungnya nanti hukuman akan di jatuhkan kepada Wei Shin dan Mei Ying.

#####

Kini sudah tiga hari Jian Shen dan Ying Zhiou bersama beberapa orang pergi ke laut menjadi lanun. Kenapa Elrose boleh tahu tiga hari? Apa Elrose mengira hari atau menunggu Jian Shen kembali? Tak bukan!

Dia tak kisah pun kalau Jian Shen pergi kalau boleh pergi dan jangan balik lagi. Hati Elrose masih sakit dengan perlakuan Jian Shen ke atas dirinya.

Petang itu, Elrose berjalan seorang diri ke tepi tasik tempat kegemarannya di istana. Elrose teringin nak tengok ikan ikan berenang dengan bunga bunga yang masih mekar itu. Tetapi— semasa melalui jalan dengan tiba-tiba ada dua orang perempuan yang merupakan dayang Li Xin Ai datang mengheret Elrose ke suatu tempat.

Tubuh Elrose yang di heret tadi di campak depan kaki Li Xin Ai sehingga jatuh tersungkur. Elrose mendesis sakit, kedua tangannya mungkin tergores dan berdarah. Dia mendongak melihat siapa di depannya. Li— Xin Ai— Ada apa ni.

The Pirate's ObsessionKde žijí příběhy. Začni objevovat