34|•Peluang🍭•|🤥

7.8K 518 13
                                    

"Assalamualaikum." Lepas je aku siap mandi, aku cepat-cepat duduk kat ruang tamu. Menunggu ketibaan abang kesayangan balik. Dengar je dia beri salam. Aku terus pergi depan pintu.

"Waalaikumsalam." Lepastu aku senyum. Rizki ni pulak, tengah nak bukak kasut, teehenti. Pastu tengokkan aku dengan muka pelik.

"Kau asal? Gila ke tetiba je?"

"Apa what? Seriouslah, abang. Kau langsung tak teruja adik kau balik?"

"Amenda nak terujanya? Kau balik. Biasalah cuti." Eh ehhh, syaiton betul. Aku punyalah bagi first impression aku bila kau balik. Gini balasannya.

"Haish, lantaklah. Ada hal mustahak aku nak tanya kau." Lepas je dia siap letak kasut kat rak, aku tarik dia duduk kat kerusi.

"Ya Allah, apa benda yang mustahak sangat ni? Aku penat siott." Rizki terus sandarkan diri kat kerusi lepas duduk.

"Alah, kejap jeee."

"Apa? Pasal Aisyah ke?" Dah siapa pulak Aisyah niii. Dia lepaskan keluhan, then tutup mata. Hahah, penat sangat tu. Ah lantaklah. Aku nak tahu.

"Haah, aku dengan dia dah lama kenal. Dia dengan aku sekarang tengah bercinta. Dah lama pun. Oh ya sebelum kau tanya, aku jawab dulu yang Aisyah tu boleh suka kat aku katanya dia suka tengok dedikasi aku bila tengah kerja." Lepastu Rizki tengok aku.

Aku ni pulak, baru je bukak mulut nak tanya. Dia dah jawab dulu. Fabulouslah, abang aku ni. Hahahahaha.

"Gilalah kau. Aku tak tanya pape pun lagi."

"Halah, benda ni aku citer kat ibu. Kompem ibu bagitahu kau kan? Tipulah tak bagitahu. Sebab tu kau beria sangat." Haih. nasib kau abang aku. Kalau tak memang kena pelepuk dengan aku.

"Hmm. Macam manalah ada orang boleh suka kau eak, bang?" Tetiba dia senyum senget. Eh.

"Heh. Tepuk dada tanya diri sendiri." Sapppp. Terguris hatiku yang rapuh ini..

"Sebenarnya, ada je orang yang suka kita. Tapi mungkin dia lebih suka diamkan diri dari bagitahu benda betul kat kita. Sebab tu, kita jangan letak harapan yang tinggi sangat kat orang lain. Takut nanti kita sendiri yang jatuh lepastu. Tu pilihan diorang, sama ada diam or confess je. Kalau confess tu boleh buat kau rasa hilang beban, kau buatlah. Kalau kau rasa benda tu boleh tambah beban, aku rasa baik jangan buat."

"Soooo, abang cadangkan, kau bagitahu je Izwan tu yang kau suka dia. Kau kan jenis yang kalau boleh nak bagitahu perasaan kau kat crush kau tu. Ingat aku tak tahu? Lagipun, aku rasa baik kau buat, sebab takut nanti kau dah tak ada peluang kalau masing-masing dah bawak diri."

"kita ni kan, Riya, Allah dah bagi setiap manusia tu jodoh diorang. Sejak kita 4 bulan dalam perut ibu lagi. So, kalau betul Izwan tu jodoh kau, kau janganlah takut. Dia takkan kemana. Kat situ jugaklah korang jumpa nanti. Kalau dia bukan, move on ok? Buat masa sekarang ni, jangan fikir dulu. Doa je baik-baik biar kau dapat jodoh yang baik-baik." Aku tengok Rizki dengan mata terkebil-kebil.

Abang aku ke ni sia? Tidak ku sangkaaa. abang ku seperti niii.

