BAB 13

9.5K 204 4
                                    

Sudah genap seminggu arwah Areeda pergi meninggalkan Izz. Alhamdulillah, akhirnya Izz berjaya mengawal kesedihannya. Izz masih duduk di rumah mama dan papanya. Kalau balik ke Eco world , takut sedih datang kembali. Banyak kenangan yang ditinggalkan di rumah berkenaan.

Izz duduk termenung apabila mengenangkan saat mereka bermain kejar-kejar sampai bersepah satu rumah, main baling tepung. Segalanya takkan pernah dilupakan dalam sekelip mata.

Hari ini, seleruh keluarga Syed Izzham mengambil peluang untuk bercuti. Seperti yang mereka rancang, mereka mengambil cuti untuk menemani Izz di rumah. Kini, Izz masih trauma untuk duduk rumah seorang diri. Tunggu dalam sebulan nanti, insyaallah traumanya akan hilang.

Ahli keluarga Izz mula datang dan duduk di ruang tamu.

"Mama dah tak nak tengok anak mama ni sedih." Puan Faezah mengusap perlahan air mata anaknya.

"Dah tak sedih lah ma." Jawab Izz.

"Kenapa kita semua berkumpul ni ?" Soal Izz.

"Mama dengan papa ada something nak bagi tau. Sebab tu mama cakap jangan terlalu sedih. Especially, Izz." Jari Puan Faezah menunjuk ke arah Izz.

"Kenapa dengan Izz ?" Soal Daus.

" Okay. Banyak kali mama cakap dekat Izz. Jangan sedih. Mama lagi sedih 21 tahun yang lepas." Puan Faezah mengesat air matanya.

"21 tahun yang lepas ?" Soal Izz dengan nada yang tinggi.

"Izz. Hati mama lagi sedih kalau nak dibandingkan dengan Izz. Mama dapat tahu yang kembar Izz meninggal dunia, mama terus down. Mama tak ada semangat. Macam keadaan Izz sekarang." Puan Faezah memandang tepat ke dalam mata anaknya.

"Kembar Izz ? Kenapa mama dengan papa tak pernah bagi tahu Izz pasal benda ni ? Kenapa Izz boleh tak tahu pasal benda ni ?" Banyak soalan Izz yang diajukan kepada keluarganya.

"Kenapa Reena dengan Reesya tak tahu pasal benda ni ?" Soal Reena dan Reesya serentak.

" Mama bukan nak sorok benda ni. Cuma papa yang tak nak mama tanggung benda ni sorang-sorang. Masa tu, korang berdua baru berusia 5 hari. Hari tu, Iswan ada masalah kelihatan. Papa dengan mama bawak Iswan pergi hospital. Sampai dekat hospital, Iswan collapse. Tak dapat diselamatkan. Mama masih kuat sebab dia sedar yang dia masih ada 4 orang anak. Mama kuat sebab anak-anak mama. Masih sedar yang dia masih ada papa." Cerita Tuan Izzham kepada anak-anaknya.

Air mata Puan Faezah terhenti. Dia sengaja memberi tahu perkara tersebut kerana dia mahu anak-anaknya sedar bahawa mereka masih ada orang yang sayang. Tuan Izzham sengaja menceritakan kepada anak-anaknya sebagai satu motivasi dalam diri anak-anaknya.

"Mama... Papa... Boleh tak Farrid tahu. Dekat mana pusara arwah Iswan ?" Soal Farrid.

"Pusara Iswan ada dekat sebelah kubur arwah nenek." Jawab Puan Faezah.

Izz terus memeluk mamanya sambil mengucapkan terima kasih. Pipi mamanya dikucup lembut.

"Terima kasih mama dengan papa sebab dah sedarkan Izz pasal Iswan. Terima kasih sebab dah lahirkan Izz dengan Iswan. Mama... Izz nak melawat Iswan." Izz mencium tangan mama dan papanya.

Adik beradik Izz turun padang untuk melawat pusara arwah Iswan. Untuk pengetahuan, Farrell, Farrid dan Daus memang sudah lama mengetahui hal tersebut. Maklumlah, mereka lahir terlebih dahulu berbanding Izz. Walaupun ketika itu mereka masih kecil, tetapi mereka dapat memahami erti perpisahan.

___________

"Wan. Aku datang ni. Aku tak tahu pulak selama ni aku ada kembar. Aku baru tahu, Wan. Maafkan aku, Wan. Wan, walaupun kau dah tak ada, tapi mama dengan papa dah bagi aku motivasi pasal kau. Terima kasih, Wan. Selama ni aku tak sedar. Wan, nanti kau sampaikan salam aku dekat Areeda dengan Hazim. Aku sayang diorang. Aku tahu kau tahu tentang hal ni. Tolong jaga Areeda dengan anak aku dekat sana, Wan." Katanya lagi di dalam hati. Batu nisan Iswan diusap lembut.

