BAB 60

4.4K 121 14
                                    

Hari ini adalah hari terakhir mereka berada di Perlis. Esok mereka akan berangkat pulang ke bandar.

Masing-masing penat membeli-belah sakan siang tadi. Maklumlah, dekat Perlis ni memang syurga shopping, barangan yang dijual di situ teramatlah murah. Rugi lah kalau datang sejauh itu, tapi pulang dengan tangan kosong.

Hidangan makan malam mereka adalah ikan bakar dan ayam bakar. Tidak dilupakan juga sosej. Maklumlah, bila lagi nak buat macam ni? Izz lah yang rajin sangat nak buat bakar bakar bagai. Tu yang siang tadi pergi cari barang-barang semua. Masuk aje market, semua pandang. Mentang-mentang lah belakang aku semuanya perempuan masa tu, semua fikir aku ni banyak bini agaknya.

Kipas yang berada di tangan dikipas pada permukaan ayam dan ikan yang masih dipanggang di atas bara api. Sesekali matanya terpandang juga semua sahabatnya yang makan di meja sebelah sana, ketawa, suap menyuap bagai. Kadang-kadang, rasa cemburu pun ada, sakit mata pun ada. Ye lah, mana tak nya. Semua makan dengan bini, dia pula terciduk, makan sorang-sorang. Haihh... Tak apa lah. Redha...

Ting! Ting!

Terasa getaran di dalam poket seluarnya, menandakan ada notification masuk di telefon pintarnya. Lantas tangannya diseluk ke dalam poket lalu dikeluarkan telefon tersebut. Bermacam-macam jenis WhatsApp dan e-mail. Mata Izz tertancap pada e-mail yang baru diterimanya seminit yang lepas. Pantas ibu jarinya menekan pada skrin.

Izz membaca perlahan, satu per satu bait perkataan dengan jelas di skrin. Senyuman mengendur sedikit. Bibirnya ditekup pantas, terkejut. Biar betul?

Julie menyuap cebisan ikan ke mulut Hazim. Hazim memang suka makan ikan terutamanya ikan keli. Bukan main berselera lagi dia menikmati hidangan sebegitu. Lagi-lagi bila bersama Ayiq, Amanda dan Zahin di sebelahnya. Lagi lah dia suka, diorang kan rapat.

"Rugi kan Danial tak ikut kita." Kata Sara sambil menyuakan sosej ke mulutnya.

" Apa yang rugi? Dia lagi suka main dengan anak dia dekat rumah tu. Maklumlah, baru jadi bapak kan..." Kata Julie pula.

Tiba-tiba Rais mencelah.

"Bukan macam tu lah. Kalau boleh, dia nak pergi. Tapi dia kena jaga anak dengan bini dia. Reesya kan tengah berpantang." Ujarnya.

" Haah... Harraz pun. Kalau boleh, dia pun nak ikut. Tapi Reena kan tengah berpantang juga." Ujar Arisa juga.

" Haah lah... Baru teringat. Diorang kan kembar..." Ujar Zhaiem pula. Masing-masing mengangguk kepala. Entah-entah diorang pun lupa juga sebelum ni.

"Izz mana?" Soal Rais sambil mencari kelibat Izz di antara mereka semua.

Am menjuihkan bibirnya ke arah Izz yang masih berada di hadapan tempat pembakaran makanan tadi. Wajahnya jelas kelihatan resah, gelisah. Entah apa yang si Izz fikirkan.

"Tu hah... Dekat sana. Kenapa dia tu? Tadi bukan main happy lagi. Tiba-tiba je bad mood." Kata Am kepada rakan-rakannya. Rakan-rakannya semua hanya menjongketkan bahu.

Izz termenung seketika di atas kerusi tidak jauh daripada kawasan semua rakan-rakannya duduk. Wajah anaknya, Hazim ditenung lama dari arah jauh. Dia baru sahaja menerima e-mail baharu tentang perpindahan kerjanya ke Dubai telah diluluskan. Dia perlu ke sana pada minggu hadapan. Dia nekad, dia tetap mahu pergi demi mencipta pengalaman baharu. Dan dalam masa yang sama juga, dia harus melupakan segala masalah yang pernah berlaku dalam hidupnya. Ini adalah cara yang sesuai untuk move on dan memulakan kehidupan baharu di sana. Tapi, siapa yang nak menjaga anaknya nanti? Itu lah yang menyerabutkan otaknya sekarang ini.

"Izz!"

Am memanggilnya dari jauh. Izz sekadar mengangkat tangan. Dia terus bangkit dari dudukannya. Sedikit senyuman yang tak berapa nak ikhlas dihulurkan. Dia sepertinya tidak ada mood untuk berbual dengan sesiapa pun. Tapi kalau nak diikutkan mood nya yang tak berapa nak baik, sampai ke sudah dia tidak berborak dengan siapa-siapa.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now