TPO 28

16.3K 1K 71
                                    

Elrose berjalan bersebelahan dengan Jian Shen selepas mendapat arahan daripada raja muda itu agar menemaninya berjalan di waktu petang begini. Pada awalnya dia mahu menolak tetapi perintah Jian Shen. Siapa yang boleh lawan.

Jian berjalan mendahului Elrose dan para dayang berserta para pengawal. Dalam sibuk melangkah Elrose memerhati sekitar kawasan ingin menenangkan hati yang gelisah. Sampai di satu titik kawasan. Ada satu perasaan hinggap ketika tempat yang sedang di laluinya ini merupakan tempat pertama kali dia bangun.

Dengan tiba-tiba langkah kaki Elrose melambat bersama wajah yang tertunduk ke bawah apabila teringatkan inilah tempat dia bangun untuk kali pertamanya semasa terjaga di dunia asing ni. Sampai sekarang Elrose tak habis fikit macam mana dia boleh tersesat dalam dunia Jian Shen.

Jika kawasan ini membawa ke sini pasti kawasan padang luas ini boleh mengembalikan dirinya ke dunia dia semula. Tapi macam mana? Akhirnya, Elrose terus berdiri tegak bersama genangan air mata yang bertakung.

" Mengapa tuan Puteri Elrose berhenti berjalan? Ada sesuatu terjadi atau tuan Puteri letih? Mahu berehat? ". Mei Ying menegur Elrose yang berdiri tegak secara perlahan. Memandangkan Jian Shen melihat ke arah berhentinya Elrose.

Elrose sama sekali tak menjawab. Kedua tangannya terkepal erat mengingatkan bertapa bezanya kehidupan mereka semua. Dalam fikiran yang bercelaru Elrose menapak mendekati Jian Shen yang memerhatikan dirinya. Bersama genangan cecair di mata dia memberanikan diri menatap ke dalam mata Jian Shen.

" Macam mana kalau suatu hari nanti saya mati atau saya kembali ke dunia saya semula. Macam mana kalau saya hilang dari depan mata awak. Apa yang awak akan lakukan Jian Shen? ". Suara lemah Elrose terdengar di tengah padang yang luas tersebut.

Jian Shen beriak datar lalu mengangkat sebelah tangannya memberi isyarat agar semua para pengawal dan dayang bergerak menjauhi mereka. Elrose sedar arahan Jian Shen tapi dia cuba abaikan. Ada jawapan yang dia perlu dengar daripada Jian Shen sendiri.

Wei Shin dan Mei Ying segera mengundur perlahan meninggalkan raja mereka bersama Elrose.

" Apa maksud kau Elrose ". Jian Shen tiada mood mahu bergurau dengan soalan Elrose. Matanya merenung tajam seluruh wajah gadisnya yang secara perlahan berubah merah. Mungkin sedih bercampur marah. Jian Shen tidak pasti.

" Saya pasti— Saya akan pergi dan balik semula ke dunia saya. Kalau— tempat ni buat saya terbangun, saya pasti tempat ni juga akan bawa saya balik lagi. Jadi apa yang awak akan buat? ". Matanya menatap sekeliling kawasan sebelum kembali menatap mata Jian Shen dengan berani. Ada sesuatu mendesak dirinya berkata begitu.

Tanpa sedar perkataan pergi dan baliknya menarik perhatian Jian Shen sehingga menjadikan perasaan berubah tegang bersama rahang yang mula terbentuk kerana di ketap. Jian Shen tidak memberi reaksi sedikit pun dia melangkah menghapus jarak di antara mereka berdua.

" Kau tak akan pergi ke mana mana Elrose. Tiada perkataan pergi atau balik yang wujud dalam diri kau Elrose. Apatah lagi perkataan mati. Semua tu tak akan pernah berlaku. Jadi jangan cabar emosi aku ". Kepalanya di rendahkan agar setara dengan ketinggian Elrose. Nafas hangat milik Jian Shen menerpa bibir Elrose.

Tapi itu tak menghalang Elrose daripada mengeluarkan kata kata lagi. Elrose dengan berani membantah atau lebih tepatnya melawan Jian Shen. Cecair yang bertakung tadi mengalir membasahi pipi kanan Elrose. Kedua tangan halusnya saling mengenggam erat.

" Kenapa awak yakin sangat saya tak akan pergi. Saya pasti nanti saya akan pergi ke dunia saya semula dan tinggalkan awak dengan tempat asing ni. Kalau saya mati sekalipun— saya yakin perkara tu tak akan bagi impak dekat diri awak Jian Shen ". Bibirnya yang bergerak ketika bercakap tadi terhenti apabila Jian Shen mencengkam kedua pipinya.

