BAB 12

9.4K 213 4
                                    

Tepat jam 6:30 pagi, jenazah Areeda dan anaknya yang masih berusia 5 bulan yang keguguran selamat tiba di kampung halamannya di Padang Besar, Perlis.

Izz dan keluarganya banyak membantu dalam pengurusan jenazah Areeda untuk pulang ke Kedah.

Video tentang kemalangan Areeda kini tular di media sosial, dan menjadi berita terhangat di dada kbabar. Izz berasa sebak apabila rakaman cctv menunjukkan Areeda memang tidak bersalah dalam tragedi tersebut. Izz menangis apabila masuk ke bilik Areeda. Banyak gambar perkahwinan mereka tersusun di atas almari kecil.

Tepat jam 8:30 pagi, jenazah Areeda disembahyangkan. Ramai penduduk kampung hadir untuk meramaikan. Orang ramai kagum dengan Izz. Walaupun dalam keadaan sedih, dia tetap mahu menjadi imam dalam solat tersebut.

Baru sahaja mengangkat takbir, air matanya mangalir laju. Walaupun tidak dapat menahan sebak, tapi dia tetap meneruskan dan mengetuai solat jenazah buat isterinya yang tercinta.

Selesai solat jenazah, banyak pihak media datang ke rumah keluarga Areeda

Tidak lama kemudian, jenazah Areeda dibawa ke tanah perkuburan. Izz juga yang membantu mengusung jenazah Areeda menggunakan pengusung 4 penjuru.

Pihak media merakamkan detik tersebut. Tanpa disedari, ramai orang yang dikenali menangis, terutamanya perempuan.

**********

Setelah jenazah Areeda selamat dikebumikan dan ditalkinkan, ramai penduduk berpusu-pusu mahu pulang ke rumah. Yang tinggal di situ hanya rakan-rakan dan keluarga kedua-dua keluarga. Tetapi lelaki sahaja lah. Yang perempuan mestilah dekat rumah untuk persiapan kenduri tahlil malam nanti.

Izz mengenggam tanah pusara Areeda yang masih merah. Dirinya masih sedih akan pemergian anaknya dan isterinya yang bersebelahan.

"Nur Dayang Areeda Binti Aziz. Hari ni hari terakhir hubby tengok sayang dekat sini. Hubby rindu dengan sayang. Hubby sayang dekat Areeda sorang ni. Insyaallah hubby akan berusaha penuhi kehendak sayang. Semuanya akan hubby tunaikan. Untuk baby ni, hubby tak tahu jantina dia lelaki atau perempuan. Hubby letak nama yang sayang nak. Sayang... Ada masa nanti hubby datang melawat sayang dekat sini.  Thanks for everything, sayang. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk hubby. God be with you, sayang. Allah akan sentiasa ada dengan sayang... Nanti kita jumpa di syurga ye." Izz berkata sendirian di dalam hati. Air matanya menyembab bumi. Dia bangun dan kakinya berat untuk melangkah pergi meninggalkan pusara isteri dan anaknya.

Mereka terus pulang ke rumah. Kereta Izz dipandu oleh Rais yang masih menemaninya sejak semalam.

Setibanya di rumah keluarga Areeda, ramai pihak media mahu menemu bual bersama Izz.

"Encik Izz. Boleh kami temu bual encik ?" Soal salah seorang pihak media.

"Ya. Silakan." Izz cepat-cepat memakai shades berwarna hitam supaya pihak media tidak mengetahui babawa dia baru sahaja berhenti dari menangis dalam masa yang agak panjang.

Pihak media mula mengajukan soalan kepada Izz.

"Actually, saya suami Areeda. Saya baru je balik dari Sweden atas sebab pekerjaan. Sepatutnya arwah balik lebih awal dari saya. Masa balik dari kerja, saya dapat panggilan yang isteri saya dah kritikal. Saya sebagai suami sedih lah hati saya ni sebak. Suami mana yang tak sedih kalau dapat berita macam tu." Jawab Izz direct.

" Masa awak sampai di hospital, bagaimana keadaan isteri awak ?" Salah seorang pihak media bertanya lagi.

"Saya sampai je dekat hospital, saya dapat berita dari kawan-kawan saya yang dari awal ada dekat situ. Diorang cakap yang isteri saya dah collapse dan disahkan meninggal dunia." Tanpa disedari, air matanya mengalir ke pipi. Dah lah media tengah rakam dia. Cepat-cepat dia mengesat air matanya.

Pihak media memberi laluan untuk Izz memberikan sepatah dua kata.

"Okay... Saya cuma nak ucap terima kasih kepada semua pihak yang turut membantu. Saya cuma minta kepada semua pihak supaya stop tularkan video dekat tempat kejadian ataupun video kemalangan isteri saya." Izz terus meninggalkan pihak media. Sebaknya di dada makin membuatkan dia mengalirkan air mata lelakinya.

Sebelum ini, ramai orang tidak tahu bahawa Izz sudah berkahwin. Selepas kejadian terbabit, satu Malaysia tahu yang kini dia baru bergelar duda muda. Memandangkan dia adalah selebriti yang popular kerana dia adalah anak kepada Tan Sri Dato' Syed Izzham. Maklumlah, mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kalau bapak ahli perniagaan terkenal, anak mesti juruterbang selebriti terkenal.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now