Tak sampai beberapa bulan, segalanya sudah diketahui. Segalanya sudah diberitahu. Tentang kematian Areeda dengan Hazim, dan juga kembarnya, Syed Izzat Iswan. Tak sangka segalanya dapat diketahui dalam sekelip mata. Benarlah bahawa kalau Allah nak bagitahu hambanya tentang satu perkara, sekelil mata sahaja.

____________

Izz duduk seorang diri di kedai makan KFC. Termenung tak sudah. Izz disapa oleh seorang wanita. Lamunannya terhenti apabila wanita tersebut memetik jari betul-betul di hadapan mukanya.

"Eh. Ni Syed Izzat Iskandar kan ?" Soal wanita tersebut.

"Ehh. Cik Nur amira Farhana ?" Soal Izz pula.

"Allahu... Kecik kan dunia ni. Dekat mana-mana pun boleh berjumpa." Kata Amira.

"Hahahaha. Eh, duduklah. Jangan berdiri je. Eh, pergi lah order. Saya belanja." Kata Izz lagi.

Tak sangka genap sebulan kematian Areeda, dia berjumpa pula dengan Amira, iaitu kekasih lamanya ketika di sekolah menengah.

Satu dulang makanan yang mempunyai 2 set makanan diletakkan di atas meja makan. Terkejut Izz dibuatnya. Kuat makan rupanya minah ni.

"Awak punya ke semua ni ?" Soal Izz kepada Amira.

"Takkan saya nak makan banyak-banyak. Ni Maisara yang punya." Jawab Amira.

Rupanya, pemikiran Izz meleset sama sekali. Nasib baik dia tak cakap depan-depan. Amira tu tak ada lah gemuk mana. Kurus, cuma pipinya chubby dan merah seperti buah cherry begitu juga bibirnya.

Maisarah menyusul masuk ke kedai KFC. Terkejut dia apabila di hadapan Amira adalah Syed Izzat Iskandar. Wah... Dah lama tak jumpa mamat ni. Rindu pula mahu membuli Izz.

"Hye Izz. Lama tak jumpa kau." Maisarah duduk di sebelah Amira.

"Hmmm. Long time no see you too Mrs. Maisarah." Pertuturan Izz dalam bahasa inggeris memang tak pernah mengecewakan sejak di bangku sekolah.

"Izz. Cerita kau pasal kes hari tu satu Malaysia tahu. Hebat lah kau." Kata Alissa.

"Hebat ! Hebat ke kalau isteri aku dah meninggal ? Hebat ke kalau isu perkahwinan aku yang selama ni orang tak tahu, sekarang boleh tahu ?" Soal Izz pula.

"Tak adalah. Masa aku baca paper, aku terharu giler dengan kau. Walaupun kau baru je kehilangan arwah Areeda, tapi kau tetap nak berbakti dengan arwah Areeda untuk kali terakhir. Aku respect dengan kau. Untung sape yang dapat kau. Bertanggungjawab. Setia. Penyayang. Penyabar. " Kata Maisarah lagi.

" Dah itu memang tanggungjawab aku. Aku kene berbakti dekat dia. Sebab, dia banyak berkorban untuk aku." Dada Izz semakin sebak. Rasa mahu menangis pun ada. Tabahkan diri kau Izz.

Mereka sambung makan. Mereka melupakan seketika hal tentang kesedihan Izz. Kasihan lah pada duda yang baru sahaja berusia 21 tahun.

________

Sudah hampir seminggu Amira menemani Izz. Maklumlah, sudah lama mereka berjauhan kerana ada urusan pembelajaran.

"Saya baru dapat berita yang bakal suami ex girlfriend awak. Meninggal dekat hospital." Kata Amira.

"Fara ?" Soal Izz sambil mengerutkan dahinya.

"Yep. Esok kita pergi melawat jom. Dekat rumah Zharith." Amira mengajak Izz untuk ke rumah arwah Zharith. Nasib baik dipersetujui. Kalau tak, terpaksa dia pergi seorang diri.

__________

Keesokan harinya, lepas Izz membantu menguruskan jenazah Zharith, Fara pula datang bertemu Izz.

"Izz. Thanks sebab dah bantu uruskan jenazah Zharith. By the way, takziah atas kematian arwah Areeda." Fara berhadapan dengan Izz semasa berbual.

"Tak pe. Arwah Zharith pun kawan saya juga. By the way, takziah atas kematian Zharith." Kata Izz pula.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now