"Sekarang, aku naik dulu. Aku nak mandi. Solat Maghrib terus. Aku penat." Lepastu dia bangun. Tinggalkan aku sorang-sorang kat bawah.

Ayah dengan ibu dah kat atas dah. Lepas je aku solat, aku tunggu Rizki balik. Hmmm, tak sangka aku dibagi nasihat pulak. Hahha. Hebat abang aku tu.🙄

Tapi apa yang Rizki bagitahu aku tu ada betulnya jugak.

"Eh, tapi aku nak bagitahu dia macam mana? Tak syoklah siot dalam chat je. Hmm. Nanti-nantilah aku pikir." Aku telefon. Chat Hana masuk katanya nak amik sijil SPM esok. Boleh sejaaaa.

********
"Weh, kita je ke yang dah amik sijil?" Aku dengan Hana jalan-jalan keliling sekolah. Haih, rindu weh dengan sekolah. Kat sini. 5 tahun aku belajar, macam-macam benda dah jadi.

"Entah kau. Tulah beria sangat."

"Apa salahnya? Cepatkan lagi baik?"

"Yelah Hana apa-apa jelah. Asalkan kau bahagia." Aku tengok sebelah. Hana dah tak de.

Aik?

"Hana?" aku pusing belakang, aku tengok dia tengah tenungkan something. Aku pun ikutlah arah mata dia. Mata aku tetiba terbeliak. Seriouslah apa yang aku nampak?

Hana tengok aku, aku tengok dia.

"Riyana."

"Okok, better kau jangan cakap pape." Hana datang kat aku, dia peluk lengan aku.

"Kau pergilah tegur diaaaa. Dia sorang tu." Gila perempuan ni. Tak nak aku. Malu lah gilaaa. Aku meronta bila slow, slow Hana tarik aku.

"Kau jugak semalam yang beria cakap dengan aku nak confesslah, itulah inilah. Peluang dah ada depan mata tau." Rontaan aku terhenti.

"Serious? Iyaaaaaa. Aku tunggu kat library. Cakap aku dah balik." Aku angguk.

"Gudluck." Lepastu dia tinggalkan aku. Ok Riyana. You can do dissss.

Pelan-pelan aku jalan ke arah Izwan yang tengah duduk kat pondok tepi padang. Dia tengah membelakangi aku masa aku duduk kat kerusi depan dia.

"Assalamualaikum." Bahu dia ternaik
Tejutlah tu aku tegur tetiba. Hahah. Comel.

"Waalaikumsalam." Lepastu dia tengok belakang dia.

"Lah, Riyana. Saya ingat siapa tadi. Terkejut saya." Then, dia pusingkan badan dia biar dia berdepan dengan aku. Wuish, jantung aku terasa mahu copotttt. Debar dia macam aku baru lari 200 meter.

"Ya? Kenapa, Riyana? Tiba-tiba ada kat sekolah?" Aku diam. Alamakk. Menyesal aku. Asallah. Aku ni confident sangat? Mana confident yang aku ada sebelum kesini siaaaa.

"Riyana?" Ya Allah. Riyana, Izwan depan kau ni. Haish.

"Iya saya." Izwan ketawa. Hmm, aku nak menjerit kat situ jugak. Aku suka gila ketawa dia, ya Allah.😭❤

"Dari sekolah, tak pernah berubah. Awak memang suka termenung ya?" Lepastu, dia senyum. Hmmmmmmmmmmmmmmm.

"Errr, saya bukan sengaja nak termenung ni. Dah jadi kebiasaan. Hehe." Aku garu belakang kepala aku.

"Alahai. Jadi, apa yang awak buat kat sekolah? Awak..." Lepastu aku tak dengar dia cakap apa dah.

Nak confess ke tak ea? Masalahnya aku maluuuu. alah, nak ke tak ea?

Ahhhh, ni je peluang aku ada.

Bismillah.

"Saya suka awak." Then, Izwan yang dari tadi bercakap apa aku tak dengar, terdiam. Cuma renungan dia je yang aku dapat.

TBC

👀👀👀

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now