BAB 20

12.5K 179 1
                                    

Malam semakin tua. Amira hanya duduk berteleku di atas katil. Air matanya di lap perlahan. Sliding door dibuka. Amira mendekati balkoni.

Pemandangan di Eco world is very awesome malam-malam macam ni. Masih nampak cantik. Dengan langit dipenuhi bintang yang berkelipan indah. Serta merta kenangan dan memori bersama Adrie menerjah masuk ke minda.

(Throwback)...
(Plymouth, UK)

"Amira, can you promise me something ?" Soal Adrie.

Amira menghentikan pembacaan lalu memandang tepat ke mata Adrie. Adrie baring di atas riba Amira. Mereka berdua di tengah-tengah padang di university.

"Anything for you."
Buku setebal 2 inci diketepikan.

"This is our last sem, right ? So, lepas ni kita akan balik Malaysia."

Amira angguk sambil tersenyum.

"Yup. Kita akan balik Malaysia. Kahwin, ada anak and I akan habiskan whole life I dengan you."

Udara nyaman menyapa tubuh. Sekarang tengah musim bunga.

" I takut kalau I bukan jodoh you."

Muka Amira terus berubah riak. Jelas kelihatan keruh.

"What you talking about ? Tak suka lah bincang pasal benda ni."

"Why not ?"

"You're my future. No matter what, kita akan grad and live happily forever after."

Mata Adrie ditenung dalam-dalam. Mata kepada pemilik hati Amira sekarang, hanya seorang, Adrie Hazim.

"I nak you janji, kalau I pergi, you takkan menangis...." Adrie terbatuk kecil.

Amira mengusap-usap belakang Adrie, air matanya tumpah ke pipi.

"I tak pergi lagi lah, you dah menangis macam ni."

Adrie menyeka air mata Amira menggunakan tangannya. Dia kemudian mengeluarkan sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian dari poket seluarnya lalu diberikan kepada Amira.

"It your. As present."

Cincin itu kemudian dimuatkan ke jari manis Amira.

"Nice. I love it."

Amira menarik Adrie ke dalam pelukannya.

" I sayang you Mira. I janji yang I takkan tinggalkan you."

___

"You're a liar, Adrie."

Perlahan-lahan Amira mengungkapkan perkataan itu. Lamunannya terhenti. Cincin di jari manis sebelah kanan ditatap sayu. Tak sangka cincin itu merupakan hadiah terakhir daripada Adrie.

Tiba-tiba sahaja Izz berdiri di sebelah Amira. Tubuh Amira dipusingkan untuk menghadapnya. Sebelah tangan Amira dipegang lembut. Tangan Izz yang sebelah lagi digunakan untuk menyeka air mata Amira. Tak tahu apa punca wifey kesayangannya dia ni menangis.

"Izz. Can I call you hubby ?" Soal Amira.

Mata Amira ditenung lama. Serta merta kenangan bersama Areeda menerjah masuk ke minda.

(Throwback)

"Ok. Hubby. Boleh tak panggil hubby ?" Soal Areeda.

"Yeah, sure. Can I call you sayang ?" Soal Izz. Kelu lidahnya.

*

Lamunannya terhenti apabila lengannya ditepuk-tepuk perlahan oleh cik isteri. Izz menghela segumpal nafas yang berat. Rambutnya yang turun ke dahi dia sebak ke belakang menggunakan jari.

"Yes. Sure. I want to call you 'sayang'. Can I call you, sayang ?" Soal Izz. Pipi Amira dia usap perlahan.

"Yeah... Sure."

Amira menarik Izz ke dalam pelukannya. Rambut Amira yang lurus dan panjang separas dadanya diusap perlahan. Amira menyandarkan kepalanya ke dada Izz.

______

(POV Fara)

Laptop di atas meja direnung kosong. Tiada mood untuk membuat research tentang pembedahan yang akan berjalan esok. Rambut yang mula menutupi pipi dia menyebak ke belakang menggunakan jari. Fikirannya menjadi buntu.

Cermin mata dibuka dan diletakkan di atas meja. Tiba-tiba kenangan bersama Izz menerjah masuk ke minda.

(Throwback)
(SMK Raja Muda Musa)

" Eh... Fara... Kenapa tiba-tiba je jadi macam ni ? Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba aje nak putus. Apa semua ni ?" Bentak Izz, geram.

"Zharith is better than you. Awak baru aje masuk tahun ni, dah ramai orang minat. Girlfriend keliling pinggang. Playboy pulak tu. Saya benci lelaki playboy !!!" Bentak Fara. Suaranya kedengaran dingin sekali. Dada Izz dipukul bertubi-tubi.

"Fara... Itu benda biasa.... I'm not like that. I'm not playboy. Apa kekurangan saya ? Sampai awak boleh pandang lelaki lain. Saya tak cukup kacak ke ? Mungkin pasal har......"

Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, satu tamparan padu melekat di pipinya. Fara berlalu pergi meninggalkan Izz di hadapan makmal kimia. Mata Izz berkaca. Mukanya langsung tiada dendam.

Lamunannya terhenti. Kini, dia menyesal sebab buat begitu kepada Izz. Sekarang, dah jadi satu karma. Karma is real, dude. Kalau tak, dia dah kahwin dah sekarang ni dan hidup dengan Izz. Cuma, hatinya tersangkut dengan arwah Zharith.

Perasaan terhadap Izz makin marak di dalam hati. Namun, dia masih boleh mengawal perasaan dia dalam doa. Biarlah dia sahaja yang menyimpan perasaan sampai bila-bila.

Fara tersedar dari lamunannya. Ditenung gambar kenang-kenangan bersama Izz yang berada di sebelah laptop miliknya.

Air matanya tumpah ke pipi. Tak tahu kenapa dan macam mana dia boleh jatuh cinta semula kepada Izz. Tapi dia tahu babawa orang tu dah kahwin. Dah bahagia. Perasaan disimpan kemas di dalam hati supaya dia tidak buka pintu hatinya untuk orang lain.

Pedih sebab cinta antaranya dengan Izz didatangi orang ketiga, Zharith. Putus sebab lelaki lain, sekarang, lelaki itu sudah tiada di dunia ini. Terpaksalah dia harungi semuanya sendirian. Pujuk hatinya sendiri.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now