BAB 18 - Masak !

1.9K 132 4
                                    

"Blureenz in your area !"Shamine mula bernyanyi kecil dengan menukarkan lirik lagu Blackpink .

" Been a bad girl ,I know I am .And I'm so hot ,I need a fan .I don't want a boy .I need a ma--"

Kriukkk !

Tanpa sempat Asha menghabiskan nyanyian, kedengaran bunyi perut yang berkeroncong minta diisi .Masing-masing saling berpandangan sesama sendiri .

"Bunyi apa tu ?"soal Asha sambil merenung Dian .Dian menjungkitkan bahu .

" Aku rasa bunyi perut Fariha lah !"kata Dian spontan sambil merenung Fariha .Fariha menunjukkan wajah innoncentnya .

"Apehal pulak aku ? Aku ni ayu okay ! Mana nak 'keluarkan' bunyi perut gitu .Lainlah orang yang tak sopan." kata Fariha sekaligus memuji dirinya ayu .Yang lain membuat riak menyampah .

"Entah-entah ,bunyi perut Shamine !" tuduh Dian sengaja .Shamine menjegilkan anak matanya .

"Kepala otak kau ! Ni mesti Asha punya perut yang bunyi .Bukannya kau tak tahu ,Asha ni cepat bebenor laparnya .Tak sopan lansung ! Ish ." kata Shamine seraya merengus geram .

"Eii kepala tok wan kau ! Asal tak sopan aje aku ,asal tak ayu aje aku .Asal gengster je aku .Cuba kau tuduh Dian pulak ."

"Hoi hoi .Elok sikit eh .Walaupun aku gengster ,tak adanya nak buat gitu .Entah-entah Fariha kentut ke apa ? Haa ,Fariha .. Baik kau nga--"

"Hoi Haziq cepatlah masak ! Aku lapar ni!"satu suara lantang serta-merta mengalihkan pandangan mereka yang masih bertekak .Kelihatan The Gold Prince masing-masing memakai apron .Haziq memakai apron berwarna biru ,Hariz memakai apron berwarna hijau ,Zairiel memakai apron berwarna hitam berbelang putih .Manakala ,Eiman .. Memakai apron berwarna merah jambu yang coraknya berbunga merah .Shamine yang melihatnya hampir ketawa namun sempat ditahannya .

" Shhhhhh ,jangan gelak .Nanti diorang tahu kita ada kat sini ."ujar Fariha perlahan .Dia mula memerhati The Gold Prince yang rancak berbual .

"Hoi ,nak kencing pergi tandas ." kata Dian spontan .Fariha mengerutkan dahi .

"Buat apa nak pergi kencing ?" soal Fariha polos .Dian menepuk dahi .

"Kau yang kata 'shh' tadi .Nak kencing pergi tandas ." bisik Dian sambil tersengih .Fariha mencepuk kepala Dian .

"Janganlah gaduh korang berdua ni .Tengok tu apa yang diorang nak buat ."tegur Shamine dengan nada yang perlahan .Fariha hanya mencebik .

" Iyelah ."kata Fariha .Malas mahu berbalah .Asha mula mempamit Dian ,Fariha dan Shamine ke tempat yang sedikit tersorok .Tujuan mereka berbuat demikian ,semestinya ingin memerhatikan The Gold Prince .Muka mahu mengusha anak teruna orang ,tapi sengaja mahu menghendap apa yang ingin mereka lakukan disitu .

"Asal aku pulak ? Tiap-tiap kali masuk sini ,aku aje yang masak .Sampai kuali tu pun tak sanggup tengok muka aku yang terlalu handsome ni dibakar oleh haba api ." kata Haziq sambil menjeling Hariz yang ketawa.

"HAHAHA tolonglah bro .Cermin diri dulu doe .Kau tengok kuali tu .Buntut dia dah berubah sebab jemu tengok muka kau tahu !Kalau boleh ,dia mahu aje 'sondol' buntut dia kat muka kau ." kata Hariz selamba .Dian menekup mulut supaya tawanya tidak terlepas .Ahli The Gold Prince yang lain sudahpun berdekah .

"Okey ,okey .Ilek ah .Sekarang ni ,fokus pada siapa chef kita pada hari ini ,dan makanan apa yang perlu kita masak .Okey ?" kata-kata Zairiel mendapat anggukan dari semua ahli The Gold Prince .

"Jom mulakan memasakkk !!" kata Eiman separa menjerit .Yang lain hanya menggelengkan kepala .

