BAB 1

40.3K 585 35
                                    

Hari ini merupakan hari pertama Izz masuk ke kolej yang selama diidamkan olehnya. Maklumlah, papanya merupakan orang paling kaya yang menduduki rangking nombor 3 dalam senarai dunia. Ketika ini, Izz masih berumur 19 tahun. Dia terpaksa meninggalkan ahli keluarganya iaitu Tuan Izzham, Puan Faezah, abangnya iaitu Arrell, Farrid, Daus,dan sepasang adik kembarnya iaitu Reena dan Reesya

Masuk sahaja ke dalam ruang pendaftaran, ada seorang perempuan menegurnya yang memperkenalkan dirinya sebagai Nur Dayang Areeda. Cantik orangnya. Rupanya Izz dan keluarganya pernah menemui Areeda dan keluarganya ketika hari raya yang lepas pada tahun ini. Rupanya, ibu bapa mereka berdua memang rakan rapat ketika mereka masih kecil. Rupanya, Areeda merupakan orang yang dikenalinya sejak kecil. Mereka mula menjadi rapat bermula hari itu.

Izz telah mengenali beberapa rakan baharu yang diantaranya ialah Wan Scott Harris atau dikenali sebagai Rais, Aminuddin atau dikenali sebagai Am, Danial, Julie dan Sara. Mereka agak rapat pada hari itu.

Izz dapat menduduki satu bilik dengan Am. Rakan lelakinya mempunyai bilik yang bersebelahan sahaja. Mudah untuk berhubung katanya. Kalau perempuan pula satu bilik tiga orang. Entah apa entah yang mereka lakukan. Tengok lelaki, chill ja.

Tiba di bilik tidurnya, Izz terus terbaring di atas single bed.
"Aku rasa hidup aku macam baru bermula hari ini." Kata Izz sambil menutup mukanya dengan topi juruterbangnya. Tiba-tiba dia terdengar suara yang menyampuk.
"Aik. Sebelum ni ko rasa yang ko baru hidup dari mati ke ?" Sampuk Am sambil membawa bagasi besar.

Izz terus terbangun dan terus duduk di birai katil.
"Aik. Mana ada. Bukan macam itu Am. Dah ini memang impian aku. Nak buat macam mana. Kalau sebelum ini, aq datang merayau sampai ke Airport Subang pun sebab aku bosan dengan hidup aku. Tapi sekarang, aku dah ada dekat sini untuk aku belajar dan mendalami ilmu penerbangan. " Terang Izz dengan panjang lebar.

Posto! Posto!! Bunyi deringan notification di telefon bimbit milik Am.

Am melihat notification tersebut menunjukkan heronya yang selama ini dia minati di Instagram. Iaitu orang paling kaya yang mempunyai rangking nombor 3 dalam senarai manusia terkaya. Rupanya ialah ayah kepada Izz. Izz hanya membeliakkan matanya. Tiba-tiba, Am memandang Izz dengan berasa curiga.

"Oh. By the way, apa nama penuh kau?" Tanya Am kepada Izz.
"A.... Aku Syed Izzat Iskandar bin Syed Izzham. By the way, kenapa erkkk ?" Tanya Izz kepada Am.
"Wait, kenapa nama ayah ko dengan nama hero aku ni sama ?" Tanya Am kepada Izz pula.

Am meletakkn telefonnya di sebelah wajah Izz untuk dibandingkan dengan gambar anak Syed Izzham yang baru dihantar di laman Instagram milik Syed Izzham. Ternyata gambar Izz dengan anak Syed Izzham adalah sama. Am terus memandang Izz yang menundukkan wajahnya ke lantai.

"Izz. Baik kau cakap perkara sebenar dekat aku." Kata Am sambil menuding jari ke arah Izz.
"Hmmm. Dia papa aku. Tapi, aku tak nak tunjuk. Aku malu. Aku takut kalau orang kat sini cakap aku berlagak ke apa ke." Terang Izz panjang lebar.
"Weyhm.... Bro.... Serius lah kau... Weyh. Kau tau tak aku memang teringin nak jumpa ayah ko. " Am menjadi orang kurang siuman pula selepas mendapat tahu anak heronya ada di hadapan matanya sendiri. Dia tergelak besar.

Tiba-tiba, Rais dan Danial terus masuk ke bilik Izz dan Am.

"Apahal korang berdua ni ?" Tanya Danial.
" Weyh. Aku nak tanya, kat dunia ni, korang minat siapa ?" Tanya Am sambil tergelak terbahak-bahak seperti orang di hospital orang gila.
"Aku minat Sharifah Faezah. Alahhh. Yang pereka fesyen terkenal tu. Design dia memang macam gini hah." Kata Rais sambil tergelak juga seperti Am.

Izz terus memandang rakan-rakannya dengan perasaan bangga kerana kemana-mana dia pergi, ada sahaja yang kadang-kadang mengenalinya dan meminati papanya.

"Kalau korang berdua nak tahu, orang yang kau minat tu, anak diorang ada dekat sini. Izz lah anak diorang." Kata Am sambil menuding jari ke arah Izz.

Rakan-rakannya terkejut kerana hal demikian. Izz diminta oleh rakan-rakannya untuk mereka bertemu papa dan mamanya pada bila-bila masa sahaja.
*******

Baru seminggu mereka di situ, berlaku pula pelbagai masalah di kolej tersebut. Ketika sedang makan di kantin, Izz telah diganggu oleh seorang lelaki dan kadet pilot disitu yang boleh dikenali sebagai Zhaiem. Sebelum ini, Zhaiem sudah lama memerhatikan Izz kerana sering berpakaian seperti orang kampung. Maklumlah, Izz hanya memakai baju seperti itu ketika di dalam dorm tetapi memakai baju seperti orang kaya ketika merayau di pulah tersebut ketika hujung minggu.

"Hmmmm. Susah kan jadi orang susah macam kau ni. Kau tau tak, semua orang yang masuk ground school ni semua anak orang kaya. Kau tu apa ada. Oh, by the way, baik kau balik kampung tanam jagung je lah. Orang macam kau ni memang tak layak ada dekat sini. MISKIN!!!" Kata Zhaiem sambil merendahkan Izz.

Danial bangun dari tempat duduknya dan mencekak kolar baju Zhaiem.
"Bapak kau ni kerja apa hah sampai kau boleh berlagak kaya depan semua orang. Kau jangan cakap sesuka hati kau je kalau kau tak tahu latar belakang dia." Tengking Danial kepada Zhaiem. Berderau darahnya apabila hal ini terjadi kepada sahabat baiknya.

"Oh. Bapak aku kerja sebagai manager dekat Zahari's holding. Alahai, syarikat yang terkemuka di dunia ni." Kata Zhaiem untuk bermegah dan menunjuk-nunjuk sahaja.

"Baru kerja manager dah berlagak. Kau nak tahu tak siapa pemilik syarikat tu ?" Kata Danial untuk membuktikan sesuatu sesuatu kepada Zhaiem. Belum habis dia bercakap sepenuhnya dengan Zhaiem, kata-katanya dihalang oleh Izz yang cuba melarangnya untun memberi tahu perkara sebenar.

"Sudahlah Danial. Jangan macam ni. Tak lama lagi, dia akan tahu juga kan. Jangan bergaduh. Kita semua datang sini untuk belajar. Bukan bergaduh macam ni." Kata Izz untuk menamatkan pergaduhan itu.

"Eh!!! Kau kalau dah miskin tu miskin je. Tak payah banyak bunyi. Kau tu kalau dah orang kampung tu buat cara kampung. Jangan nak berlagak sangat." Kata Zhaiem sambil menengking dan bermegah diri atas kekayaan ayahnya itu.

Zhaiem pun berlalu pergi dan menolak Izz dengan sekuat hati sehingga Izz jatuh dan terlanggar kerusi. Izz agak tidak berpuas hati dengan perangai si Zhaiem tu. Besar kecik sahaja dia melihat perangai buruk si Zhaiem tu. Sudahlah ayah Zhaiem bekerja di syarikat ayah Izz. Sudah mahu berlagak pula. Tidak lama lagi, terbuktilah semua perkara.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now