BAB 88

3.8K 193 26
                                    

MEJA SOLEK yang berdiri teguh di hadapannya, dia tenung lama. Matanya jelas merah, menangis. Bibir diketap menahan amarah. Buku lima digenggam kemas.

Izz memandang ke kiri serta kanannya. Izz memandang lagi dirinya di dalam cermin. Kemudian dia menjerit sepuas-puasnya! Melampiaskan rasa geram, marah dan sedih di dalam satu jeritan. Lama!

Hazim yang baru sahaja mahu melangkah ke katil pantas berpaling semula ke belakang. Jeritan itu sungguh membuatkannya merasa takut, tapi digagahkan juga kakinya berlari semula ke walk-in wardrobe room.

Buku lima yang sedari tadi digenggam kemas, akhirnya menumbuk padu, tepat ke arah cermin. Habis pecah berderai cermin di meja solek.

Hazim menguak pintu sedikit.

"Papa!" Gumam Hazim. Cermin yang sudah pecah berderai di lantai dilihat. Takut!

Jeritan dihentikan serta-merta. Puas! Segalanya dilampiaskan dalam satu jeritan. Puas hatinya! Kemudian Izz memegang kepalanya. Terasa seperti semua tenaganya telah digunakan dan dihabiskan untuk meluahkan segalanya. Kepala terasa berat. Pandangannya seolah-oleh gelap.

Hazim melihat papanya memegang kepala, kemudian memegang benda-benda di sekeliling pula. Dan dengan mata kepalanya sendiri dia melihat papanya jatuh terduduk di hadapan wardrobe.

"Papa!" Jerit Hazim. Cecair merah mula keluar dari tangan papanya. Otaknya seolah-oleh tidak mampu bertindak balas. Hazim tidak mampu berbuat apa-apa. Buntu! Lama dia berdiri pada pintu, kemudian dia melihat telefon pintar Izz di atas meja solek. Dia pantas berlari ke arah telefon pintar tersebut lalu mengambilnya dari serakan cermin yang sudah berderai. Lantas dia bawa keluar telefon pintar itu dari wardrobe room.

Bersungguh-sungguh Hazim mencari nama seseorang dari senarai kenalan. Agak lama juga dia menatal skrin hingga ke bawah, akhirnya dia menjumpai juga nama itu di dalam senarai kenalan. Nombor itu segera dia dial. Telefon itu dilekapkan ke telinga, menanti seketika panggilan itu untuk dijawab.

MATA yang baru sahaja mahu dipenjamkan, dicelikkan semula apabila telefonnya berdering, meminta untuk diangkat. Dengan malas, tangannya mengapai telefon di atas drawer kecil bersebelahan katil.

Nama yang tertera di skrin adalah Izz. Fara tercenggang. Izz? Dah kenapa telefon malam-malam begini? Segera Fara mengangkat panggilan tersebut.

"Hello... Kenapa call malam-malam ni?" Soal Fara.

" Mama!" Jerit seseorang di dalam talian. Dari suara itu, dia terlebih dahulu dapat mengagak gerangan di talian.

"Hazim? Kenapa ni?" Fara bersuara cemas.

"Mama! Cepat datang sini!"

" Kenapa?"

" Papa... Tangan dia merah!" Beritahu Hazim.

" Hah? Tangan merah?" Fara tertanya-tanya. Darah ke? " Okay macam ni... Mama datang sekarang. Okay, Hazim relax! Pergi duduk dengan papa, kejap lagi mama sampai." Arah Fara. Setelah itu, talian dimatikan.

Duvet diselak ke tepi. Fara bingkas bangun. Almari dia tuju, mencari baju yang bersesuaian.

Tidak sampai lima minit bersiap, Fara pantas berlari menuruni anak-anak tangga untuk menuju ke luar rumah.

Sedang dia menyarung selipar ke kaki, dia melihat abangnya, Khairi masih setia menghadap fail kerja dan laptopnya di gazebo. Kemudian Khairi menoleh memandangnya. Adiknya itu kelam-kabut sangat mengambil kunci keretanya. Gopoh sangat dah kenapa?

"Eh, Fara? Nak pergi mana tengah-tengah malam ni?" Soal Khairi, apabila melihat adiknya itu cemas samacam aje.

"I had an emergency. Fara pergi dulu. Abang jaga rumah."

"Okay..." Haishh, gopohnya budak ni. Selalunya kalau ada kecemasan di hospital, tak ada lah sampai gopoh macam ni sekali.

Pintu kereta dia tutup agak kuat sedikit. Bahu Khairi terhinjut sedikit. Weyhh! Tutup pintu tu, tak boleh nak perlahan sikit ke? Doktor lain pun ada emergency, tapi tak payah lah tutup pintu kereta tu kuat sangat. Tak sayang kereta ke?

JARUM JAM sudah menunjukkan hampir jam 12:13 tengah malam. Setengah jam sudah berlalu, namun kelibat Fara masih belum muncul.

"Mana mama ni?" Hazim mula risau apabila Fara masih belum tiba.

Fara pantas berlari keluar dari dalam perut kereta. Sebaik langkahnya berhenti betul-betul di hadapan pintu utama rumah itu, pintu rumah itu diketuk berkali-kali. Namun, langsung tiada sahutan.

Kod pad pintu dimasukkan, tapi masih salah! Kemudian dia mengetuk kepalanya berkali-kali. "Come on, memory! Come on!"

"Ha! 0388!" Lantas nombor-nombor itu dia tekan pada pad khas. Pintu terbuka. Dia pantas berlari masuk ke dalam rumah mewah itu. Bilik tidur Izz dia hampiri.

Bilik tidur itu kosong. Namun, ada suara-suara yang sayup kedengaran di bahagian walk-in wardrobe room. Tapak diatur lagi menuju ke bilik itu.

"Hazim!" Fara melihat Hazim yang cuba mengejutkan papanya. Izz yang sedang terduduk memeluk tubuh, sambil kepalanya dirapatkan ke lutut itu pantas dia hampiri.

Hazim segera menoleh. " Mama! Cepat mama!"

Fara mengambil alih tempat Hazim. Fara cuba mengejutkan Izz juga. Seketika kemudian, dia mulai resah. Dia lambat sampai ke? Dia masih sempat untuk selamatkan Izz ke? Oh tidak! Dengan keadaan Izz yang terduduk seperti itu. Dia harus membaringkan lelaki itu ke lantai dan melakukan CPR ataupun kaedah lain.

"Hazim, dah lama ke papa macam ni?" Soal Fara, mahukan kepastian.

"Hazim telefon mama, masa tu papa dah macam ni." Beritahu Hazim.

" Tak apa, Hazim pergi dapur, ambilkan air." Arah Fara. Hazim hanya menuruti, dia segera keluar dari dalam bilik itu.

Sebaik Hazim berlari keluar dari bilik itu, Izz segera mengangkat kepalanya memandang Fara. Wanita itu tiba-tiba tercenggang. Kemudian dia menampar-nampar pipi lelaki di hadapannya itu.

"Izz..." Panggil Fara. Jelas dia melihat mata lelaki itu merah, sembap. Menangis ke?

"Saya okay. Tak pingsan pun. Cuma pening kepala sikit." Ucap Izz. Kemudian Izz kuntum senyum.

" Awak! Nasib baik tak jadi apa-apa yang teruk dekat awak. Risau tau tak? Nak tercabut rasanya jantung saya ni bila Hazim call saya, cakap yang condition awak macam ni!" Kisah Fara, prihatin. Terbit rasa risau di hatinya kepada lelaki itu. 

" Ni tangan ni kenapa berdarah ni?" Soal Fara sambil melihat tangan kiri lelaki itu penuh dengan darah. Kemudian dia melihat kaca cermin yang bertaburan di lantai.

Izz diam, tidak mahu menjawab. Kemudian dia pandang Fara.

"Mama, nah air..." Hazim yang baru sahaja muncul pantas memberikan segelas air kepada Fara. Air bertukar tangan. Fara memberikan segelas air kepada Izz.

Dengan rakusnya Izz meneguk air itu. Kemudian Fara dan Hazim berpandangan.

"Syukur lah, papa dah bangun..." Ucap Hazim, perlahan dengan memanjatkan rasa syukurnya.

Fara bingkas bangun. Kotak first aid kit dikeluarkan dari dalam almari. Gayung berisi air turut dibawa bersamanya. Kemudian dia kembali kepada Izz.

Kotak kecemasan itu dibuka. Pelbagai alatan ada di dalam kotak itu.

"Give me your hand." Pinta Fara.

Tanpa menunggu, Izz segera menghulurkan tangan kirinya yang dipenuhi cecair merah. Tanpa ragu-ragu, Fara memegang juga tangan kekar lelaki itu. Dia cuci hingga bersih.

"Ya Allah Izz, Izz... Macam mana boleh luka macam ni? Nasib baik tak koyak teruk sangat. Kalau tidak, malam ni juga saya bawa awak pergi hospital. Jahit terus!" Leter Fara, prihatin.

Fara yang sedang khusyuk membersihkan lukanya itu dia pandang. Wajah ayu itu dipandang penuh perhatian. Ya Allah, setiap kali ada apa-apa, Fara mesti ada dengan aku. Tak pernah sekalipun dia tinggalkan aku dalam keadaan payah macam ni. Dia sangat prihatin. Dia sangat menjaga kebajikan aku dengan Hazim. Ya Allah, jika takdir aku memiliki dia, takkan sekalipun aku lepaskan dia. Bicara hatinya. Mula terbit rasa sesuatu kepada wanita itu.






Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now