BAB 5 - Gagal

2.2K 136 1
                                    

Di dewan itu gamat dengan tepukan.Upacara penyampaian sijil perlantikan pengawas baru sahaja dimulakan.Dari belakang dewan kelihatan empat orang gadis yang sedang bergelak ketawa.Di dalam kepala,mereka hanya memikirkan rancangan untuk mengenakan The Gold Prince.Kedengaran suara pengerusi majlis memanggil pengawas-pengawas yang bakal dilantik.Sijil turut diberi pada pengawas tahun sebelumnya.Semua pengawas mula mengambil sijil .Kini, tibalah masa yang dinantikan.

" Dipersilakan , Tengku Adam Haziq , selaku ketua pengawas bagi tahun 2019 naik ke pentas bagi membacakan ikrar pengawas . " ujar pengacara majlis . Dengan megahnya , Haziq naik ke atas pentas bersama wajah yang dingin dan serius .Namun begitu , ianya masih lagi mendapat sorakan dari pelajar terutamanya pelajar perempuan . Hariz hanya berada di sebelah dewan bersama para pengawas yang lain namun masih di barisan hadapan . Begitu juga dengan Zairiel dan Eiman . Pakaian yang dari hujung rambut sehingga hujung kaki kemas tanpa sedikit pun kedutan. Sorakan dari pelajar makin menjadi-menjadi . Almaklumlah ,hot stuff ler katakan .

"Diam ! Beri perhatian ! " ujar Zairiel lantang . Dia selaku pengawas disiplin cuba mengawal keadaan . Suasana di dewan itu sunyi menyepi .

" Ikrar pengawas 201.... "

Bushhh!

Tanpa sempat Haziq menghabiskan kata-kata , air yang entah dari mana datangnya membasahi seluruh tubuhnya .Bagaikan hujan yang 'lebat' membasahi dirinya . Suasana di dewan mulai kecoh apabila 'hujan baldi' , eh tak .. Suasana di dewan mulai kecoh apabila sebuah baldi bersama seutas tali terpelanting mengenai kepala Hariz .

" Aduh ! " Hariz mengerang kesakitan . Baldi itu jatuh menekup kepalanya . Wah ! Tepat mengenai sasaran .

Zarah-zarah yang kecil dan sangat halus bagaikan anak kuman dan anak semut dan juga bagaikan tahi telinga kucing dari air yang membasahi Haziq mula terampai-ampai di udara .

" Euw .. Bau apa ni ? " para pelajar mula kecoh .

" Mak aih , bau cem air longkang .. Perghh, busukk."

"Uwerkk " bau yang agak meloyakan itu berjaya membuat beberapa pelajar dan guru muntah hijau di situ . Eiman menjauhi Haziq kerana takut 'tersebarnya' bau yang tidak menyenangkan itu pada tubuhnya .Wah , baik punya member . Manakala Zairiel sebagai kawan yang sangat baik membantu Hariz yang .. Erk , masih ada baldi di kepalanya ? Terdapat garisan panjang di dahinya .Oh , tu luka la . Kelihatan Hariz menutup mata .Oh , rupanya dia pengsan dalam keadaan berdiri .Lupa pula mereka dia ni baru baik demam .Fuh , siot aje .

Dari barisan paling belakang , The Blureenz sedang berbisikan . Masing-masing pelik dengan peristiwa itu .

" Ini bukan plan yang kita rancang siaa ." ujar Asha .Rahangnya jatuh apabila menyaksikan peristiwa itu .

" Itulah pasal doe . Baldi tu aku dah letak kat tempat yang sepatutnya . Apehal boleh ada kat atas tu ? Tali tu , kalau ikut plan , kita nak ikat diorang berempat . Dah apehal ada dekat baldi tu sekali ? Dan lagi satu , macam mana boleh ada kat atas tu ? Air longkang tu pulak , bukan aku yang letak dalam baldi tu .Aku letak telur dengan tepung aje sia ." ujar Dian panjang lebar . Shamine juga memikirkan hal itu .Manakala Fariha masih lagi polos .

• • • • •

Setengah jam yang lalu ...

"Fariha , kau ada barang yang aku nak ? " tanya Dian . Matanya mengerling kiri kanan takut ada yang melihat mereka di sini . Kelihatan Asha menjaga pintu masuk dewan itu .

" Ada , ni haa " kata Fariha sambil menunjukkan baldi yang disabotajnya di stor , tali yang panjangnya 10 meter , sepapan telur yang telah busuk yang semalam Asha membodek tauke cina kedai runcit untuk memberinya free bersama satu kilogram tepung . Elok ni kalau buat cucur dalam baldi .

