BAB 12 - Rehat

2K 139 4
                                    

"Ish , apa lagi korang berempat ni ? Nak buat apa lagi ? Study ?  Boleh tak kalau sehari aje bagi kitorang ni hidup bebas ?!" ujar Fariha kegeraman apabila melihat empat malaun itu , atau lebih tepat The Gold Prince menanti mereka di luar pintu kelas .

"Kitorang tak kata nak suruh korang pergi study . " ujar Zairiel selamba . Tangan dimasukkan ke dalam poket .Kepalanya sedikit ditundukkan sehingga rambutnya terjuntai sedikit di dahi .Beberapa orang pelajar perempuan menjelingnya .Mak Aih sem woo !

"Habistu korang nak kitorang buat apa ?! Teman korang bertugas ?" kata Asha sambil mengepal penumbuk .Matanya menikam anak mata Hariz .Hariz hanya menguap kecil .

"Tak kata pun nak ajak teman ." kata lelaki itu pada Asha .

"Habistu apa ?! Nak suruh pantau kantin ? Lepastu usha budak-budak lain beli makanan aje ?" kata Shamine kegeraman .Sekali lagi empat malaun itu mengacaunya untuk berjumpa dengan boyfriendnya .

'Boleh tak mamat-mamat ni tak kacau kitorang sehari ?'bentaknya di dalam hati .

"Aih , kitorang tak kata apa-apa pun .Kitorang taknak buat apa-apa pun hari ni ." kata Eiman sambil tersenyum sinis .

"Sudahlah !! Bagilah kitorang pergi kantin !! Tahu tak lapar ! " kata Dian setelah sekian lama mendiamkan diri .

"Tak boleh ! Korang kena ikut kitorang !"ujar Haziq tegas .Dian mengecilkan anak mata .

"Tadi korang kata korang tak nak buat apa-apa hari ni . Habistu yang korang halang kitorang ni apehal ? Bagilah kitorang hidup hari ni dengan aman tanpa sebarang gangguan sikit boleh tak !?" Dian cuba mengawal nada suaranya .Kalau mahu diikutkan , mahu sahaja dia menjerkah kemudian menerkam Haziq itu .Almaklumlah , dia sekarang ini sedang menahan lapar .Kang tak pasal-pasal dia bertukar menjadi Dinosour kemudian menelan empat mamat-mamat malaun ini .

"Aku kata ikut tu ,ikut ajelah ! Orang nak belanja makan , bukannya nak halang korang makan ! Susah sangat ke ?" Haziq pula mula naik berang .

"Tak nak lah ! Kitorang ada duit lagilah nak beli makanan !" bantah Asha .

"Woi minah gangster .Orang nak belanja tu ,ikut ajela .Sekali -sekala kut si Eiman tu nak belanja orang .Kitorang yang kawan dia ni pun jarang dia belanja .Ikut ajela sebelum muka kau tu aku selet dengan tahi lembu ." ugut Hariz .Asha menunjukkan jari tengah .Dengan si Asha ni jangan main-main ,dia tak kisah dah dia tu perempuan ke apa .

"Arghh !! Tak nak aku mamat playboy tu belanja kitorang !! Dah pergi sanalah malaun !! Kitorang nak makan !" ujar Shamine kemudian berura-ura berlalu pergi namun Eiman menarik lengan bajunya .

"Kau dah pehal ?!"

"Bila aku kata nak belanja tu ikut ajelah !" ujar Eiman serius .Shamine hanya menjeling .

"Dah kitorang tak nak sudahlah !!"

"Aku kata ikut ,ikut ajelah minah !!"

"Yang kau ni apehal PAKCIK ?!Aku taknak sudahlah tak payah nak paksa-paksa aku !!"

"Kau ni kan --"

"Kauu !!"

"KORANG BERDUA NI BOLEH BERHENTI TAK !!!!DIAMLAH KORANG BERDUA NI !!! " serentak Fariha dan Zairiel berkata .

"Dah orang nak belanja tu , ikut ajelah ..Terima ajelah !" kata Zairiel kemudian menjeling Hariz .

"Itu lah !! Rasulullah kata ,rezeki jangan ditolak ! Musuh jangan dicari .Dah dia kata nak belanja , DENGAR AJELAH CAKAP DIA !"kata Fariha pula sambil bercekak pinggang .

" Entah diorang ni .Tu pun nak gaduh .Rehat ada lagi beberapa minit aje .Tu pun masih nak bertikam lidah !"

"Itulah pasal !! Orang dahla tengah lapar !!"

"Aku yang tengok air liur diorang yang bersembur tu pun , dah tak larat .Dahaga aku .Tak dahaga ke asyik bertikam lidah ?."

"Tu ah ! Penat aku tengok korang bergaduh .Nak dekat setengah jam sia !"

"Tu la pas--"

" Em .. Fariha ... You know you and Zairiel just like friends ?Looks like you are close to each other know?"ujar Asha sambil menjeling The Gold Prince .Seketika ,mereka saling berpandangan sambil masing -masing menjeling antara satu sama lain .Dian lantas menarik lengan Fariha supaya mengikutinya ke kantin .Ahli yang lain hanya mengikut termasuklah The Gold Prince .

"Kau nak rapat dengan musuh kita ke siaa ?!" sempat Dian berbisik pada Fariha .Namun ,Fariha hanya mendiamkan diri .

° ° ° ° °

"Jap ,korang tak letak racun kan dalam nasi  ayam ni ?" ujar Asha ragu-ragu .The Gold Prince hanya mengeluh lemah .

"Tak makcik .Kitorang tak letak .Kalau kitorang letak , dah lama Amar mati dekat sini juga ." kata Hariz sambil mengeluh .Amar yang sedang menghirup air tersedak . Asha hanya menjeling .Sebenarnya dia agak ragu-ragu andai makanan kegemarannya itu diletak sesuatu .Siapa yang tidak tahu bahawa dia begitu obses dengan makanan itu ? Begitu juga dengan Dian . Mereka berdua agak gemar akan makanan yang satu itu .

"Makan ajelah . Kitorang tak letak apa-apa pun ." ujar Haziq selamba .Beberapa orang pelajar perempuan menjeling ke arahnya Oh sebenarnya ....Mereka kini sedang duduk di sebuah meja yang sama . Dan itu sebabnya meja mereka menjadi tumouan di kantin tersebut .

"Betul ni ?!" ujar Dian lula turut ragu-ragu .

"Ya Betul !!"ujar Haziq ,Hariz dan Eiman serentak . Dian dan Asha hanya tersengih . Manakala Fariha dan Shamine hanya mendiamkan diri .

" Bismillah .."mereka berdua menadah tangan .Belum sempat doa dibaca , kedengaran bunyi loceng menandakan waktu rehat bagi menengah atas telahpun habis .Mereka menggeleng kecewa .

"HUWAAAAA !!NI SEMUA SEBAB KORANG LAH ! KALAU KORANG TAK HALANG KITORANG TADI ,MESTI KITORANG DAH DAPAT MAKAN !!"bentak Asha kegeraman .

" ITULAH PASAL ! TENGOK ! SEKARANG LOCENG PUN DAH BERBUNYI !!"bentak Dian pula .Fariha dan Shamine mengeluh hampa .Mereka juga tidak sempat mahu menjamah .

" Aih , makan ajelah ! Pandai-pandailah kitorang back up korang nanti ."kata Haziq selamba kemudian menjamah makanannya .Yang lain juga ikut turut serta .

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt