BAB 49

3.7K 124 9
                                    

Amira baru sahaja selesai menulis rekod pesakit di atas clipboard yang memgandungi beberapa helaian kertas. Lalu rekod itu terus diberikan kepada nurse yang bertugas dengannya.

"Adik macam mana hari ni? Dah okay?" Soal Amira kepada salah seorang pesakitnya yang masih berusia dalam lingkungan 10 tahun.

"Dah... Saya dah okay... Terima kasih akak doktor..." Ucap kanak-kanak itu. Bibirnya yang agak pucat itu sempat mengukirkan senyuman buat Amira.

"Sama-sama, dik... Ni memang tanggungjawab akak sebagai seorang doktor." Kanak-kanak di hadapannya itu terpaksa menjalankan pembedahan gara-gara appendix nya yang sudah pecah. Amira memandang kanak-kanak lelaki di hadapannya itu. Rambut kanak-kanak itu diusap perlahan.

"Saya minta diri dulu ye, Encik..." Ayah kanak-kanak lelaki tadi sekadar menganggukkan kepala sambil tersenyum melihat Amira. Amira segera keluar dari bilik wad itu lalu menutup pintu.

Amira berjalan sambil tersenyum apabila disapa oleh pesakit-pesakitnya. Cukup ramah. Setiap pagi apabila dia melawat pesakit-pesakit di wad, semuanya akan mengucapkan selamat pagi kepadanya. Begitu juga dengan waktu petang. Sudah hampir 5 tahun dia bekerja di hospital itu. Keadaannya masih tetap sama seperti masa mula-mula dia bekerja di hospital itu.

Dr. Jonathan baru sahaja mahu keluar dari dalam biliknya. Tujuannya hanya mahu berjumpa dengan Amira. Dah alang-alang melihat Amira sudah menghampiri biliknya, tak perlu bersusah payah berjalan ke bilik Dr. Amira.

"Dr. Amira..." Panggil Dr. Jonathan.

Langkah Amira terhenti apabila dia mendengar Dr. Jonathan memanggilnya. Dia terus menoleh ke kiri. Kelihatan Dr. Jonathan sudah berdiri di hadapan biliknya.

Amira berjalan satu langkah menuju ke arah Dr. Jonathan.

"Ya? Dr. Joe nak saya bantu apa-apa ke?" Selamba Amira bertanya. Dr. Jonathan di hadapannya itu sudah berwajah serius. Ah sudah! Ni kalau panggil aku dengan muka serius ni, mesti ada sebab?

"Tak... Saya tadi nak ke bilik awak. Tapi dah alang-alang awak lalu depan bilik saya ni, jemput lah masuk dalam bilik saya. Ada perkara yang saya nak cakap dengan awak." Arah Dr. Jonathan.

Amira sudah naik cuak. Seram sejuk. Dr. Jonathan ni nak apa? Setahun yang lepas, dia masuk ke bilik Dr. Jonathan kerana dia dinaikkan pangkat. Takkan sekarang ni dia diturunkan pangkat pula? Eee... Janganlah!

Tanpa membantah, Amira terus melangkah masuk ke dalam bilik ketua doktor di hospital di mana tempat dia bekerja sekarang ini. Kerusi ditarik perlahan. Lantas punggungnya terus dilabuhkan di atas kerusi tersebut.

"Ada apa doktor nak jumpa saya ni?" Soal Amira dengan suara yang tersekat-sekat.

Dr. Jonathan hanya memandang wajah risau Amira. Kasihan pula apabila melihat Amira begitu. Tangannya ditongkatkan ke dagu.

"Saya ada banyak sebab kenapa saya minta awak datang sini. Saya tak puas hati dengan awak." Luah Dr. Jonathan.

Amira yang tadinya hanya menundukkan kepalanya sedikit terus mengangkat wajah. Tak puas hati? Apa yang doktor ni tak puas hati dengan aku? Alahhh... Naik risau aku ni! Terserlah kegusaran di wajah Amira.

"Saya tak puas hati sangat dengan awak. Apa yang saya dapat tengok, prestasi kerja awak menurun sejak kebelakangan ni. Awak ada masalah ke, Dr. Amira?" Selamba Dr. Jonathan bertanya. Amira yang berada di hadapannya hanya mampu mendiamkan diri.

"Dr. Amira... Awak kene ingat... Pangkat awak dekat hospital ni tinggi. Saya ketua dekat hospital ni dan pangkat awak di bawah saya. Amira... Masalah persendirian dan masalah di tempat kerja tak boleh dicampur-adukkan. Awal-awal lagi saya dah pesan kan? Dan sekarang ni pangkat awak dah diturunkan atas dasar perbincangan dan persetujuan pihak kementerian. Awak tak rasa rugi ke bila awak diturunkan pangkat?" Soal Dr. Jonathan. Niatnya bukan untuk memarahi Amira, dia cuma tertekan sedikit dengan segala persoalan dari pihak kementerian kesihatan berkaitan prestasi kerja Amira. Dalam setiap pekerjaan, jika pekerja buat masalah dan sebagainya, siapa orang yang kene menjawab dengan pihak atasan kalau bukan ketua?

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now