" Okey , kau bagi dekat Shamine . Aku nak cari tempat yang sesuai nak buat plan ni nanti ." arah Dian . Fariha hanya mengangguk . Baldi ditelekupnya pada kepala Shamine .

" Woi !! Allahu baunya perggh ! Wangi ya afdal aums . Adeh mak cik cleaner ni comfirm tak basuh baldi ni lepas mop lantai . Lain kali kau Fariha ambillah yang wangi-wangi sikit .Hapak baunya .Dah berapa tahun tak basuh ni ? " bebel Shamine . Fariha hanya menggaru kepala .

" Psst ... Woi cepatlah siot .. Kang ada yang mari , haa naya aje kena denda ." ujar Asha perlahan . Almaklumlah , dia ni jadi guard sementara mereka ingin melaksanakan plan .

" Sabarlah deyy !!"marah mereka bertiga .Asha hanya tersengih .

" Okey aku dah jumpa dua tempat yang elok nak letak barang ni ." ujar Dian .

" Haa , kat mana ? " soal Shamine .

" Belakang pentas ni rupanya ada dua stor . Satu tu aku rasa dah tak pakai dah . Sekali pandang seram aje . Satu lagi kat penjuru dewan tu . Situ terosrok sikit dengan kerusi . Erm nak letak kat mana satu eh ?"

" Aku rasa kita patut guna dekat dalam stor tak pakai belakang pentas itu kerana itu adalah lokasi strategik nak letak benda ni .Tempat tu semang kerja mandangkan situ takde orang nak masuk ." ujar Fariha memberi idea .

" Woi !! Tahulah kakak kau ajar geografi , lokasi strategik kepala hotak kau ! " ujar Asha kasar . Fariha hanya tersengih .

" Kalau guna stor , macam mana diorang nak masuk ? Macam yang kau orang dua cakap tadilah .. Tempat tu dah tak pakai , siapa aje yang masuk cerciter ?" soal Shamine .

" Tariklah perhatian diorang . Maksud aku , cuba letak something yang boleh gamit perhatian diorang . "ujar Asha memberi pendapat .Sesekali dia memandang di luar dewan . Takut ada yang memerhati mereka .Dian hanya mengangguk .

" Something macam mana tu ? Aku tak bawa barang lain kecuali yang Dian suruh aje . " kata Fariha .

"Buat apa nak guna barang kalau ada manusia yang boleh kita guna untuk menarik perhatian diorang ? " kata Shamine sambil tersenyum .

" Haa ? Manusia ?" Fariha blur . Yang lain hanya menggeleng kepala .

" Maksud Shamine , buat apa nak guna barang kalau kita sendiri boleh tarik perhatian diorang ?"terang Dian .

"Tak ke kantoi gitu ?"

"Ianya akan jadi kantoi kalau diorang cam muka kita . " ujar Dian bersama senyuman misteri .

"Kau nak buat apa ? Nak jadi penceroboh pastu acah nak curi dalam stor lepastu diorang nampak cuba masuk dalam stor tu lepastu kau pun menghilang panjat dinding lepastu diorang terkena mengikut plan kita ?" ujar Shamine panjang lebar .

" Fikir logik akal doe . Ada ke penceroboh dekat sekolah ni ? Apa gunanya pak guard yang jaga keliling sekolah ? Maksud aku , setiap sekolah tak lari rasanya dari hantu . Kita guna Asha sebagai model hantu . Aku tengok dalam stor tu ada satu kain putih haa bolehlatu .. Tarik perhatian diorang lepastu pandai-pandai lah kau nak panjat dinding ke panjat siling haa suka hati ."ujar Dian panjang lebar .Asha hanya mengangguk .

"Japgi aku sabotaj lokar orang ambil make up . muehehehehe" ujar Asha sambil tersengih .Dia kalau bab sabotaj memang terbaik lah !

"Okey berbalik pada plan ,apa kau nak buat dengan barang semua tu ? "

"Alaa .. Macam drama dengan novel melayu laa .. Cuma ini lain sikit . Tali tu bahagi pada dua . Satu kita buat nak ikat diorang , satu lagi kita ikat baldi letak atas kepala diorang .Pijak je tali tu ..GEDEBUSH kena telur haa padan mukaa!! " ujar Asha panjang lebar .

"Korang reti ke nak buat macam tu ?" soal Shamine .

"Eleh , kitorang tengok tutorial prank dekat dalam youtube semalam alhamdulillah dah berjaya buat pagi tadi . Asha tadi kena nasib dalam baldi tu kosong aje ." ujar Dian bangga .

"Haa iyela jom mulakan sekarang ..." kata Fariha .

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Where stories live. Discover now