BAB 2 - The Blureenz

2.6K 160 24
                                    

"Beb, kau tahu tak, pasal empat orang pelajar perempuan yang baru masuk sini?"tanya seorang gadis yang sedikit berisi. Sengaja ingin memulakan perbualan atau lebih tepat sesi membawang.

"Tak, kenapa?"

"Seriuslah kau tak tahu? Satu sekolah dah tahu pasal benda ni tau! Diorang berempat buat hal kat sekolah! Boleh pula diendahnya arahan Haziq. Dia tak tahu ke Haziq tu berjawatan besar? The Gold Prince lansung diorang tak endahkan."

"Eh, yeke? Beraninya diorang. Nak tempah maut agaknya. Siapa dia?Form berapa? Kelas mana?"bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh gadi kepoh tu.

"Ak-"belum sempat dia meneruskan kata, seorang guru lelaki memasuki kelas itu. Sesi pembelajaran bermula sehinggalah satu masa dimana kedengaran bunyi ketukan pintu yang bertubi-tubi mengganggu kelas itu.

"Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh ya ahli kub-eh eh ya ahli fasli."buat seketika suasana senyap menyepi. Semua mata memandang kearah mereka berempat termasuklah guru lelaki itu.

"Psst, beb! Kita salah kelas ke?"bisik Fariha pada Asha. Dian hanya mengangkat bahu manakala Shamine hanya diam menyepi. Sempat lagi si Shamine menutup pintu kelas tersebut semata-mata untuk melihat nama kelas tersebut . Shamine mengangguk-angguk tanda mengiyakan bahawa kelas tersebut adalah kelas yang dimaksudkan oleh Penolong kanan HEP .

"Err- kami berempat pelajar baru.Atas arahan Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar,Encik Mustache,ehh, Encik Mustafa, kami telahpun dimasukkan di dalam kelas ini."kata Shamine setelah sekian lama mendiamkan diri.Suasana agak-- Awkward?

"Hello! Anybody home? "kata Asha yang agak bengang apabila tiada siapa pun yang memberi respons. Guru lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Silakan masuk, kemudian perkenalkan diri kamu."kata guru itu setelah lama menyaksikan drama mereka berempat.

"Far, aku syak cikgu ni, cikgu BM. Kau tengoklah ayat yang dia tutur. Perghh!!"bisik Dian pada Fariha. Fariha hanya menggangguk.

"Hai! Nama saya Syarifah Qaseh Fariha. Korang boleh panggil saya Fariha atau Qaseh. Selamat berkenalan."kedengaran bunyi siulan dari pelajar lelaki. Fariha hanya mengendahkannya.

"Haii Qaseh sayangg!!"kata seorang pelajar lelaki. Fariha hanya menjeling.

"Yo, nama aku Tengku Asha Qaysara. Panggil aku Qay. Asha hanya digunakan untuk member aku je. Kau guna aku sepak kepala."kata Asha memberi amaran. Beberapa pelajar lelaki hanya bersiul.

"Hey, nama aku Puteri Alisya Shamine. Korang boleh panggil aku Alisya atau Shamine je."Shamine hanya memperkenalkan dirinya seringkas yang boleh.

"Kalau nak panggil mine boleh tak wakk?"tanya seorang lelaki.Pelajar perempuan hanya mencebik.

"Hotak engko! Nak kena terajang dengan aku silalah panggil aku macam tu."kata Shamine keras.

"Nama diberi oleh kedua ibu bapa aku ialah Tengku Dian Alexandra. Korang boleh panggil aku apa-apa je asalkan panggilan korang ada batasnya eh .Kitorang berempat satu geng. Nama yang telah direka khas oleh kami berempat ialah The Blureenz. Kitorang berempat sahabat baik dari kecil lagi. Harap korang bagi kerjasama pada geng ini. Seandainya korang sengaja cari pasal dengan member kesayangan aku tiga orang ni, aku takkan teragak-agak nak buat something yang luar dari kotak fikiran korang." kata Dian tegas .Asha hanya mengangguk. Suasana senyap sekali lagi. Mungkin kerana kata-kata Dian yang berbaur ugutan itu. Guru lelaki itu juga hanya mendiamkan diri.

