60|•Maaf🙇🏻•|😔

9.4K 564 60
                                    

Lepas dia mandi tadi, aku masih ada dalam bilik. Tapi, aku dah kat atas katil. Baring membelakangi dia. Sakit hati kita tahu tak.

Tak pernah aku nampak dia macam tu. Salah ke aku bertanya dia macam mana? Haih. Lepastu cakap aku bising pulak tu.

Fine.

Aku dengar pintu ditutup. Disebabkan tempat penyangkut tuala tu kat depan aku, aku pulak tengah baring menghadap tingkap, cepat-cepat aku tutup mata bila aku perasan dia nak sidai tuala.

Pura-pura tidur.

Sikit-sikit aku bukak mata nak tengok dia ada lagi tak depan aku. Bila aku rasa dia dah tak ada, aku bukak mata sepenuhnya.

Aku dapat rasa katil sebelah aku bergerak. Izwan dah ada atas katil. Aku dapat rasa tangan yang melingkar kat pinggang aku.

Siapa lagi kalau bukan tangan Izwankan? Kalau bukan tangan dia, memang dah lama aku siku orang belakang aku.

Oh.. Rasa serbasalah ke?

"Tepilah, saya panas." Slow aku cakap. Tapi aku rasa dia boleh dengar kot. Pelan-pelan aku alihkan tangan dia dari pinggang aku.

Aku dengar Izwan mengeluh. Lepastu aku dapat rasa dia menjauhi aku. Aku toleh kebelakang sikit. Aku tengok dia dah baring membelakangi aku.

Biarlah dia.

********
Aku bukak mata aku slow-slow bila dengar telefon aku bergetar kat bawah bantal. Aku duduk and tengok sebelah aku. Izwan masih tidur. Aku capai telefon and tengok jam.

5.30 pagi.

Aku menguap and turun dari katil. Nak kejut dia tapi bila fikir balik yang pasal semalam, tak jadi. Biar dia bangun sendiri. Aku pun keluarlah dari bilik then ke dapur nak masak sarapan.

Masa aku tengah masak, aku dengar tapak kaki ke dapur and terus masuk dalam bilik air. Izwanlah siapa lagikan? Takkan ada orang lain pulak. Aku tengok jam kat dinding dapur.

6.00 pagi.

Fuh, setengah jam aku kat dapur. Aku dah siap hidang semua sarapan, aku masuk toilet. Nasiblah toilet dengan bilik air tu asing. Dapatlah aku amik air sembahyang.

Dah amik air sembahyang, aku masuk bilik. Pakai telekung apa semua, aku duduk atas katil tunggu Izwan nak solat berjemaah.

So, aku mainlah telefon sementara tunggu. Pintu bilik terbuka. Izwan masuk ke dalam dengan muka yang basah. Langkah dia terhenti depan pintu.

Mata aku dengan dia bertembung. Aku alihkan pendangan aku tengok meja solek yang ada kat sebelah pintu.

"Kenapa tak solat lagi?" Suara dia dah tak macam semalam. Kali ni lembut je.

"Nak solat sekali." Aku tak tengok dia pun. Aku dengar Izwan mengeluh. Dia tutup pintu and berjalan kat tempat biasa kitorang solat.

Aku tengok dia bentang sejadah. Aku bentang belakang dia then solat Subuh.

Lepas solat, aku salam dia and terus bangun. Aku lipat sejadah dengan telekung.

"Riyana..." Terkejut aku. Tapi cepat-cepat aku capai tuala and pergi mandi.

Masa aku keluar dari bilik air. Izwan berdiri depan pintu dengan tuala kat bahu. Aku tutup mata aku.

Terkejut weh. Bayanglah. Kau bukak pintu lepastu tengok tetiba ada orang. Mahu gugur jantung aku.

Izwan tengok aku. Dia dah bukak mulut nak cakap sesuatu. Tapi tak jadi. Daripada aku buang masa, baik aku masuk bilik pakai baju.

Masa tengah sarapan pulak, dia duduk depan aku. Tapi aku tengok makanan aku bila mata kitorang bertembung.

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now