BAB 87

3.1K 141 10
                                    

HAZIM yang masih lena di tempat duduk belakang dipandang Izz. Sayu, kesian... Disebabkan dirinya, anaknya sendiri pun terkena tempiasnya sekali. Tak patut! Mamanya tak sepatutnya melakukan mereka hingga begitu sekali!

Izz bingkas keluar dari tempat duduk pemandu. Kaki pantas ditapak menuju ke pintu di bahagian belakang. Pintu itu kemudiannya terbuka sendiri.

"Hazim... Wake up, boy..." Lembut suara Izz mengejutkan anaknya itu. Memang itu lah cara dia mengejutkan Hazim untuk bangun.

Kanak-kanak itu kemudiannya berpisat-pisat membuka matanya.

"Kita dah sampai ke?" Soal Hazim yang masih mamai sambil menggosok matanya.

Izz angguk. " Yes, boy. We're arrived..."

Pintu rumah mereka tuju. Hazim hanya membuntuti sahaja papanya dari arah belakang. Tangan Izz meneroka ke dalam sling bag miliknya. Kad pintu rumah itu dikeluarkan lalu disentuhkan pada tempatnya dan akhirnya lampu hijau menyala.

Pintu rumah itu dikuak, kaki rumah dilangkahkan masuk ke dalam rumah. Tangan meraba-raba pada dinding, mencari suiz. Sekelip mata sahaja, suasana menjadi terang benderang.

"Ya Allah... Rindunya aku dekat rumah ni... Ini lah rumah aku, rumah yang sah, milik aku, atas nama aku. Takkan ada sesiapa yang berani paksa aku untuk keluar dari rumah aku ni! Never!" Bisiknya di dalam hati. Walaupun masih tersisa rasa geram di hati, mengalah adalah salah satu cara yang paling terbaik untuk dirinya.

Langkah diatur lagi menuju ke bilik tidurnya pula. Sebaik tiba di bilik tidurnya, seperti biasa, lampu dibuka. Hazim yang baru tiba terus melabuhkan tubuhnya di atas katil, kemudian matanya ditutup semula, menyambung semula tidurnya yang terganggu sebentar tadi.

Izz menghampiri katil. Diusap perlahan kepala anaknya kemudian dikucup sekali dahinya.

Izz melihat seluruh ruangan di dalam rumahnya. Segalanya sudah berubah, tak sama seperti lebih tiga tahun yang lepas, termasuk hiasan dan yang lainnya. Ada satu sahaja yang masih belum berubah dan tak akan pernah berubah. Ruang tamu. Keadaan di kawasan ruang tamu itu langsung tiada perubahan. Segala gambar, hiasan dan yang lainnya masih utuh di tempat mereka. Hmm, pandai juga Fara dan Khaysha tolong jagakan rumah ni.

Kemudian Izz kembali semula ke kereta. Segala beg yang ada di booth kereta dia usung keluar, lalu dibawa masuk ke wardrobe walk-in room untuk dipunggah dan disusun ke dalam almari pakaian pula.

JAM di dinding hanya ditatap lama, kosong. Sudah menunjukkan sekitar  jam 11:30 malam. 30 minit berbaki sebelum bermulanya hari yang baru. Tapi, mata Puan Faezah masih sukar untuk dipenjamkan. Stres! Mengenangkan benda bodoh yang telah terjadi hari ini.

"Tak tidur lagi?" Tegur Tuan Izzham, yang baru sahaja masuk ke dalam bilik tidur mereka.

Puan Faezah diam, malas untuk menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan.

Tuan Izzham menghela nafas. " Stres ke tu? Bagus lah kalau stres. Sebab keadaan stres ni, awak yang cipta sendiri." Spontan Tuan Izzham berbicara.

Puan Faezah menjeling suaminya. Tengah-tengah malam begini pun, masih nak cakap benda yang menyakitkan hati ke?

Spontan Tuan Izzham melangkah ke pintu. Tombol pintu kemudiannya dipulas.

"Abang!"

Baru sahaja mahu melangkah keluar dari dalam bilik, langkahnya mati. Kemudian Tuan Izzham berpaling memandang isterinya.

"Abang tak nak tidur sekali ke?" Soal Puan Faezah.

Tuan Izzham pantas menggeleng. " Tak kut... Abang tidur dekat bilik tetamu aje lah." Beritahu Tuan Izzham.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now