Jian Shen semakin mendekatkan wajah mereka sehingga hujung hidung mancung dia bertemu dengan Elrose. Tapi di pihak Elrose dia sedikit terkejut namun lekas dia beriak biasa walaupun pipinya mula terasa sakit. Senyuman sinis Jian Shen terukir seakan merendahkan diri Elrose.

" Semua tu tak akan pernah terjadi Elrose. Tanpa izin aku, kau tak akan pergi jauh daripada genggaman aku. Mati? Aku akan guna pelbagai cara untuk hidupkan kau semula. Jangan fikir aku tak mampu Elrose. Semua yang aku mahukan akan terjadi walaupun aku perlu membunuh orang lain ".

Elrose meneguk air liurnya sendiri ketika melihat senyuman jahat milik Jian Shen. Kilauan mata Jian Shen bersinar terang seakan dia tak pernah bermain dengan kata-katanya. Elrose pasti Jian Shen akan mengabulkan katanya itu apabila Elrose mati nanti.

Ibu jari Jian Shen mengusap perlahan bibir bawah Elrose dengan gerakan lembut tetapi tatapan matanya mengatakan sebaliknya bersama urat yang mula menegang seakan menahan kemarahan. Mulut Elrose yang petah bersuara tadi kini terdiam. Hanya hembusan nafas mereka berbicara ketika ini.

Kedua tangan Elrose bergerak menolak bahu Jian Shen sekuat tenaga namun tubuh raja muda itu sedikit pun tidak bergerak.

" Ma—Macam mana— kalau awak mati dulu daripada saya ". Ucapan Elrose menghentikan usapan ibu jari Jian Shen pada bibirnya. Pandangan bersinar tadi dalam sekelip mata berubah tajam dengan cengkaman yang bertambah kuat.

Elrose meringis sakit bersama rontaan cuba menolak Jian Shen jauh daripada dirinya. Jian Shen tak segan segan nak sakitkan Elrose. Ini ke perubahan yang Elrose harapkan daripada Jian Shen ? Ini ke? Nampaknya lelaki ini tak akan pernah berubah.

" Kau memang benar benar cabar emosi aku Elrose ". Suara garau dan kasar Jian Shen mula keluar menandakan Elrose berjaya menaikkan perasaan marahnya.

" Kalau aku mati dulu daripada kau. Aku akan pastikan dengan tangan aku sendiri yang akan bunuh kau. Aku tak peduli apa akan jadi yang aku tahu. Hidup dan mati kau atas kuasa aku ". Jian Shen mendorong badan Elrose dengan kasar. Dia tersenyum sinis sambil menepuk bajunya sebelum bergerak pergi.

Elrose terkedu sendiri. Nasib baik kakinya masih kuat menahan tubuhnya agar tak terjatuh. Gerakan mata Elrose mengekori pemergian Jian Shen dengan hati yang sakit. Dia fikir Jian Shen akan menjadi lebih baik. Kenyataan jauh berbeza. Raja kejam itu tak akan pernah menjadi baik.

Sesaat, Elrose memegang dadanya yang tiba-tiba terasa sakit. Bergegas kedua dayangnya berlari menyambut Elrose yang hampir terjatuh.

#####

Sebaik Jian Shen sampai di dalam biliknya, dia langsung menempiaskan rasa marahnya kepada seluruh benda yang ada di situ. Perhiasan pasu dengan harga yang begitu mahal hancur berkecai memenuhi lantai akibat kemarahan Jian Shen yang tidak terkawal.

Jian Shen cukup benci ketika mendengar setiap perkataan Elrose yang mencabar dirinya. Apa gadisnya merendahkan kekuasaan yang dia miliki? Apa Elrose tidak tahu bertapa kuatnya dia ketika berlawan dengan musuh. Apa Elrose tidak faham bagaimana cara hidupnya.

Jangan fikir Jian Shen akan lepaskan Elrose macam tu sahaja. Jika perlu membunuh untuk mengembalikan Elrose, Jian Shen akan lakukan walaupun banyak darah yang perlu di pertaruhkan asalkan gadis itu tidak pernah pergi jauh daripada genggamannya.

Mungkin selama ini, Jian Shen terlalu berlembut pada Elrose sehingga gadis itu berani melawan dirinya. Kalau kekasaran yang boleh menundukkan Elrose. Jian Shen akan keluarkan. Kalau itu mampu menakutkan Elrose agar sentiasa menjaga setiap bicara.

####

Selamat hari raya semua. Maaf baru update lepas sebulan hilang 😂

 Maaf baru update lepas sebulan hilang 😂

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.



The Pirate's ObsessionOù les histoires vivent. Découvrez maintenant