P R O L O G

4.2K 177 16
                                    

"Guys, esok tahun baru. Esok last day kita bersuka ria. Lusa dah sekolah. Huwaa!! Tak nak pergi sekolah!! " rungut Asha. Teddy Bear besar yang ada di sisinya diambil kemudian dipeluknya. Wajahnya disembamkan pada kepala teddy bear itu. Teddy Bear kesayangan tu . Ececeh , rindu si pemberi lah tu .

"Itula, sudahla tahun ini kita SPM. Dahtu, kita ni dah pindah sekolah baru. Aku tak nak!!"rungut Shamine pula sambil menghentak-hentak remort tv. Tanpa sengaja butang off ditekan.

Fariha yang sedang menonton drama memandangnya tajam. Setajam cinta Shamine pada Afiq , si sotong yang pernah dia couple .Auch !

" Ada lagi tiga bulan setengah kita stay sama-sama. Then, masing-masing tinggal dengan parents fokus untuk SPM. Haishh, sedihnya!"kata Fariha pula. Bibirnya sengaja dimuncungkan menandakan dia tidak suka. Sekali pandang macam itik siot . Panjang muncung dia tu Ya Rabbi , menunjukkan dia betul -betul tak suka dengan cadangan yang ibu bapanya beri . Aih sedih .Masing-masing mengeluh.

Tiba-tiba...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA" Dian yang 'menelaah' telefon bimbitnya secara spontan ketawa kuat. Asha, Shamine dan Fariha memandang pelik. Gila ke tak pelik siot ? Malam - malam buta gelak mengalahkan kak ponti , siapa aje yang tak pelik ?

"Kau asal beb? Dah kena sampuk ke?"soal Shamine serius. Teddy bear milik Asha tadi diambil kemudian dihempuk-hempuk atas kepala Dian . Sambil itu ,mulutnya terkumat - kamit membaca sesuatu mantera .

" Woi woi !! Tolong aku !! Sesak nafas lahanot !! " ujar Dian meminta tolong . Hampir semput dibuatnya apabila setiap kali dia mahu bersuara mukanya 'ditelekup' dengan patung berbulu itu . Sudahlah dah bertahun tak basuh . Boleh pengsan baunya . Asha dan Fariha berura - ura menolongnya .

" Maaf , maaf tak sengaja doe . Aku fikir kau kena sampuk bebetul .Kau ah ni tetiba gelak . " ujar Shamine .

" Entah dia ni. Orang sedih,dia boleh pula gelak."kata Asha tak puas hati.

"Tahula dia tu jenis mudah terhibur. Gelak macam tercekik halkum doe ."Fariha hanya tergeleng-geleng.

" Aku tampar kau jap agi Fariha .Aku mana ada halkum ."ujar Dian serius sebelum menyambung .

"Korang cuba baca ni. 'SESIAPA YANG MASUK TANDAS PUKUL 11:59 MALAM INI DIANGGARKAN KELUAR TAHUN DEPAN' "kata Dian kemudiannya ketawa. Sejenak ruang tamu itu sunyi menyepi sebelum ...

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA"

Asha,Shamine dan Fariha turut ketawa berdekah-dekah.  Ada yang sempat mengelap air mata .

"Apak ah siottt .. Jap lagi kita cuba sama - sama . HAHAHAHAHA "ujar Asha masih lagi dengan ketawanya .

"Sekejap! Kenapa keluar tandas tahun depan?" soal Fariha polos. Terus terhenti ketawa mereka.

Suasana senyap seketika. Cengkerik yang muncul entah dari mana pun berbunyi bagi mengisi kesunyian di ruang tamu itu.

"Serius kau tak tahu ke beb?" soal Shamine. Fariha hanya menggaru kepalanya seraya menggeleng. Shamine dan Dian hanya berpandangan.

"Astu, kau gelak asal?" soal Asha pula.

"Dah korang gelak, aku gelaklah. Satu geng kan!" kata Fariha bengang.

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang