BAB 3 - Denda

2.4K 151 11
                                    

"Tengku Dian Alexandra,Tengku Asha Qayrina,Puteri Alisya Shamine,Syarifah Qaseh Fariha!"

"Korang berempat didenda kerana telah melanggar peraturan sekolah."ujar Haziq selamba namun dengan nada yang tegas.Dian yang berada dihadapannya dipandang tajam.

"Ewah,ewah!!Kepala tengkorak engkau nak denda kitorang!Korang siapa haa yang nak memberi arahan kat kitorang sesuka hati?!"kata Dian marah.Haziq dipandangnya setajam-tajam pisau belati.Lengan bajunya sengaja disinsing.Fuh,nasib dia sudah pakai sarung tangan. Almaklumlah , walaupun The Blureenz adalah troublemakers , namun begitu mereka sangat menitik beratkan soal agama .

"Entah mamat-mamat ni.Salam apa pun tak bagi,datang pun tak diundang,tetiba kata 'korang berempat didenda bla bla bla'Sesuka hati je nak denda kita.Kita tak buat salah apa-apa pun!"kata Shamine pula.Sengaja dia ajuk kembali kata-kata Haziq bersama memek muka yang tersangatlah....Hodoh? Hohoho . Sengja mencari pasal .

"Kitorang ni pengawas.Kitorang ada hak nak denda korang sebab korang telah melanggar peraturan sekolah!"ujar Zairiel.

"Banyak kesalahan yang korang dah lakukan hari ini.Yang pertama,memasuki perkarangan sekolah bersama motorsikal selepas pukul 7:25 pagi.Yang kedua,tidak mendengar arahan dari beberapa orang pengawas yang berjawatan tinggi di sekolah ini.Yang ketiga,tidak meletakkan motorsikal di lot parking motorsikal yang disediakan.Yang keempat,masing-masing tidak memakai tanda nama atau ID pelajar."kata Hariz.Matanya menikam anak mata Asha.Asha membalas pandangan tersebut dengan pandangan yang lebih tajam.

"Hoi pak cik!Kitorang tak tahu lansung peraturan sekolah ni ada pula dikatanya nak kena letak motor kat luar selepas pukul 7:25.Yang kedua,kitorang tak tahu pun korang ni pengawas berjawatan tinggi kat dalam sekolah ni!Hello Encik Poyo!!Pleaselah!Jadilah manusia yang bijak dan matang sikit.Fikir kitorang ni ada masa ke nak kerling ID pelajar korang semata-mata nak tengok jawatan apa yang korang pegang dalam sekolah ni?Yang ketiga,kitorang berempat tak tahu pun,lot parking motorsikal dekat mana.So,apa masalahnya kalau kitorang letak je motorsikal kitorang dekat sebelah kereta tu.Kau tengok parking tu,ada dia tulis 'FOR CAR ONLY' ke kat situ??Takde kan??Haa,sekarang tengok muka aku pula.Ada nampak muka aku ni macam aku kisah ke kalau ya pon memang ada dia tulis kat situ hanya untuk kereta je.Tak,kann??Aku lansung tak kisah!Yang keempat,woii pak cik,kitorang ni budak barulah!Memang takde lah nametag dengan ID pelajar!!Biar ajela,Encik Mustafa pon tak kesah pasal hal ni yang korang beriya sangat kenapa??Korang kisah apa doe?"bidas Asha pada Hariz dan rakan-rakannya.Setapak demi setapak dia mara ke hadapan sehinggalah Hariz terpaksa berundur.Haish,dramaaaaa sangattt!

"Woi minah-minah tepung gandum sekalian!!Kau dengan kawan-kawan kau ni mesti tak baca buku peraturan kan??Sudah berterang dalam bilik yang bercahaya lagikan bersuluh dengan lampu picit minyak tanah,dah memang ada dalam buku peraturan sekolah di halaman 20 tertera pada nombor 87 ada tulis pasal semua ni.Dasar minah pemalas!Harap ne jantina perempuan rupanya buku peraturan yang ada 25 muka surat pun tak habis baca!By the way,walaupun korang semua ni tak tahu kitorang ni ada jawatan tinggi dalam sekolah ni,sekurang-kurangnya hormatlah weyh dekat pengawas.Kau nampak kan baju kitorang ni lain dari budak biasa?"sindir Eiman kegeraman.Habis sudah sifatnya yang real terdedah dihadapan gadis -gadis itu.

"Eh,pak cik!!Fikir kitorang ni ada masa ke nak baca buku peraturan yang tak ada gunanya tu??Kitorang tahun ni nak SPM la.Tak de masanya,lebih baik kitorang baca buku untuk SPM.Lagi bertambah ilmu pengetahuan aku.Haa,by the way,ya memang kitorang perasan baju korang ni lain dari budak biasa.Kitorang ingatkan pakcik cleaner yang cuci kolam ikan.Cuba tengok baju korang nak sama dengan baju pakcik cleaner.Itula kitorang abaikan!!"kata Fariha pula.Sengaja tambahkan api yang sedang marak.

"So,kitorang semua tak akan didenda sebab tak buat salah apa-apa!!"kata Shamine tegas.

"Nope.Tetap juga didenda kerana korang DAH melanggar peraturan sekolah."kata Zairiel sinis.Yang lain hanya mengiyakan.

THE BLUREENZ'S TROUBLEMAKERS [SU]Where stories live. Discover now