"Aku rasa kita patut masak --"

Hachuum !

"Ashaa !!!" serentak The Blureenz memarahi Asha akibat terbersin dengan nada yang terkawal . Asha hanya menggaru kepala .

Hachuum !

Hachuuummm !!

Sebenarnya ,Asha agak sensitif dengan tempat yang tersorok walaupun ianya tidak berhabuk .Kalau tidak beginilah yang akan terjadi .Dia akan mulai bersin tanpa henti .The Blureenz menepuk dahi .

"Hoi siapa tu haa ?!"teriak Eiman dengan suara mak nyahnya .Shamine hanya ketawa berdekah .Yang lain hanya menepuk dahi .Lepas satu ,satu lagi terkantoi .Haa sudah .Kelihatan The Gold Prince mengaturkan langkah ke arah tempat di mana mereka menyorok .

" Oh ,korang rupanya . Apa yang korang buat kat sini haa ? Siapa benarkan korang masuk ?"soal Hariz sambil bercekak pinggang .Asha hanya menjeling .Macam mak-mak .Ingat bilik memasak ni dia punya ke haa ?

"Biar ah . Kitorang dah minta kebenaran dekat cikgu yang ada dekat luar tu .Dia tak marah pun .Kau aje yang melebih .Macamlah bilik memasak ni kau yamg punya."ujar Asha sinis .Pantang betul dia apabila bertemu dengan Hariz .

" Eh,sukati akulah bilik memasak ni aku punya ke tak .Kau sibuk apa ? Yang kau dengan geng kau ni buat apa dekat sini ?"balas Hariz sambil memandang Asha tajam .Asha hanya menjeling .

"Dah nama bilik memasak mestilah nak masak .Takkanlah nak berenang kut ." sindir Asha .Hariz hanya menjeling .

"Mana tahu kan ,kau nak berenang dalam sinki tu ?" kata Hariz sambil menunjukkan ke arah sebuah sinki .Asha membulatkan matanya .Tak guna !

Asha lantas mencapai timun yabg berada di dalam sebuah bakul .Melihatkan itu ,Hariz mula mencapai senduk .Sudah bersiap sedia jikalau Asha ingin 'memulakan perang' .

"Sebelum aku sumbat timun ni dalam mulut kau ,baik kau--"

"WOI DIAMLAH EII !!" jerit Fariha sambil bercekak pinggang .Suasana kelihatan menyepi .

"Kitorang datang sini nak memasak ajelah ! Bukan nak cari gaduh dengan korang !" ujar Fariha lagi .Dian hanya mengangguk-angguk .Suasana menyepi selama beberapa minit .

"Sekarang ,ni korang buat kerja korang ,kitorang buat kerja kitorang .Habis cerita ."kata Dian cuba untuk menukarkan suasana .Haziq hanya mengangguk diikuti dengan yang lain .Shamine hanya mendiamkan diri .

" Okey ,JOM MASAKKK !!"Ujar Shamine teruja .Dia mula mencapai apron yang ada di dalam sebuah almari yang telah disediakan .Ahli The Blureenz yang lain hanya mengangguk sambil tersenyum .Manakala The Gold Prince ,masih lagi memerhati .

"Hoiii ,macam tak best pula kalau kita buat 'hal sendiri'. Apa kata kita lawan memasak .Dessert and western ? Amacam ??" soal Eiman sekadar memberi idea .The Blureenz yang baru sahaja mengaturkan langkah terhenti sambil saling berpandangan .Mereka semua tersenyum sebelum mengangguk serentak .The Gold Prince hanya tersenyum sinis .

"Okey ,set jam .Hanya 20 minit masa yang diberikan .Selebihnya ,dikira KALAH .Masakan siapa yang paling sedap ,adalah pemenang .Siapa yang akan tentukan pemenang ?Semestinya cikgu yang korang jumpa tadi .Dan ya ,yang KALAH akan diberi denda oleh yang menang.Amacam ?" ujar Zairiel sambil menjongketkan kening .The Blureenz sekali lagi saling berpandangan sebelum mengangguk serentak .The Gold Prince hanya tersenyum sinis .

"MARI MULAKAN PERTANDINGAN MEMASAK DI ANTARA THE PRINEENZ!!!"jerit Shamine lantang mendapat sorakan dari ahli The Blureenz yang lain .Mereka ketawa kemudiannya .

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Where stories live. Discover now