BAB 6

16.7K 286 14
                                    

"Papa yakin ke dengan keputusan papa ni ?" Tanya Farrid dengan nada yang ragu-ragu.

"Farrid, keputusan papa tak pernah mengecewakan. Papa yakin yang Zhaiem tu boleh berubah. Lagipun dia dah tak ada sesiapa dah. Papa tak suka tengok anak muda zaman sekarang ni mengangggur. Rasa kesian." Kata Tuan Izzham sambil mengusap bahu anak bujangnya itu.

"Lagi satu ni pa. Sapa yang nak jaga syarikat airline papa tu ?" Tanya Farrid lagi.

" Papa ingat papa nak bagi syarikat pembinaan tu dekat abang Farrel sebab papa tengok dia minat sangat dengan pembinaan. Insyaallah papa akan usahakan dengan adik kembar kamu yang papa akan usahakan syarikat penerbangan papa tu." Jelas Tuan Izzham kepada Farrid yang berperasaan ingin tahu.

"Actually, papa nak Farrid berhenti kerja jadi pramugara dekat syarikat penerbangan tu. Papa nak kamu sambung belajar jadi juruterbang ataupun kerja dekat syarikat papa ?" Tanya Tuan Izzham pula.

"Up to you pa. Saya ikut apa yang terbaik je. Jadi juruterbang pun boleh pa. Asalkan saya boleh ada kerja. Tapi rasa membazir pula takut menyusahkan papa pula." Katanya lagi.

_________

Sebulan sudah berlalu. Akhirnya tiba hari yang ditunggu-tunggu oleh bakal pengantin baru. Majlis pernikahan bakal berlangsung sebentar sahaja lagi. Kelibat Areeda masih tidak kelihatan lagi di Masjid Putra.

Tidak lama kemudian, rombongan pengantin perempuan tiba di perkarangan masjid tersebut.

Areeda keluar dari kenderaannya dengan memakai busana berwarna putih. Cantik sangat. Pandangan Izz tidak beralih. Dia terpegun melihat kecantikan sebenar Areeda.

Masjlis kali ini tidak disambut dengan gilang gemilang kerana kedua-dua pihak mahukan majlis private yang kecil-kecilan tetapi mewah yang hanya menjemput semua keluarga terdekat sahaja.

Izz duduk di hadapan Encik Aziz yang baru sahaja tiba sekitar 15 minit yang lepas. Mereka mula berjabat tangan. Hati Izz berdegup kencang. Peluh mula keluar di dahi.

"Syed Izzat Iskandar Bin Syed Izzham " -Encik Aziz.

"Saya." Balas Izz.

"Saya nikahkan akan kamu dengan puteriku Nur Dayang Areeda Binti Aziz dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai."

"Saya terima nikahnya Nur Dayang Areeda Binti Aziz dengan maskahwinnya 300 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz sahaja berwalikan Encik Aziz, Areeda sah bergelar isteri kepada Izz. Puan Faezah memeluk erat menantunya itu. Masjid Putrajaya menjadi saksi mereka diijabkabulkan.

Izz mendekati Areeda. Jantungnya bagai nak pecah. Dia nampak sangat kacak dengan baju nikah berwarna putihnya. Dengan penuh sopan dia menyalam kedua-dua belah keluarga seakan-akan memohon restu.

Izz menyarungkan cincin ke jari manis Areeda. Dia memegang tangan isterinya dengan erat yang sejuk seperti ais. Bibir Izz hinggap ke dahi Areeda. Ramai yang mengambil gambar kenang-kenangan bersama pasangan itu.

"Just me can kiss you, sayang..." Bisik Izz ke telinga Areeda sambil satu kucupan hinggap ke pipi Areeda pula.

Mereka berdua bergambar di sekitar masjid tersebut bersama budak dulang mereka.

Usai bergambar, Izz melihat Areeda menangis di sisinya.

"Sayang, why you cry ?" Tanya Izz apabila melihat hidung isterinya merah.

"Tak ada apa pon. Cuma gembira. Terima kasih sebab terima saya dalam hidup saya. Saya janji saya akan jaga awak. Saya sayang awak Izz." Areeda gembira dalam duka. Pertama kali dia berasa gembira.

"Areeda, jangan menangis ye. Kita baru je habis graduate. Baru je kahwin kan. Seronok kan kahwin ni. Sayang, jangan sedih. I'm your husband now... " Kata Izz yang cuba menenangkan isterinya.

Dengan umur yang baru sahaja mencecah 21 tahun, mereka sudah berkahwin. Begitu muda. Am dan Julie pula bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada minggu hadapan. Zhaiem pula kini bersama Sara. Danial pula berkenan dengan salah seorang adik Izz iaitu Reesya. Reena pula bersama Harraz.

Tak lama lagi, ramai diantara rakan Izz yang tidak lagi membujang. Masing-masing sudah bersedia menggalas tanggungjawab.

"Congrats guysss... Kahwin juga korang berdua ni kan. Macam apa orang kata kapak dibelah dua erkkk." Kata Zhaiem cuba membuat lawak.

"Kapak dibelah dua kepala acik hangg. Kau tak sekolah ke. Pinang dibelah dua. Macam mana ko boleh masuk academy ni hoi." Danial mengurut kepalanya yang sakit kerana perangai si Zhaiem yang menggila sejak semalam.

"Guyss... Cepat sikit ada baby. Aku nak kembar." Julie cuba mengusik pasangan pengantin baru tersebut.

" Yang tu fikir kemudian lah oi. Kitorang ni baru je kahwin." Pening kepala mereka dibuatnya. Areeda pula kaku lagi terpaku dengan kata-kata Julie.

" Weyhhh... Haahlah... Malam ni kan malam pertama diorang. Hahahaha." Lagi sekali babak menyakat dalam kumpulan mereka. Mereka hanya mentertawakan pasangan pengantin tersebut.

Sudah mula lah otak mereka membiru. Makin menggila kawan dia ni.

"Hoi. Tak nikah kau minggu depan. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah." Izz memberi jelingan padu ke arah Am.

"Julie. Tak boleh buat suami dia tu." Kata Areeda pula.

"Entah kau. Macam mana kau boleh sangkut dengan mamat poyo ni." Sara menepuk dahinya sambil tergelak.

" Kau Danial. Melepas adik aku nanti kau." Izz cuba mengusik Danial pula.

"Eh. Apa pulak bro. Chill lah bro. Kitorang cakap benda betul. Manusia tak lari dari nafsu." Kata Danial.

" Tahniah bro. Jaga wifey ko elok-elok. Jadi husband yang terbaik untuk bini kau. Jangan sia-siakan dia. Rugi kau nanti." Pesan Harraz a.k.a bakal adik iparnya.

"Boleh bro. Jaga adik aku gak bro." Izz terus memeluk sahabatnya sambil berterima kasih.

********

Malam hari pula, ada sedikit majlis makan-makan dan sedikit kenduri kesyukuran.

"Izz. Maaflah aku tak datang majlis nikah kau tadi. Aku sibuk sikit nak buat persiapan untuk majlis aku esok ni." Rais membuat muka comel yang susah dilihat oleh orang lain. Hanya orang tertentu sahaja boleh melihat kecomelan Rais.

"Tak apa lah bro. Aku faham kau. Aku pon macam tu bro. Esok pulak majlis kau. Memang bulan ni bulan kahwin kita semua ke." Izz tergelak terbahak-bahak bersama rakan-rakannya.

Pujaan Hati Mr. Pilot 🔞Where stories live. Discover now