"Baiklah, kamu berempat dibenarkan ke meja kosong yang terletak dibelakang sana itu."kata guru lelaki itu. Shamine sengaja mengerling namanya. Shahrul nama guru itu.

Sesi pembelajaran diteruskan apabila usai sahaja The Blureenz memperkenalkan diri.

♡♡♡♡♡

"Guys, malam ni aku tak join korang tengok movie tau. Aku nak tidur awal. Kalau tak jadi macam tadi. Hampir je kita kena tulis nama. Baru je daftar masuk sekolah harini kita dah buat hal. Ishh, tak nak lah aku!"rengus Fariha. Mereka berempat kini sedang menuju ke kantin.

"Ala, Fariha. Join la kitorang. Satu movie je. Lepas solat isyak kita tengokla. Habis movie tu baru kita tidur eh."kata Asha memujuk.

"Haah, satu movie ajepun."kata Shamine pula.Dian hanya mendiamkan diri. Fariha hanya mengeluh.

"Fine! Nak tengok cerita apa??Romance? Science Fiction?Horror?"

"Of course horror! Barulah best!"laju sahaja Asha berkata.Dian hanya mengiyakan. Almaklumlah, Asha dan Dian peminat nombor satu cerita seram. Pernah sekali mereka berdoa agar hijab mereka dibuka hanya untuk melihat hantu. Ada sampai satu tahap, dimana pada masa itu mereka berdoa semoga mereka jadi hantu. Sangat-sangat tidak masuk akal langsung!

"Aku okey je."kata Shamine.Fariha menarik muka.

"Ee,taknak lah! Nanti korang buka cerita hantu!"

"Of course la hantu dah nama cerita seram. Alamak kau ni!"kata Dian selamba. Mahu sahaja Dian sekeh kepala Fariha namun ditahannya .

"Okey, tapi aku taknak tengok cerita hantu tempayan tu lagi!"kata Fariha kemudian menghentak kaki.

"Hantu tempayan??"serentak Shamine dan Asha berkata. Beberapa pelajar yang sedang makan memandang kearah mereka. Almaklumlah,destinasi yang ingin dituju telahpun tiba.

"Yalah, hantu tempayan."

"Yang mana satu kau ni?"

"Ala. Yang jalan terbongkok-bongkok tu. Yang pakai tongkat tu. Dia tu hantulah!Macam nenek tuu."bersungguh-sungguh Fariha menerangkan ciri fizikal bagi 'hantu tempayan' itu.Serentak dengan itu Dian,Asha dan Shamine menepuk kepala. Walaweyh ! Polosnya kau ni Fariha .

"Ya Allah, Fariha. Tu bukan hantu tempayan! Nenek kebayan sayangku! N.E.N.E.K  K.E.B.A.Y.A.N "kata Dian geram.Ya tuhan, patutlah pelik semacam 'hantu'nya .Yang lain hanya menggelengkan kepala.

"Ohh!Haa,nenek kebayan! Seram doe!"kata Fariha.Yang lain hanya memandangnya geram.

"Tengku Dian Alexandra, Tengku Asha Qaysara, Puteri Alisya Shamine, Syarifah Qaseh Fariha!"Secara tiba-tiba nama mereka berempat disebut satu persatu oleh beberapa orang lelaki.

Serentak dengan itu,mereka yang duduk terus sahaja berdiri menghadap lelaki-lelaki itu atau lebih tepat dikenali sebagai The Gold Prince. Masing-masing menghadap antara satu sama lain.

Dian menghadap Haziq. Asha menghadap Hariz. Shamine menghadap Eiman manakala Fariha menghadap Zairiel. Masing-masing bersabung mata tanpa berkelip tanda tidak mahu mengalah.

Pelajar-pelajar yang sedang menjamu selera hanya menyaksikan drama tersebut tanpa mengeluarkan suara. Mana mungkin mereka bersuara apabila melihat 'kewujudan' The Gold Prince di kantin. Yalah,selalunya mereka lansung tidak ke kantin untuk menjamu selera.Kalau pergi pun boleh dikira dengan jari sebulan berapa kali. Almaklumlah , reputasi kena jaga .

"Korang berempat didenda kerana --"

♡♡♡♡♡

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang