BAB 19

11.5K 172 2
                                    

"Awak, bangun cepat. Solat subuh. Dah pukul 6 pagi ni." Dia terus menepuk-nepuk lengan Izz. Dia melihat wajah comel Izz ketika tidur. Nampak comel.

Suara lembut bak buluh perindu menyapa halwa telinga Izz. Alahai, sejuk telinga dia dengar suara lunak Amira.

"Awak solat lah dulu. Nanti saya solat lepas awak." Mata Izz masih berat untuk dicelikkan. Well done syaitan. Memang cekap betul diorang ni buat kerja... Macam ada batu besar menghimpit matanya.

"Macam mana saya nak solat, kalau dari tadi duk peluk saya aje. Peluk yang jenis tak nak lepas." Bentak Amira. Tengkuknya yang sakit diurut perlahan.

Mata Izz terus terbeliak. Pelukan terus dirungkaikan. Benda yang aku peluk semalam bukan ke bantal ? Patutlah lembut semacam. Mak oii.... Nasib baik bini.

Dah seminggu kahwin pun masih tak jadi kebiasaan. Maklumlah, masa duduk rumah ibu dengan ayah pun masing-masing macam langit dengan bumi, tidur berasingan. Sorang dekat katil, sorang lagi dekat sofa. Ternyata dua-dua benyai.

Amira terus berdesup masuk ke dalam bilik air. Kalau melayan karenah mamat ni, mahunya dia terlajak solat subuh.

"Cepat lah. Saya nak ambil wuduk ni." Izz mengetuk pintu bilik air. Lembut. Tidak lama kemudian, Amira keluar dari bilik air.

Masing-masing sudah siap mengambil wuduk. Songkok yang berada di atas meja diambil dan dipakai di atas kepalanya. Amira pula sudah siap bertelekung. Mereka menunaikan solat subuh secara berjemaah.

Selepas selesai menunaikan solat subuh dan membaca doa selepas solat, Izz berpusing menghadap Amira. Masing-masing buat muka tak bersalah.

Tangan Izz disalam oleh Amira. Izz pula mencium dahi Amira. Masing-masing sudah serasi bermulalah sejak semalam. Izz mengusap kepala Amira. Dia terus mengenyitkan mata.

"Hmm. Amira, lepas ni kita turun dari suit ni. Kita pergi breakfast dengan semua dekat kafe. Dalam pukul 10 pagi, kita naik balik. Kemas semua barang, lepas tu kita check-out. Hari ni kita balik." Kata Izz. Izz mengusap kedua-dua tangan Amira. Rasa nak gugur jantung weyhhh. Serasi gilerr.

Tangan mereka yang masih berinai dilihat seketika. Ni barulah pengantin.

Amira mengajak Izz untuk berjalan-jalan setelah pulang ke rumah mereka nanti. Tak sabar rasanya nak meneroka satu kawasan.

Izz hanya mengangguk dan tersenyum. Sejadah dia lipat dan diletakkan di atas katil. Songkok dia buka lalu diletakkan di atas meja televisyen. Tuala dicapai daripada tempat penyangkut. Langkahnya diatur masuk ke dalam ruangan bilik air.

Setelah selesai bersiap, mereka segera mengatur langkah meninggalkan suit. Butang lift ditekan. Tidak sampai seminit menunggu, pintu lift terbuka. Mereka bergegas masuk ke dalam lift. Lift membawa mereka ke tingkat bawah.

Setibanya di tingkat bawah, semua ahli keluarga sudah menunggu. Mereka terus masuk ke ruangan makan. Kerusi ditarik oleh Izz untuk memudahkan Amira duduk di kerusi bersebelahannya.

Tidak sampai beberapa minit, hidangan makanan tiba di meja makan mereka. Banyak sangat untuk bersarapan. Semuanya disusun atur di atas meja.

"Izz. Macam mana semalam ?" Soal Tuan Izzham di telinga Izz.

Izz tersedak ketika ingin menelan air kopi. Ahli keluarganya terus mengalihkan pandangan ke arah Izz. Gelak mereka bersatu.

Amira membantu mengelap bibir Izz yang masih terdapat sisa air kopi menggunakan tisu.

"Tak ada apa pun yang jadi. Masing-masing tidur awal. Dah kepenatan." Ujar Izz. Dahinya diurut-urut walaupun tidak berasa sakit.

Kali ni entah kali ke berapa satu keluarga berkumpul. Sangguh riuh bercampur dengan meriah. Kalau sebelum ni, dapat berjumpa masa ada majlis. Ataupun hari keluarga. Ye lah kan, sebab masing-masing dah ada kerjaya. Dah sibuk bekerja. Mungkin, kali ni ada kedatangan orang baru di rumah.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now