BAB 83

4.4K 165 47
                                    

"ABANG! Saya ada berita gembira ni!" Bersungguh-sungguh Puan Faezah berlari ke arah suaminya yang berada di luar rumah semata-mata ingin memberitahu hal siang tadi.

Tuan Izzham mendengar segala kata-kata isterinya. Cuma, malas sahaja mahu menunjukkan sebarang reaksi.

Apabila melihat suaminya buat tak tahu aje, lantas tangannya memukul lengan suaminya. " Abang dengar ke tak apa yang saya nak cakap ni?"

" Sakit lah! Ya! Abang dengar! Yang awak ni happy semacam ni, dah kenapa? Dah macam kera dapat bunga abang tengok. Kenapa?" Soal Tuan Izzham sambil menggosok lengannya yang terasa kebas.

"Pasal Izz... Tak sangka pula dia setuju dengan plan saya nak bawa pekerja saya jumpa dia." Beritahu Puan Faezah, ceria suaranya.

Tuan Izzham tertawa sinis. " Dia memang lah turuti aje plan awak. Tapi, awak yakin ke Izz akan terima mana-mana perempuan tu? Awak rasa, kenan ke dia?" Sinis Tuan Izzham memandang isterinya.

Riak wajah Puan Faezah berubah. " Apa maksud abang?"

"Awak tak faham lagi ke? Okay, let me explain. Abang percaya kalau Izz tunduk aje dengan plan awak. Yang abang tak akan pernah percaya walaupun satu peratus, Izz akan pilih seorang antara lima orang tu untuk jadi isteri dia. Tak semudah itu, Faezah. Tak semudah tu untuk Izz buka pintu hati dia untuk perempuan pilihan awak!" Sinis Tuan Izzham lagi.

" Sorry to say! Jangan terkejut kalau Izz kecewakan awak nanti. Jangan terkejut juga kalau tiba-tiba awak bergaduh dengan Izz pasal hal ni. Again! Tak semudah itu Izz akan buka pintu hati dia untuk perempuan pilihan awak. Letak lah perempuan cantik macam mana sekalipun, letak lah selebriti sekalipun, letaklah bidadari kayangan sekalipun, kalau dia tak suka, dia tolak mentah-mentah! Izz ada hak tentukan keputusan dia sendiri!" Sambung Tuan Izzham. Terpancar emonya.

" Abang doakan saya sampai macam tu ke?"

"Nope! Abang tak pernah terlintas pun dekat fikiran untuk doakan sampai macam tu sekali. Cukup sekadar doakan yang baik-baik aje. Kalau awak tak faham juga, try to think it twice, Faezah!"

Puan Faezah terdiam. Hilang segala kata-katanya. Kata-kata suaminya itu seolah-oleh berbekas di hati.

GADIS di hadapannya itu dipandang daripada atas hinggalah ke bawah. Tangan disilang ke dada. Izz memandang lagi gadis itu. Cantik? Not bad lah. Muka macam model. Rambut yang agak keperangan hingga ke paras bahu. Berblouse biru cair dan berseluar jeans putih. Tak begitu ketat dari atas hingga ke buku lali.

Kemudian Izz pandang mamanya pula yang duduk berhadapan dengan gadis itu.

"Boleh perkenalkan diri?" Pinta Izz, selamba apabila melihat gadis itu diam sahaja.

Gadis itu mula memperkenalkan dirinya. " Nama saya, Jannah. Umur, 24 tahun. Berasal dari Pasir Gudang, Johor. Baru habis belajar. Kerja sambilan dekat butik Puan Sri. Nanti sambung belajar lagi."

" Ouh... Jannah? Sedap nama awak. Muda lagi. Belajar, ambil course apa?" Soal Izz lagi, saje mahu tahu.

" Perguruan." Ringkas gadis itu menjawab.

"Wow! Cikgu..." Puji Izz, bangga.

"Jadi, jom lah kita mulakan." Puan Faezah bersuara.

Mereka bangun lantas menuju ke arah dapur. Segala barangan untuk memasak sudah tersedia di kitchen island.

"So, ujian pertama. Memasak. Awak dah sedia nak masak?" Soal Izz.

Gadis itu mengangguk. Apron dipakai. Gadis itu mula memegang pisau. Bawang dikupas, sayur dipotong, ikan disiang hinggalah ditumis ke dalam kuali dan hinggalah makanan siap letak di atas pinggan.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now