TPO 66

9.1K 663 84
                                    

Elrose menayangkan sebuah senyuman pada bibirnya ketika mata Jian Shen merenungnya tajam. Hari ini sudah tiga hari berlalu selepas kejadian dia terjatuh ke dalam tasik. Pinggangnya masih terasa sakit dan sesekali mengeluarkan darah. Selama itu dia terpaksa menanggung malu bila Jian Shen mengubati dia.

" Kenapa kau tak nak beritahu aku siapa yang tolak kau Elrose.". Inilah sebab kenapa Jian Shen menatap Elrose tajam. Dia marah bila Elrose langsung tak nak memberitahu dia siapa dalang di sebalik kejadian itu. Elrose menyentuh tepi pinggang sesekali berkerut kerana perit pada kulitnya. Lebam masih belum surut.

" Kan saya dah cakap, tak ada orang tolak saya. Saya tersilap langkah lepastu tak sengaja terjatuh". Jawapan Elrose tetap sama bila Jian Shen tanya seperti hari hari lepas. Elrose bukan nak berahsia, dia sendiri tertanya-tanya siapa yang sanggup menolaknya dengan kasar hingga cedera.

Rasanya biar Elrose simpan sendiri soalan itu. Dia tak nak Jian Shen risau atau lebih parah mengamuk. Lelaki itu belum sembuh sepenuhnya. Memang Jian Shen nampak gagah tapi Elrose tahu di sebalik wajah tegas itu pasti ada sakit yang tersimpan. Jian Shen mengepal tangannya di atas riba.

" Jangan tipu aku Elrose. ". Jian Shen menggeram sesaat. Elrose pula terus melukiskan senyuman kononnya dia berkata jujur.

" Saya tak tipu awaklah Jian Shen". Balas Elrose lembut dengan kepala ikut mengeleng. Jian Shen memalingkan wajah membuang nafasnya sebelum menatap Elrose lagi. Dia nak percayakan Elrose tapi kenapa gadis itu seakan menyembunyikan sesuatu.

" Aku tak lemah Elrose. Tapi, jangan buat aku nampak lemah.". Redup mata Jian Shen memandang Elrose dengan penuh perasaan berbelah bahagi dalam dadanya. Elrose tak faham apa maksudnya tapi dia cuba fokuskan anak matanya jauh ke dalam mata milik Jian Shen.

" Siapa cakap awak lemah? Awak tak lemah. Awak kuat. Awak Jian Shen yang kuat. Awak kenal diri awak sendiri.". Kata kata Elrose makin meredupkan mata Jian Shen. Bermacam soalan terlontar dalam kepala lelaki tersebut sehingga dia mengetap giginya sendiri membuang pandangan ke arah lain. Kedua tangannya menggengam erat.

" Kau- Jangan tinggalkan aku Elrose.". Jian Shen berjeda seketika sebelum menyambung katanya. Dia menderu mendakap tubuh kecil Elrose. Menyentuh lembut belakang kepala Elrose membawa dekat pada bahunya. Elrose mengeluarkan tangannya menepuk belakang badan Jian Shen. Memberi semangat walaupun tidak besar.





" Macam mana dengan keadaan Elrose? Semakin membaik? ". Ying Zhiou bertanya semasa dia berjalan berdampingan dengan Jian Shen keluar dari dalam dewan selepas mengadakan mesyuarat bersama para menteri. Jian Shen melirik wajah Ying Zhiou sekilas. Dia memilih untuk diam beberapa saat sebelum membuka bicara.

" Semakin membaik pulih. ". Ying Zhiou mengangguk faham sambil menunduk. Jian Shen pula merenung jauh ke depan. Sejak dua menjak ini, sakit pada dadanya makin terasa. Dia menahannya sendiri. Tidak menceritakan kepada sesiapa termasuk Elrose. Gadis itu dalam situasi yang tidak baik.

Hening setelah Jian Shen menjawabnya.

" Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kau Ying Zhiou. Kau tak lakukan sesuatu yang buruk bukan.". Mendadak wajah Ying Zhiou yang awalnya merenung ke depan segera berpaling pada Jian Shen. Jian Shen melidik biasa, suaranya tenang namun seakan ada perangkap bagi Ying Zhiou mahu menjawabnya.

" Haha, mustahil aku lakukan sesuatu yang buruk Jian Shen. Kenapa? Kau curiga dengan aku ke? Kau lupa ke kau sendiri kata kita ni sahabat. Jadi tak mungkin aku lakukan benda yang buruk.". Ying Zhiou tertawa palsu sambil menepuk bahu Jian Shen. Tapi senyuman palsunya hampir mati ketika riak wajah Jian Shen hanya datar.

Jian Shen menepis perlahan tangan Ying Zhiou yang mendarat pada bahunya. Dia berdiri menghadap panglima tersebut. Ying Zhiou pula masih bersungguh mengawal air mukanya supaya kekal tersenyum.

The Pirate's ObsessionWhere stories live. Discover now