6|•What❓•|😭

11.5K 732 54
                                    

"Eh Riya? Mana motor?" Tu diaa.. Ibu dah tanya mana motor. Gua nak jawab apa derrr... Aku menukar-nukar siaran tv.

"Er.. Tadi ada orang hantar sebab hujan lebat. Motor ada kat sekolah."

"Siapa?" Alah ibu ni.. Kenapa nak tahu.. Marah tak eak kalau aku bagitahu?

"Kawan.."

"Naik apa?"

"Keretalah." Ibu duduk di sebelah aku dan mencapai remote.

"Kereta? Form 5 boleh bawak kereta pergi sekolah?"

"Ibu ni, lupa ke kat sekolah form 6 boleh bawak kereta?"

"Lah, yeke? Lelaki ke perempuan yang hantar tadi?" Jap jap. Nada suara macam tak marah. So, gua selamat!

"Lelaki.." Aku tunggu respon ibu. Janganlah marah.. Janganlah marah...

"Ok. Esok jangan tak bawak balik pulak motor tu." Boekkkk! Ibu tak marah.

DAB sikit!

Adakah ini bermaksud ibu bagi aku...

"Jangan nak menggatal. Suka-suka boleh. Jangan nak mengada berkepal sana sini." Ibu ni macam tahu-tahu je.😗

"Aik? Kepal? Bukan couple?" Lawak apa niiii...

"Ibu anak jawa." Dengan muka berlagak dia cakap. Buat lawaklah mak aku ni.😂

"Fine."

********

"Hana!" Aku masuk ke kelas dan mengejutkan Hana yang sedang membuat kerja sekolah yang tak siap. Tulah.. Tangguh kerja lagi...

"Opocot! Kaukan! Pagi-pagi janganlah terkejutkan aku boleh tak?"

"Sorreh." Aku duduk kat tempat aku sebelah Hana.

"Apa tu, Riya?" Hana melihat beg kertas yang aku letak atas meja.

"Ni? Tekalah kawan.." Aku melihat muka Hana lama sambil tersengih.

Tak lama lepastu, muka dia teruja.

"Weh! Seriouslah? Kau dah beli? Bila?" Dia mengambil beg kertas itu dan melihat kemeja yang aku beli.

"Semalam. Dengan ibu."

"Ibu tak cakap apa-apa?"

"Tak, sebab guna duit aku." Hana mengangguk-angguk. Tapi.. Masalahnya sekarang ni, siapa yang nak tolong bagikan? Nak aku bagi sendiri?

Gila! Mahu aku kena bahan nanti. Tak mahu! Tak mahu!

"Siapa yang nak bagikan?" Hana tanya. Aku tengok Hana sambil garu kepala. Haih kepala.. Time ni kau nak gatal.

"Kau? Boleh?" Hana diam.

"Bolehlah. Tapi! Kat perpustakaan haritu dia tahu aku siapa. Kompem dia tahu kau yang bagi." Alamak! Aku lupa! Macam mana ni! Habistu? Siapa yang nak bagikan?

"Takpe, Riya. Aku ada cadangan. Apa kata kita letak kat meja dia?"

"Bilanya?" Mahu aku datang, dia ada kat kelas. Karang dikata aku stalker dia. Perghh. Lagilah mahu tanam diri hidup-hidup.

"Takpun bagi akak yang sekelas dengan dia cakap ada budak bagi. Settle!"

"Aku rasa baik kita letak jelah atas meja dia. Kalau nak tahu ada orang ke tak dalam kelas dia, kita tengok kipas kelas hidup ke tak." Aku melihat beg kertas tu. Agaknya, dia nak ke tak eak?

"Ok baiklah, puan."

*********

"Kau rilek jelah, dia amik punya. Jangan risau." Siapa je tak risau? Mahu dia bagi orang lain? Kan broken nanti.

Jam dah tunjuk pukul 4.30 petang. Kelas aku dah kosong. Aku dengan Hana duduk kat kelas pun sebab saja nak balik lambat. Bolehlah, study sikit-sikit.

Ketukan di pintu menyentakkan aku dan Hana yang sedang menulis. Wah! Aku tengah berkhayal ke apa sekarang ni?

Izwan tengah berdiri kat pintu depan. Aku nampak dia pegang beg kertas. Eh? Macam kenal..

Woi! Beg kertas aku bagi siot! Takkanlah..

Dia berjalan ke arah meja aku dan Hana dengan muka serious. Janganlah, tolong? Takkan dia tak nak amik? Janganlah buat aku nangis...

Sampai je depan meja aku, aku terus tundukkan pandangan. Dia meletakkan beg kertas aku bagi di atas meja aku.

"Awak bagikan?" Aku diam. Kenapa time aku masih belum sedia nak bercakap dengan dia, dia datang?

"Tahu dah, awak bagi untuk apa?" Aku memandang Hana. Muka Hana dah cemas bila tengok muka Izwan yang serious. Apa aku nak buat ni?😭😭😭😭

"Jawablah!" Izwan meninggikan suara. Bahu aku dan Hana terhinjut sedikit sebab terkejut.

Oh no.. Jangan lah nangis wahai diri.. Jangan keluar wahai air mata...

"Saja.." Aku jawab dengan suara perlahan. Alamak.. Nampak sangat aku nak nangis.

"Tak payahlah bazirkan duit awak tu untuk saya. Lebih baik awak simpan untuk kepentingan awak sendiri. Fokus pada peperiksaan SPM. Janganlah khayal dengan benda sekeliling."

"Awak masih mentah untuk semua benda ni. Sayang, suka. Jangan fikir sangat. Baik awak belajar je daripada buat semua benda tak ada faedah ni." Tanpa mengambil semula beg kertas tu, dia keluar dari kelas.

Air mata yang aku tahan dari tadi jatuh laju. Benda yang aku takutkan selama ni dah jadi. Putus harapan. Perasaan takut bila putus harapan sebab seorang lelaki dah jadi...

Sekarang, apa aku nak buat?

"Hana.. Boleh tak kau amik baju ni lepastu bagilah kat sesiapa yang kau suka. Pastikan aku tak nampak baju tu lagi." Hana memeluk bahu aku dan mengangguk.

"Ya, ya. Nanti aku amik. Dahlah. Janganlah nangis macam ni... Mood dia tengah tak ok kot. Janganlah negatif sangat." Macam mana aku tak fikir negatif kalau dia cakap macam tu?

*****

"Kau ok tak ni?" Hana berjalan dengan aku masa nak balik. Aku mengangguk.

"Mak aku dah sampai. Kau okkan pergi tempat motor sendiri." Eh dia ni. Aku nangis je. Bukan patah kaki.

"Ya, Hana. Aku ok. Sudah. Kau pergilah. Risau jangan melebih boleh tak."

"Apa. Tak salah ok. Kau kawan aku." Hana melambai dan berlari keluar pagar.

Aku nampak Izwan duduk di pondok depan perpustakaan. Nampak macam dia tengah runsing.

Ceh! Aku peduli apa? Wei pondok, asal kau nak kat situ jugak? Dahlah jalan situ paling dekat nak ke tempat motor.

Aku dahlah malas nak jalan jauh-jauh. Pedulilah. Buat je tak nampak dia. Senang! Aku mula melangkah.

Masa aku dah nak dekat dengan pondok, dia mengangkat pandangan. Alamak.. Dia pandang aku!!!

Dia bangun dan menghalang jalan aku. Aku ke kiri, dia ikut. Aku ke kanan, dia ikut. Dia nak apa ni!

"Awak nangis?" Perghhh, ni yang panas ni. Lagi dia tanya lepas cakap semua tu?

"Eh tak adalah. Tengah ketawa. Nampak?" Aku ketawa fake dan membuat muka menyampah. Biar dia.

"Tahu tak? Saya dah tahu dah sifat baru awak. Selain awak pandai, tegas, jaga hubungan dengan Allah, hormat orang lain, jaga batas pergaulan, satu je awak tak pandai. Awak tak pandai jaga hati orang perempuan."

"Awak cakap macam saya ni tak ada perasaankan? Nice, Izwan. Nice." Haaa. Tu dia. Aku dah bermain kata. Siapa suruh cari pasal?

Geram ni geram!

Izwan menundukkan pandangan. Aku rasa nak tampar diri sendiri bila nampak muka dia yang macam ni.

TBC

Crushku, Ketua Pengawas! •Completed•✔Where stories live. Discover now