BAB 33 - Makcik Cleaner

1K 77 38
                                    

Baik The Blureenz dan Lisa mula berlari berterabur. Bukan lari dikejar hantu, tetapi lari untuk ke bilik rahsia pengetua. Perasaan teruja dan gementar mula bercampur baur. Almaklumlah, mungkin inilah misi pertama mereka. Laju kaki mereka berlari sementara lampu masih terpadam.

Bam!

" Adudududu! "

Itudiaaaa. Tak pasal - pasal terlanggar makcik cleaner. Habis jatuh terduduk makcik tu dengan penyapu dan batang mop terpelanting. Baldi yang berisi air 'kotoran' elok terletak senget di atas kepalanya. Kain mop versi abad ke 19 terletak elok di kepala makcik cleaner menggantikan rambut bersanggulnya. Terhenti segala larian Blureenz.

" Weh tunggu apa lagi? Cepatla! Kita dah lambat ni. " Ujar Lisa dengan nada suara yang ditekankan walaupun sedikit perlahan. Asha memandangnya tidak puas hati.

" Takkan nak tinggal makcik ni? " perlahan suara Asha berkata.

" At least bantulah dia bangun. " ujar Fariha pula. Dian mengangguk kecil.

Lisa mengeluh. Langkahnya mula diatur untuk membantu makcik cleaner tersebut.

" Terima kasih bantu makcik. Maaf, makcik tak nampak kamu semua tadi. Almaklumlah gelap. " ujar makcik tu sambil meraba-raba. Terfikir adakah makcik itu rabun atau buta kerana walaupun lampu terpadam, tetap juga nampak suasana sekeliling yang samar-samar. Shamine menepuk dahi.

" Ha okey makcik. Kami gerak dulu. " ujar Dian sambil berura-ura berlalu pergi namun tangannya ditahan si makcik cleaner.

" Eh eh nak pergi mana ni ramai-ramai? " soal makcik tu.

" Kami sakit perut nak buang hajat. " ujar Lisa tanpa memikirkan alasan yang kukuh. Samar - samar dahi makcik cleaner berkerut.

" Sampai lima orang? " Asha mengangguk.

" Berjemaah makcik. Pahala lebih. " entah fakta mana dirembatnya, Dian dengan yakinnya berkata bersama senyum bangga. Shamine menepuk dahi.

" Apa yan-- "

" BYE MAKCIK. " tanpa mengisahkan makcik yang bertanya mereka meninggalkan makcik yang sudah basah kuyup. Larian diteruskan sehingga tiba di bilik Puan Pengetua.

♪♪♪

" KENAPA LEWAT?! " lantang suara Puan Pengetua bertanya. Entah tanya ke,jerkah ke, maki. Kelima - lima memandang Puan Pengetua tanpa perasaan. The Gold Prince tersenyum sinis. Mirza selamba duduk di atas kerusi di hadapan meja Puan Pengetua.

" Kalau misi pertama pun dah datang lewat, apatah lagi misi akan datang! Mana disiplin kamu? Apa alasan kamu kali ni?! " Puan Pengetua memandang satu persatu gadis di hadapannya. Shamine dan Fariha sudah menunduk. Hanya Dian, Asha dan Lisa dengan riak bersahaja mereka.

" Panjang ceritanya Puan Pengetua. " ujar Asha tanpa nada. Lisa mengangguk kecil.

" Pendekkan. "

" Terlanggar makcik cleaner waktu blackout tadi. " ujar Dian tanpa nada. Puan Pengetua mengerutkan dahi sebelum mengeluh kecil.

" Mirza, bawa mereka semua ke tempat biasa. " arah Puan Pengetua. Mirza yang tadinya duduk bersantai mula berdiri tegak sebelum mengangguk. Isyarat diberikan kepada mereka semua untuk mengikutinya ; ke tempat hari itu.

"Sekali lagi saya ingatkan. Ini misi pertama kamu semua. Ingat! Pastikan misi ini berjaya atau kamu disingkirkan! " tegas Puan Pengetua berkata.

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Where stories live. Discover now