BAB 46

3.9K 137 35
                                    

Pada pagi itu, Izz bangun lewat sedikit tidak seperti biasa. Bila dah letih bekerja, memang bangun lambat sikit. Dia bangun pada pukul 6:30 pagi kerana terasa getaran dan bunyi telefon dari bawah bantal.  

Lantas tangannya meraba-raba di bawah bantal tersebut. Dikeluarkan telefon pintar tersebut dari bawah bantal. Matanya seperti berat sekali untuk dibuka. Tetapi dia memaksa juga matanya untuk dicelikkan. Dia melihat notifikasi di skrin.    telefonnya yang masih menyala. Terdapat 3 panggilan terlepas dan 3 message baharu yang datangnya dari Zhaiem dan 1 panggilan terlepas daripada Am.

"Apa kene diorang ni call aku pagi-pagi ? Diorang ni mesti stand by untuk gantikan seseorang... Huh, tak jadi lepak lah ni..." Bisik Izz sendiri. Perlahan-lahan keluhan dilepaskan. Lantas telefon tersebut kembali diletakkan di atas drawer di sebelah lampu malam.

Izz melihat Amira sudah tidak ada di sebelahnya. Izz terus bangkit dari tempat baringannya. Tombol pintu wardrobe room dipulas. Izz mengintai sedikit di sebalik daun pintu. Dilihat Amira sedang membetulkan tudungnya.

"Nak masuk tu, masuk aje..." Tiba-tiba Amira bersuara dari dalam.

Izz terus melangkah masuk ke dalam bilik tersebut. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka. Cincin yang berada di jari manis dibuka lalu diletakkan di atas meja solek.

"You nak apa-apa tak? Kalau you nak, nanti I buatkan sarapan untuk you"

Izz menggeleng. "Tak apa... Kalau I nak apa-apa nanti, I boleh buat sendiri..." Balas Izz sambil diikuti senyuman tipis di bibir.

"Betul ke ni?" Soal Amira.

"Ya..." Ringkas Izz menjawab. Tuala mandi dicapai lalu langkah diatur menuju ke bilik mandi.

"I pergi kerja dulu. Bye..." Pamit Amira. Lantas segala beg kerja diambil lalu dibawa keluar dari dalam bilik.

***

Seperti biasa, kalau hari Izz cuti, hanya Izz dan Hazim sahaja yang berada di rumah. Hazim pula sedang tidur di atas sofa. Lepas menyusu tadi, dia terus teridur di atas sofa. Sampai sekarang masih belum bangun. Izz tersenyum sendiri apabila melihat hero kecilnya tidur dengan ibu jari di dalam mulutnya. Nampak comel sangat.

Sedang dia leka meneliti jadual penerbangannya di skrin MacBook, tiba-tiba telefonnya berdering. Memang bukan orang lain kalau bukan Tuan Izzham yang suka membuat WhatsApp video call. Lantas panggilan itu terus diangkat.

"Assalamualaikum..." Wajah Tuan Izzham sudah terpampang di skrin telefon.

"Waalaikumussalam..." Jawab Izz sambil meneliti skrin MacBooknya.

"Izz apa khabar?"

"Alhamdulillah... Macam biasa lah, pa..."

"Apa khabar cucu papa tu? Hazim tengah buat apa?" Soal Tuan Izzham.

"Hazim sihat aje ni. Dia tengah tidur." Balas Izz.

"Aik... Awal lagi ni. Baru pukul 9:30..."

"Entah lah... Malam tadi dia tidur lambat kut."

"Lah... Ye ke... Memang patut pun..."

"Pa... Izz sibuk sikit ni. Hazim dah bangun tu. Esok kita video call lagi erk... Assalamualaikum..." Talian terus dimatikan. Izz segera mendapatkan Hazim yang sudah mencelikkan mata di atas sofa.

"Alolololo... Kenapa hero papa ni?" Dilihat Hazim menangis sambil memegang kedua-duabelah kakinya. Air matanya mengalir ke pipi.

Hazim memegang salah satu daripada mainan keretanya lalu diberikan kepada Izz. Dia terus mengambil mainan kereta yang diberikan oleh Hazim. Mata bulat Syed Farhan Hazim bersinar-sinar. Mata bulat itu memandang Izz dengan penuh pengharapan.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now